Monday 25 August 2014

Update anak2 jantan reban



Dari 2 ibu yang berlainan, 1 bapak.. anak kepada puteri duyung dan induk reban.. harap-harap boleh lah dibawa berjalan ke sana ke sini nanti..

SMk

Sunday 24 August 2014



Alhamdulillah.. seekor lagi induk yang dari anak reban berjaya menetas untuk kali pertama bertelur dan mengeram. Cuma yang menjadi sedikit kemuskilan.. kenapa anaknya berwarna gelap? Tak pernah lagi anak reban warna macam ni sejak main serama ni yang berwarna macam ni. Sesuatu kelainan pasti ada keistimewaan.

Sama-sama kita ikuti perkembangannya nanti.

SMk

Wednesday 20 August 2014

Update anak reban



Alhamdulillah, petang ni sempat lah menjemur anak kali ni dengan cahaya matahari. Salah seekor ni akan dibawa ke game johor pada 30hb ogos 14 nanti.

Masih ada 10 hari untuk persiapan latihan meja atau sekurang-kurangnya ayam taklah terjun meja. Walaupun bagu kategori anak A adalah perkara biasa bagi anak ayam terbang terjun meja.

Namun persiapan perlu juga dilakukan, akhirnya tinggallah pada nasib ayam itu sendiri samada akan perform atau tidak. Yang penting kita dah mulakan usaha itu yang penting.

SMk

Saturday 16 August 2014

Miss MMD



Syukur alhamdulillah, Miss MMD bertelur dengan baik. Semoga selepas ni mengeram juga dengan baik.

Nampaknya pengunaan pasir laut yang ada cebisan kerang hancur benar-benar dapat mengatasi masalah induk muda.

SMk

VX menetas



Alhamdulillah.. akhirnya induk VX menetas juga setelah gagal pada kali pertama. Kita tunggu hingga minggu depan.. kemudian kita asingkan dari ibunya. Semoga sihat dan kuat.

Tak sabar nak lihat macam mana jadi patennya nanti.. kalau ikut ibu bapa memang dah yang terbaik di reban SMk lah. Kalau reban kawan-kawan lain lagi terbaik tapi sedap bagi pandangan mata kita lah. Baik buruk tetap barang reban sendiri.

SMk

Wednesday 13 August 2014

Miss Lenovo



Bahaya betul miss Lenovo ni.. main-main saja pun dah nak pacak hilang kepala. Ingat nak buat pembaka je pun. Jangan lah terlalu selam sangat sebab nak breed ni kita nak yang sederhana je.

SMk

Update Reban



Alhamdulillah, puteri Duyung dan miss MMD dah mula dimasukkan dengan Patingan.. kita tunggu hasilnya..

SMk

Tuesday 12 August 2014

Induk pelapis





2 induk pelapis, yang besar sikit sebelah kiri berdarah sub dan sebelah kanan berdarah ara dan wan sabri.

Dalam tempoh 3 bulan lagi pasti tina dara ini akan siap untuk dimasukkan kedalam reban untuk breeding.

SMk

Saturday 9 August 2014

Anak Reban SMk



Anak-anak makin meriah tahun 2014 ni, syukur alhamdulillah. Anak besar ni selalunya kite bagi mandi air suam supaya bulu bersih dan punggongnya tak letak najis. Selalunya tahi atau najis yang melekat ni lah banyak mengakibatkan kematian pada anak ayam.

SMk

Tuesday 5 August 2014

FireStorm updated



FireStorm terkini..

Baru nak masuk remaja.. exsesori dah mula cukup masuk kategori. Suara masih anak lagi. Ayam saiz halus.. mengharapkan perangai nya datang sepenuhnya. Rasanya boleh tarik lagi atau selam lagi ni. Tapi saya taknak buat apa. Sebab ni adalah projek saya dan untuk mengetahui potensi sebenar tanpa bantuan urutan dan sebagainya. Jika menjadi maka rezeki dan betullah usaha selama ini. Sambil bermain sambil kita buat rnd.. biarlah kita kalah di mata orang janji menang di mata kita sendiri sudahlah.. saya dah puas hati dan syukur pada anugerah ilahi.

SMk

Sunday 3 August 2014

Ahad.. mandi dulu



Hari ahad menjelma, kita bagi mandi dulu semua yang ada terutama pasangan breeding dan ayam remaja.

Puteri Duyung akan dimasukkan kali ke 2 dengan Patinggan semoga menjadi lagi.

SMk

Saturday 2 August 2014

Rezeki Syawal





Sekembali dari bercuti hari raya di lunas terus sampai je kuantan terus usha induk2 mengeram.

3 induk mengeram telah menetas.. 2 sub ara.. 1 sg ara puteri duyung. Timbul rasa kepuasan hati yang tak terhingga bila mana melihat anak reban. Semoga semuanya sihat dan membesar dengan baik.

SMk