Sunday 27 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri



SMk dengan ini mengambil kesempatan, untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai, geng serama, teman-teman dari indonesia dan pengikut blog ini.

Semoga kita mendapat hikmah dan segala kebaikan yang telah kita perolehi sepanjang Ramadhan.

SMk dengan ini menyusun jari, memohon seribu kemaafan atas apa jua kesalahan yang lalu. Semoga kita sama-sama semakin damai dan rapat serta silaturahim kita semakin lama semakin utuh dan kuat. Sekian, terima kasih.

SMk

Monday 21 July 2014

Bapa & Anak

FireStorm

Alhamdulillah. FireStorm semakin bangun dan nampak ada paten insya Allah. Semoga lebih positif selepas Hari Raya nanti.

Bapanya masih digunakan sebagai main brooder untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

SMk

Projek yang gagal





Jantan ni nampaknya gagal untuk dijadikan sebagai pembaka kerana ada beberapa kekurangaan. Walaupun memang niat untuk melihat anak-anaknya tetap masih dihati.

Ayam ni telah diberikan kepada seorang peminat baru di batu 11 jalan gambang. Oleh kerana peminat baru, jadi saya beri lah juga seekor betina untuk beliau semoga berhasil lah nanti jika ada rezeki beliau nanti.

Semoga berbaktilah hendaknya di rumah baru.

SMk

Sunday 20 July 2014

Jemur ayam





Layan dua anak b dan c ni jap hari ni. Alhamdulillah semakin positif hasilnya. Semoga berbakti nanti, di game tak pun sebagai pembaka reban.

SMk

Saturday 19 July 2014

Improvement or upgrade



Alhamdulillah berjaya dilakukan..

Improvement.. cutting dan balung telah berjaya di upgrade.. selepas ini kita akan masuk balik miss MMD dengan bapaknya semula. Kita tunggu dan lihat hasil jadi macam mana nanti.

Gambar atas adalah ibu kepada induknya iaitu induk atau ibu kepada Banyuwangi dan gambar bawah adalah gambar cucunya Miss MMD.

Anak reban



2 adik beradik ni ni hari ni mulai digosok dengan air suam. Kene tunggu sampai jelas jantina baru kita namakannya.

Namun kalau jantan tetap membawa nama Fire dipangkal namanya. Kita tunggu 2 minggu lagi.

SMk

Miss MMD updated



Alhamdulillah.. anak reban yang menunjukkan kepuasan hati saya dalam breeding. Dah nak masuk dara, insya Allah boleh dimasukkan dalam breeding program selepas raya dengan bapaknya kembali.

Kira inbreed F dgn F1 line.. apa pun usaha tetap usaha.. hasilnya atas izin Allah..

SMk

Wednesday 16 July 2014

Sambung breeding



Oleh kerana dah berjaya 3 mengeram, jadi ditambah pula dengan induk ZX dan puteri raub. Semoga bertelur dengan baik nanti hendaknya.

SMk

Tuesday 15 July 2014

Musim mengeram





Alhamdulillah 3 induk mengeram sekali gus. Semuanya dikawinkan dengan Patinggan. Semoga adalah anak-anak yang boleh di belai lepas raya nanti.

SMk

Sunday 13 July 2014

Saturday 12 July 2014

Update FireStorm



Syukur atas nikmat Allah.. semakin comel nampaknya si FireStorm ni. Sedap di mata kita sudahlah kan. Janji anak reban dan hati kita gembira serta puas..

Sepanjang Ramadhan ni memang tak sempat nak belai dan gosok ayam. Nasib ada hujung minggu macam ni lah.. boleh lah luangkan sikit masa kat dia.

SMk

Menetas



Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan ni.. semoga ada lagi lah yang menetas taklah kesunyian anak ni nanti..

Ni anak kiwi.. kira anak pertama dia lah buat masa ni.. setelah masuk dalam bidang breeding..

SMk