Saturday 31 March 2012

Video anak serama

 

Serama Malaysia Ku

Video ini saya rakam pada 2 minggu yang lepas, ni lah tempat anak-anak ayam ini tidur.

Apa pun setakat ini semuanya sihat-sihat belaka. Vitamin mula dicampur ke dalam bekas minuman anak-anak ayam ini.

Winking smile

Anak ayam 5 minggu

 

 

Gambar ini adalah progress anak-anak ayam ini setelah 5 minggu lebih. Alhamdulillah semuanya sihat cuma seekor mati pada minggu ketiga. Jumlah yang tinggal terkini adalah 6 ekor.

Nampak gaya macam ada yang boleh dikira baik juga dari segi keterampilannya.

Rolling on the floor laughing

Anak Ayam

 

Ini adalah hasil yang diperolehi setelah memadankan Ayam Serama jantan dan Ayam Serama bertina (pada bulan Disember 2012).  Alhamdulillah semua anak ayam ini sihat dan semuanya ada 7 ekor semuanya.

Ada yang nampak gaya macam boleh tarik-tarik dan ada yang jinjang juga lehernya, namun bagi beginner macam saya ini dah dikira baik sangat-sangat dah. Syukur  Alhamdulillah.

Open-mouthed smile

Induk Ayam Serama Ku

 

2012-01-08 13.10.58

Induk yang masih remaja ini bakal digunakan sebagai induk yang akan ditempatkan bersama ayam jantan yang ada sekarang. Agak-agaknya menjadi tak?

Namun besar harapannya semoga menjadi… Hehehehe..

Embarrassed smile

Baka Ayam Serama ku

 

2012-01-08 13.12.43

Ayam Serama jantan ini saya telah perolehi semasa bercuti di pantai timur pada awal tahun 2011 yang lalu. Alhamdulillah walaupun saya agak ayam ini agak berusia namun ianya amat sihat dan baik untuk dijadikan pembaka.

Ayam Jantan ini kekadang juga tarik pada masa-masa tertentu. Namun tidaklah macam ayam yang digunakan untuk pertandingan Bon. Tetapi kira oklah untuk budjet masa tu. Lagipun ini adalah kali pertama saya bertukar suasana dari memelihara ayam sabung dan ayam kampung kepada ayam serama.

Insyaallah ianya akan berjaya. Daya usaha amtlah penting disamping kesabaran.

Be right back