Saturday 31 May 2014

Puteri Raub update

Setelah melebihi tempoh 21 hari iaitu 25 hari saya mula melihat keadaan telur pada Puteri Raub.



Setelah diteropong dengan lampu suluh didapati memang telur telah rosak dan memang ada yang tidak ada benih.



Apapun usaha tetap diteruskan, esok insya Allah akan dimandikan dan akan diasingkan untuk diberi makan dan vitamin secukupnya supaya boleh dimasukkan semula dengan Partinggan 3 atau 4 minggu nanti.

SMk

My best moment



















Ini adalah antara best moment serama saya untuk 6 bulan pertama tahun 2014. Dari ayam ini ada 3 yang telah naik di meja pertandingan serama. Alhamdulillah ada yang mendapat no3 di penang.
Semoga ayam-ayam ini akan menguatkan lagi semangat serta ketekunan saya dalam dunia serama.

SMk

Tuesday 27 May 2014

Baja haiwan



Alhamdulillah baja haiwan yang di order telah sampai. Setelah mengunakan baja haiwan ni saya dapati ianya amat baik untuk mengurangkan bau dari tahi ayam di reban.

Oleh itu saya amat saran kan para pembaca dan peminat mengunakannya juga. Untuk makluman saya telah mengunakan baja haiwan sejak dari bulan disember 2012 lagi.

Tapi nak order, jangan order kat saya pulak ye. Sebab saya bukan penjual atau wakil menjual baja haiwan. Saya cuma salah seorang pengunanya sahaja.

SMk

Sunday 25 May 2014

Sammy vs kiwi



Induk sammy pasangan kiwi dah mula mengeram. Syukur alhamdulillah..

Induk sammy melur..



Baru dimandikan setelah gagal dalam cubaan mengeram kali pertamanya. Menanti kekosongan reban, akan dimasukkan bersama patinggan.

Game Kenyir 14

IMG_49681958555900

Alhamdulillah berjaya juga membawa anak A ke Pertandigan Raja Serama, yang bukan calang-calang lawannya dan prestigenya. Peringkat Asean, namun syukur tercapai juga hasrat nak membawa anak tersebut ke game untuk di adili di meja pengadilan.

2014-05-19 08.53.37

Setelah di letak di meja pengadil maka ini lah keputusannya. Alhamdulillah..

2014-05-24 14.21.27

Voltron No sangkar 72.

Fire Flash juga telah saya cuba walaupun tahu dia sebenarnya memang belum bersedia. Namun sebagai pendedahan tetap saya cuba tambahan juga untuk mengetahui berapakah markah untuk setiap kriteria kolumnya.

2014-05-19 16.17.22

2014-05-24 14.39.59

Fire Flash sangkar no 70.. pasti nanti akan di usahakan untuk dibaik pulih di kolum yang boleh ditambah baik untuk game di melaka nanti insya Allah..

Alhamdulillah sebagai buah tangan dapatlah juga hadiah hamper..

2014-05-24 22.08.41

Monday 19 May 2014

Transformasi Voltron

2014-05-19 08.53.37

 

2014-05-19 08.54.172014-05-19 08.54.30

Alahamdulillah, semakin positif. Semoga berterusan hendaknya. 5 hari saja lagi tinggal, destinasi ke Kenyir.

Sunday 18 May 2014

Dyg MMD

2014-05-18 10.46.492014-05-18 10.46.43

Alhamdulillah, anak reban hasil sendiri yang amat menyenangkan hati dan terasa kepuasannya. Walaupun tak lah secantik ayam orang lain di luar sana tetapi saya amat bersyukur kerana semakin hari semakin terasa kepuasan dalam berserama.

Apa jadi?

2014-05-18 09.28.48

Adakah akan lebih mesra atau akan ada mengundang pertelingkahan?

2014-05-18 09.29.23

Mustahil untuk disamakan buat masa ini, sabar dulu. Puasa lah kau FireFlash.. kaki pun tak kuat lagi tu. Hahahahaha…

Puteri Duyung & Dyg MMD

2014-05-18 09.29.42

2014-05-18 09.29.49

Hanya gambar berbicara……

Red heartRed heartRed heart

Ubat kuat kaki

2014-05-18 08.14.36

Inilah ubat dari kelantan.. dari otai Abe Suh.. ubat ini digunakan untuk menguatkan kaki ayam, secara tradisionalnya dan diakui terbaik setakat ini selepas siput gondang.

Cara pengunaannya ialah sebiji ubat kuning (diberi sebelah pagi-suap) dan hitam (diberi sebelah petang disuap) kepada ayam yang lemah kakinya.

Kemudian ambil lagi sebiji kuning dan sebiji hitam buka kapsulnya dan campur dengan setengah botol mineral air mineral water sukatannya. Air ini di goncang dan diletak dalam bekas minum ayam tersebut. Saya akan mengunakan ubat ini untuk cuba merawat kaki FireFlash yang agak lemah sikit tu supaya semakin baik.

Semoga hasilnya memberangsangkan.

SMk

Saturday 17 May 2014

FireFlash the music

FireFlash

kita layan lagu je dulu yer, nak pergi game lambat lagi rasanya ayam ni. Tapi takpa, kesabaran itu penting sebagai peminat ayam serama.

Fireflash

2014-05-17 11.43.35

Fireflash mula diletakkan atas meja secara maksima, ini pun ada masa cuti sikit. Kalau tak memerap dalam reban. Ayam ada potensi tetapi kaki masih agak lemah jadi mulai hari ini telah memasuki proses diet yang aktif bagi menguatkan kakinya.

17-5-2014 12-06-48 PM

Sabar menanti….

SMk

Friday 16 May 2014

Kapsul tulang sotong

Masalah telur lembik, ayam tulang tak kuat dan sebagainya itu adalah antara perkara lazim dalam dunia serama.

Jadi macam mana buat kapsul tulang sotong?



Mula-mula sekali dapatkan tulang sotong seprti gambar diatas dan boleh didapati di kedai petshop berdekatan dengan tempat anda. Tolong pilih tulang sotong yang putih bersih tanpa ada sebarang kesan kotoran dan kulat. Nanti lain pulak jadi hasilnya.

Kemudian, beli kapsul kosong di farmasi.



Kemudian, mulalah menumbuk tulang sotong sehingga halus menjadi serbuk.



Setelah itu masukkan serbuk ke dalam kapsul kosong tadi. Seperti gambar di bawah. Dah siap, cukup mudah.



Untuk ayam yang bertelur lembik boleh diberi makan sebiji sehari. Insya Allah dalam 5 hari telur akan menjadi keras dan cantik. Untuk pejantan dan ayam muda, saya beri sebiji kapsul tulang sotong bersama-sama sebiji minyak ikan setiap 2 hari.

Ini kerana ayam dalam rebam yang jarang dilepas biasanya akan kekurangan garam galian dan mudah menjadi lemah dan tidak kuat. Oleh itu pengunaan makanan tambahan seperti tulang sotong ini amat bagus untuk ayam anda.

Sakit punggong bertahi dan ada kekuningan

16-5-2014 8-05-05 AM

Ini adalah sakit yang saya maksudkan, dimana di bahagian dubur ada tahi yang tak lepas dan melekat. Jika dibersihkan ada kesan kulit mengelupas yang berwarna kekuningan.. kemungkinan besar dari sel-sel kulit mati. Juga jika di guna cotton bath didapati dibahagian dalam pun ada kesan sel kulit mati ini.

Apa yang saya lakukan jika menghadapi situasi bergini ialah:

1. Membersihkan kawasan dubur dengan air suam, kemudian di sapu dengan minyak gamat dibahagian terbabit dan juga didalam dubur dengan mengunakan cotton bath supaya minyak gamat boleh dicapai masuk ke bahagian yang sukar.



2. Selepas itu untuk merawat ayam, saya gunakan sejenis ubat serbuk bernama Trimezyn-S untuk menjadi ubat syrup yang diberi minum pada ayam yang sakit.





Ubat ini dikira kombinasi ubat untuk masalah sakit seperti muka bengkak, masalah pernafasan, kolera dan juga untuk merawat sakit pullorum (berak kapur). Sakit ini tadi ada kaitan dengan pullorum.

Cara penyediaannya saya masukkan serbuk sebanyak 1 gram untuk 1 liter air. Itu jika sukatan untuk di masukkan kedalam bekas minuman ayam. Saya lebih suka memberi ubat pada ayam sakit dengan mengunakan syringe. Oleh itu jumlah sukatan yang saya gunakan adalah 5 gram dicampur air sebanyak 1 liter. Tetapi untuk sukatan atau dosage pada ayam saya beri cuma 5 ml dengan kekerapan 2 kali sehari.



Pemberian ubat ini diteruskan sehingga 5-7 hari berturut-turut. Kemudian barulah mengikut sukatan asalnya iaitu 1 gram untuk 1 liter air dimasukkan terus kedalam bekas minuman. Sehingga ayam sembuh seperti sedia kala.

Itu cara saya, mungkin ada cara yang lebih baik dipraktikkan diluar sana. Pengalaman adalah guru yang memberi ilmu yang paling berharga.

Sekian, terima kasih.

SMk

Thursday 15 May 2014

Kenyir 2014

10170798_649955611749067_5384374447997612268_n

Alahamdulillah, sekali lagi Raja Serama ‘14 peringkat asean akan berlangsung sekali lagi. Kali ini saya juga akan hadir insya Allah akan membawa anak A sebagai teman ke sana. Walaupun ayam yang di damba ke kenyir iaitu si Unnamed masih tidak sihat tapi itu tidak melemahkan semangat saya untuk memijak kaki kesana.

Jika tiada aral menghalang saya akan bergerak dari kuantan awal pagi insya Allah. Semoga hajat hati untuk sampai ke kenyir tercapai dan dipermudahkan Allah s.w.t…

Latihan Ayam Serama

15-5-2014 9-12-32 AM

Selalu dilontarkan pertanyaan, macam mana nak melatih ayam serama? Selain dari baka yang bagus dan baik.

Maksudnya disini, baka tetap menjadi perkara utama tertapi ada juga masalah bila baka dah cantik tapi anaknya lambat perangai. Jadi macam mana nak menyerlahkan atau mengeluarkan potensi ayam tersebut?

Ada 2 perkara yang perlu di fahami disini dalam latihan ayam serama.

1. Mengeluarkan perangai

2. Membentuk keterampilan ayam agar mempunyai tubuh badan serta bentuk yang maksimum.

Ini dari pemgalaman saya sendiri, mungkin pada orang lain mereka mempunyai cara yang berbeza. Pada saya untuk mengeluarkan perangai ayam biasanya saya akan:

  • Memilih anak ayam dari anak umur 3 atau 4 minggu.
  • ayam ini tidak sesekali diasingkan, jika perlu diasingkan akan dipasangkan dengan 1 jantan 1 betina.
  • Selalu dipegang supaya mengenali tuan serta tidak takut pada orang.
  • setiap hari ayam ini pada waktu malamnya akan disimpan didalam kotak yang kecil dan sesuai untuk tidur.
  • siangnya latihan seperti biasa

kenapa ayam ini perlu disimpan dalam kotak? Sebabnya adalah untuk ayam ini membiasakan diri dengan kotak atau bilik yang sempit dan menjadi tidak takut. Juga apabila siangnya diambil tuannya setiap hari untuk dipindah ke sangkar ayam menjadi berani dengan tuannya. Bila keluar juga dilepas dalam sangkar ayam mula mengibas-ngibas. Ini adalah pertanda baik.

Seterusnya apabila telah dilepas dalam sangkar dan diberi makanan dan minuman. Untuk membentuk keterampilan pula, ayam perlu:

  • Diletak atas meja, jika ayam terjun maka mandikan. Jika ayam asyik ketepi tolak ayam ketengah meja.
  • Diurut dan dipegang atau istilah biasa digunakan oleh peminat serama sebagai di gosok-gosok.
  • diberi mandi seminggu sekali dan dijemur agar ayam tak mengigil hingga bergegar kaki dan otak ayam sebab kesejukkan. Jika hari seterusnya bulunya masih rapi maka dibasahkan di bahagian dada.
  • Kuku nya dan bulu ditrim supaya sesuai dan menyerlahkan keterampilannya.
  • Setelah sebulan keatas maka guna kan serkup untuk menambahkan lagi perubahan bentuk badan dan cara ayam berdiri. Sesekali letak atas meja tanpa serkup. Insya Allah dengan izin Allah dan usaha kita pasti nampak perubahannya.

Sekian terima kasih.

SMk

 

     

Tuesday 13 May 2014

Voltron

13-5-2014 7-19-08 PM

Alahamdulillah, setelah beberapa hari di kuantan dan diberi latihan meja akhirnya Voltron tidak lagi terjun meja. Diharap selepas ini ia akan mula bergaya pulak. Syukur Alhamdulillah.

Anak A ini akan dinamakan Voltron. Ini adalah atas cadangan sahabat kita saudara Mohd Saufi yang mencadangkan nama Voltan Tinggi. Namun akhirnya saya namakan saja sebagai Voltron.

Fireflash, puteri Duyung dan Dyg MMD









Alhamdulillah hari cuti ni boleh lah luangkan sedikit masa untuk mereka ni. Nampaknya memang ada potensi yang bagus. Harap nanti boleh jadi pelapis dan bahan gosok pada waktu mendatang..

Jika ada rezeki akan ada yang di bawa ke pentas pertandingan nanti.

Target sekarang masih Kenyir dan Melaka pada bulan jun nanti.