Sunday 31 December 2023

 


Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua sahabat terutama pengunjung setia laman SMk. Mulai esok, maka berlabuhlah tirai bagi tahun 2023 dan kita melangkah ke Tahun Baru 2024. Banyak suka duka sepanjang tahun 2023 yang kita boleh ambil ibrah atau iktibar bagi kita meneruskan perjalanan kehidupan kita di tahun seeterusnya.

Sepanjang Tahun 2023, bagi reban SMk sendiri. Dikala kesibukan ber NGO, SMk sempat meneruskan projek mencari pelapis pembaka dan ianya berhasil dimana SMk dapat mengekalkan darah SG, Line Fire, Line DirtyRyan, Line Godic, Line Meng, Pok Mang dan beberapa lagi yang lain. Projek ini berjaya kebanyakkannya dengan bantuan pengunaan Inkubator. Namun, sayangnya Inkubator SMk telah tidak dapat digunakan lagi dan terpaksa digugurkan dari senarai aset reban pada pertengahan Oktober yang lalu. Secara kesimpaulannya, untuk reban SMk, SMk masih mengekalkan darah yang ada walaupun jumlah ayam direban tidaklah banyak sperti dahulu.

Dari Segi Pengadilan pula, SMk telah meneruskan amanah sebagai seorang pengadil yang bertauliah dengan semampunya dan telah terlibat dengan pelbagai pertandingan diperingkat Sarawak, Malaysia dan USA serta Sepanyol dan Eropah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Untuk pelapis pengadil, agak sukar di Sarawak kerana jumlah pertandingan dan peminat yang hadir ke bon masih kurang. Penambahannya peminat sebenarnya agak meriah dan boleh dikatakan ada, cumanya kehadiran peminat baru ke bon masih kurang dan kebanyakkan kehadiran atau peminat yang menyokong bon adalah terdiri dari kelompok yang sama. Semoga ada perubahan yang positif bagi tahun mendatang hendaknya.

Kualiti Ayam serama dibon boleh dikatakan agak stagnent bukan kerana kekurangan ayam game, tetapi kerana kekurangan kemahiran peserta dalam menyiapkan ayam serama mereka untuk pertandingan yang masih agak kurang kemas. Skill ini perlu ditambahbaik lagi untuk peningkatan pertandingan yang lebih sihat.

Tahun 2023 juga telah menyedarkan SMk, bahawa rakan kita yang ada tidak semuanya akan setia dan kekal bersama kita sebagai sahabat, walaupun sebaik mana kita terhadap mereka, ini kerana setiap insan mempunyai misi dan visi peribadi masing-masing yang tersendiri. Oleh itu, SMk lebih relax dan layan hobi mengikut cara yang SMk rasakan bersesuaian dengan diri. Asalkan SMk tidak menganiaya atau menzalimi sahabat terutama dalam persahabatan dan tidak akan sesekali meninggalkan sahabat dikala susah apatah lagi dikala senang. Nilai adik beradik lebih SMk utamakan dari kepentingan peribadi diri. 

Untuk Persatuan, awal tahun ini SMk akan terus mengemaskini dokumentasi persatuan agar menepati kehendak ROS dan mematuhinya supaya persatuan tetap positif dilandasan yang betul. Namun, untuk menjayakan event berpersatuan memerlukan tenaga dan masa oleh itu, setelah membuat kajiselidik mengenai Takwim Awal tahun 2024, SMk berasa sebaiknya persatuan memberikan fokus kepada pertandingan selepas Raya Aidilfitri nanti. Agar ahli lebih bersedia dan bersemangat.

Semalam juga, SMk ada ke reban seorang sahabat SMk dan SMk mendapati reban beliau sangat positif. Semua anak A dan B malahan seekor Remaja Ara mempunyai kualiti pertandingan. Ianya mengingatkan kembali kenangan semasa SMk menjadi seorang player suatu ketika dulu. Boleh dikatakan 89% anak rebannya menepati ayam game dan mempunyai potensi yang besar. Semoga beliau diberi kejayaan pada tahun 2024 nanti.

Untuk reban SMk bagi tahun 2024 nanti, SMk akan fokus kepada pembaka Godic dan pembaka Line Ryan dan Fire untuk mengeluarkan anak-anak reban berkualiti game. Disamping itu juga SMk ada 2 line baharu yang akan diberi tumpuan juga tetapi untuk fasa kedua 2024 nanti dimana ayam-ayam tersebut akan matang dan boleh diketengahkan untuk projek 2024-2025.

Akhir sekali, SMk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2024 dan semoga 2023 yang berlalu menjadi panduan kepada kita agar kita lebih mengenali dunia disekeliling kita seadanya semoga kita semua senantiasa dirahmati dan dilindungi Allah dunia akhirat. Aamin.

SMk


Thursday 6 July 2023

Pertandingan Ayam Serama di Tambirat Asajaya

 


Pertandingan kali ini ada sedikit berbeza dimana, Kategori Raja Kibas akan dipertandingkan semula setelah lama tidak dipertandingkan. Untuk kategori ini, semua ayam boleh masuk bertanding iaitu terdiri dari Ayam Remaja ke atas. Apa yang penting adalah nilai bilangan kibasan yang diambil kira.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar, Insya Allah jumpa disana nanti. 

Sunday 2 July 2023

Mesyuarat PKKASKS 01/2023

 


Satu mesyuarat telah diadakan bagi Persatuan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama Kuching - Sri Aman (PKKASKS) telah diadakan di Warong Wak Sebi Asajaya, pada 01 Julai 2023 (Sabtu) semalam. Pada mesyuarat kali ini beberapa ketetapan telah diadakan terutama melibatkan persediaan bagi penganjuran pertandingan ayam serama anjuran PKKASKS pada 29 Julai 2023 nanti. 

Pembahagian tugas telah dilakukan agar persediaan untuk pertandingan akan datang ini berlangsung dengan baik dan lebih teratur. Semoga segala perancangan yang telah dirancangkan berjalan dengan lancar. Aamin. 


Saturday 9 April 2022

Pengenalan Skima Permarkahan Ayam Serama Kategori Betina


 

Alhamdulillah, video bagi projek kali ini iaitu siri ketiga telah siap dan sedia untuk ditonton oleh peminat ayam serama di akaun Youtube SMk. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bagi peminat baru ayam serama.

Induk Muda


 Alhamdulillah induk muda ini telah berjaya menetas dan membawa turun 2 ekor anak dari 3 biji telur. Setakat ini belum jelas lagi jantina anak-anaknya. Namun, SMk berharap agar ada seekor anak jantan sebagai pelapis line ini. 

SMk

Thursday 7 April 2022

Pengenalan Skima Markah Kategori Ayam A dan B Siri 2


 

Sedikit perkongsian, semoga bermanfaat. Insya Allah jika diizinkan nanti kita sambung dengan kategori lain pulak.

Pengenalan Skima Permarkahan

 


Sepanjang bulan Ramadhan ini, terutamanya jika ada masa terluang disebelah pagi, SMk akan buat video untuk menerangkan tentang Skima Permarkahan. Insya Allah akan diterangkan juga untuk setiap koloum bagi setiap kategori. Namun ianya tidak akan menunjukkan berapa markah yang diberi kerana SMk cuma mengunakan gambar sebagi contoh yang SMk perolehi dari internet. Pastinya keadaan gambar atau detail video nanti berbeza mengikut skin gadget atau PC masing-masing. Oleh itu SMk cuma akan mengunakan istilah "Baik" atau "Tidak Baik" sebagai penerangan kepada setiap contoh yang diberikan nanti. 

Jumpa lagi di episod atau siri yang akan datang nanti, Insya Allah.

SMk

Thursday 28 October 2021

Induk yang mematuk Anak


 Update sedikit untuk induk yang garang seekor ini. Namun, setelah sekian waktu, nampaknya induk serama ini telah menjadi kurang agresif dan lebih cool berbanding sebelum ini. Semoga induk muda ini terus menjadi seekor induk yang baik di reban SMk. 

Cuma, anak ini nampak gayanya sperti seekor anak tina berbanding jantan. Seminggu dua lagi SMk akan update lagi perkembangannya. 

SMk

Wednesday 20 October 2021

Telur Induk Serama Lekat

 


Kali ini SMk menghadapi sedikit masalah dengan video rakaman SMk, dimana video penuhnya berdurasi 8.45 minit tetapi video yang boleh dipindah ke PC cuma berdurasi 5.24 minit sahaja. Bermacam usaha telah SMk lakukan untuk melakukan transfer video rakaman tersebut namun akhirnya tidak berjaya untuk memindahkan video berdurasi penuh. 

Akhirnya, video kali ini terpaksa SMk upload di youtube setakat yang dapat diformatkan sahaja. Agak janggal sedikit, sebab SMk selalu menamatkan video SMk dengan kata-kata penutup dan Salam. Tetapi kali ini, SMk cuma menulis caption sahaja untuk penutup kali ini. 

Insya Allah selepas ini, SMk akan berhati-hati semasa melakukan rakaman agar video yang dirakam dalam keadaan yang baik dan boleh digunapakai untuk editor dan sebagainya. 

Semoga video rakaman sesi tanya jawab kali ini dapat membantu sahabat SMk yang bertanya. 

SMk

Sunday 17 October 2021

Perkongsian Gaya Ayam Serama

 


Sembang mengenai asas Gaya dalam pertandingan ayam serama. 


Video asas Gaya ayam serama untuk rujukan dan informasi peminat ayam serama. 

Semoga bermanfat. 

SMk