Wednesday 24 September 2014

Anak A

Nusari Bayu

Anak tunggal Patinggan dan Puteri Raub, insya Allah akan di bawa berjalan-jalan ke game Bangi pada 28 September 2014 nanti. Oleh kerana nanti ada urusan nak ke seremban kerumah Abe Lean untuk buat ekor ayam sahabat dari kuantan, maka dengan ini anak ayam ini mulai hari ini dinamakan dengan nama NUSARI BAYU.

Di namakan sebagai Nusari Bayu kerana, akan melalui rumah ku di Sendayan Negeri Sembilan. Tak sempat duduk kat situ kerana rumah tu telah disewakan jadi lalu pun jadilah. Kahkahkah.

SMk

Saturday 20 September 2014

Anak Puteri Raub



Anak tunggal puteri raub. Nampak telah banyak warna kuning pada badan. Mungkin ikut bapak nya.

Namun masih mengharap perangai ibunya ada bersama anak ini. Garang, kalau pegang memang kene patuk dulu la..

Miss MMD



Banyak betul telur miss MMD ni.. ni baru pertama kali bertelur punya lah banyak. Belum nampak nak ngeram lagi tu..

Takpalah rugi telur, yang penting boleh mengeram dengan baik.

SMk

Sunday 14 September 2014

Update anak reban



Semakim meriah reban saya dengan anak-anak ini makin membesar. Ada beberapa yang berpotensi dan mengembirakan.

4 anak puteri Duyung semua jantan, anak kiwi 2 tina.. 1 selam.

Yang lain ada anak puteri Raub seekor rasanya jantan..

SMk

Monday 8 September 2014

Ubat Ayam Traditional

026download

Buah Mengkudu dan pucuknya, banyak khasiat nya terutama dalam dunia serama. Bagi ayam yang monyok, tak larat nak berjalan, sakit balung biru, insya Allah kita boleh cuba bagi makan pucuk Mengkudu 2 helai daunnya pagi dan petang.

Jika rajin, Buah mengkudu bleh juga direbus, air rebusan boleh dicampur dengan minuman serama. Insya Allah ada perubahannya.

Ilmu ni dapat dari Abang Din Pekan, seorang breeder lama sejak dari tahun 2000 lagi. Sesiapa ada masalah boleh lah mencuba, semoga berjaya. Insya Allah semuanya atas keizinan Allah taala.. kita hanya mampu berusaha.

SMk

Saturday 6 September 2014

Prince StormRider vs Prince InderaSempurna

nok gocoh saje.. gedebey jugok hak kecik ni

nampak macam garang je yang kecik ni, kalau berterusan ada perangai ni bagus ni.. I like lah beb.

SMk

Update Pelapis kat reban

Berikut adalah beberapa video dari SMk untuk anak-anak reban juga anak-anak import yang ada pada pegangan SMk.

Anak tunggal VX (nama belum ada kerana menanti kepastian jantina)

Anak Reban

Anak Puteri Duyung, 1 dari 4 ekor jantan.

Anak Reban

Anak Puteri Raub (cuma seekor sahaja anaknya) Juga tiada nama.

Anak Reban

Prince Indera Sempurna, dah ok dah tak terjun meja.. cuma menanti perangai sepenuhnya..

Import dari Serama Ngayor

Prince StormRider dan Princess..

Import dari game Johor 30 aug 2014

Anak sepasang ni dibeli semasa di game Johor. Namun tidak kesampaian untuk menambah selepas itu kerana ribut melanda tapak game. Oleh yang demikian adik beradik sepsang ni telah basah kuyup dan kesejukkan. Oleh kerana perjalanan balik ke Kuantan memakan masa hampir 5 jam jadi saya kira adalah mustahil membeli anak yang kesejukkan dan mustahil dapat hidup dengan baik. Mujur ayam ini setelah diijab pembeliannya terus saya simpan di kereta, memandangkan hari nak hujan. Semoga berbakti di reban SMk.

Tuesday 2 September 2014

FireStorm updated



Alhamdulillah.. klau kira aksesori ok dah sikit.. cuma masih ada cemar pada warna. Tapi akan hilang nanti bila meluruh rasanya.

Ayam masih belum lekat perangai.. kita tunggu 2 3 minggu lagi.. tengah diusahakan.. semoga semakin positif.

SMk