Tuesday 28 October 2014

Game Melaka 26 Okt 2014

2014-10-24 15.40.08

SMk telah menyertai Game Melaka di Tapak Serama Malaysia dengan 2 penyertaan. Dark Knight dan Dayang Mas.

Keputusan Dark Knight Sangkar no 1

2014-10-26 14.42.16

cuma mendapat 55 point, ini kerana Dark Knight masih tidak sihat sepenuhnya. Namun tidak apa kerana memang anak ini tidak terjun meja. Boleh dicuba lagi apabila remaja nanti Insya Allah.

2014-10-25 15.00.18

Namun keputusan Dayang Mas amat mengejutkan, walaupun tengah meluruh dan kehilangan 3 bilah ekor tetap beraksi di atas meja. Sungguh mengembirakan dan memuaskan hati SMk sehinggakan video pun terlupa di ambil.

2014-10-26 22.01.37

Kehilangan 3 bilah ekor sebelum naik meja pengadil. Keputusannya:

Dayang Mas Sangkar no2.

2014-10-26 16.36.47

Dengan 84 mata, walaupun tidak mendapat sebarang hadiah, SMk sangat berpuas hati dan menaruh sepenuh kepercayaan yang tina dara ini bila siap kategori Betina pasti beraksi dengan membanggakan pada masa akan datang. Markah untuk keseluruhan gaya adalah amat tidak mengecewakan sama sekali. Memang cukup mengembirakan. Tina ini akan siap selewat-lewatnya hujung bulan november nanti bila ekornya siap sepenuhnya. Maka selepas itu kita boleh lah selalu pergi ke bon.

Syukur Alhamdulillah.

SMk

Saturday 25 October 2014

Dayang Mas updated

25-10-2014 5-15-07 PM

Sayangnya Dayang Mas meluruh ekor, kalau tak boleh dibawa ke Game Melaka. Ada teman dari utara sudah mula masuk merisik.. adakah akan dilepaskan? Rasanya belum masanya lagi. Perlu memijak meja game sekurang-kurangnya sekali barulah boleh difikirkan untuk dilepas untuk apa jua tujuannya.

Akhirnya FireFlash memijak kaki kembali ke reban

25-10-2014 5-14-17 PM

Setelah meninggalkan rumah semasa remaja, akhirnya FireFlash kembali ke rumah saya kembali. Adiknya FireStorm pun dah mula masuk muda. Mengikut amanah tuan baru FireFlash supaya dibawa mengikut ke game Melaka. Semoga ayam ni buat kerja di Game nanti.

Persiapan Game Melaka

 

25-10-2014 5-14-46 PM

25-10-2014 5-13-52 PM

Sambil mempersiapkan ayam-ayam untuk game Melaka, ambil peluang untuk bagi mandi anak-anak reban.

Rasanya Dark Knight akan pergi cuma bab prestasi tak lah kita meletakkan harapan yang tinggi kerana anak ni baru sembuh dari demam. Nampak segar selepas mandi, semoga terus sihat hendaknya.

Sunday 12 October 2014

Ekor Senget

Dalam dunia serama adalah biasa seekor ayam serama untuk ekornya senget atau belok. Jika tidak dirawat maka akan berlarutan sehingga sampai keadaan chasis lari dan tuku lari. Jika sampai tahap ini.. agak sukar untuk diperbetulkan.

Cara yang selalu dilakukan adalah dengan melakukan tambat atau menjahit secara mengikat agar ekor tidak belok. Ada juga dengan pengunaan penyepit kertas atau dibasah sebelah ekor namun cara ini memerlukan seseorang yang mempunyai banyak masa untuk meneliti dan mengawasi perkembangannya.

Maka penyelesaian yang selalu di lakukan adalah dengan pembedahan kecil iaitu dengan membuang sedikit kulit pada bahagian bawah atau tepi ekor ayam serama. Namun saya nasihatkan operasi ini perlu dilakukan oleh seseorang yang benar-benar pakar dan mempunyai kelengkapan yang cukup.

2014-10-12 17.07.52

20141012_214442

contoh sebahagian peralatan yang diperlukan seperti pada gambar di atas.

Mula-mula ikat kaki dengan tali kasut jika ada kerana tali ini lembut dan tidak merosakkan sisik serta kaki ayam yang dirawat.

received_344548439060322.jpeg

Lakukan penandaan di bahagian kulit yang hendak di buang.

received_344548339060332.jpeg

Kemudian buang kulit tersebut.

received_344549532393546.jpeg

selepas itu dijahit, disini teknik jahitan amat perlu supaya benang tidak timbul, jika timbul ayam akan mematuk benang yang nampak dan jahitan mudah terbuka semula.

received_344550272393472.jpegreceived_344551399060026.jpeg

received_344547692393730.jpeg

Setelah siap di jahit dan kemudian beri 1/4 panadol untuk ayam tersebut.

Namun kadang-kadang bagi ekor seekor ayam yang betul-betul senget akan memerlukan beberapa prosedur operasi bagi membolehkan ayam tersebut kembali normal.

p/s: Sebaiknya jumpa pada yang pakar untuk sebarang pembaikpulihan ayam anda.

Pakar yang saya kenal benar PRO.. adalah Abe suh area kota bharu manakala Abg Wan B area KL/Selangor.

Anak Puteri Duyung 1st Batch

2014-10-12 12.29.04

Ini adalah anak Puteri Duyung dan Patinggan. Ada 4 ekor semua anak jantannya dan ini salah satunya.

12-10-2014 9-26-36 PM

Puteri Duyung sebelah kiri sekali dan sebelah kanan pembaka itulah bapaknya. Asal Puteri Duyung adalah dari reban abg Lan Pulau Duyung yang di ambil masa anak A.

Bapak dan ibu Puteri Duyung adalah PURE SG. Gambarnya adalah seperti dibawah.

12-10-2014 9-29-37 PM12-10-2014 9-30-37 PM

Gabungan inilah yang menghasilkan Puteri Duyung.

Oleh kerana darah yang kuat kearah SG dimana anak-anak Puteri Duyung memiliki tanda kening yang agak jelas. Maka dengan itu akan diteruskan untuk breeding pada masa akan datang. Insya Allah.

SMk

Friday 10 October 2014

Sepasang anak Rare

10-10-2014 11-57-24 AM

Sepasang dari adik beradik Dark Knight telah selamat berada di Bandar Baru Semariang, Kuching Sarawak. Alhamdulilah, hajat untuk menghantar pasangan ini akhirnya tercapai. Semoga memeriahkan lagi semangat berserama di Sarawak Bumi Kenyalang.

Jantan tu dinamakan Patong oleh tuan barunya, iaitu bermaksud buah hati atau cute. Boleh lah janji nama yang menunjukkan kasih sayang tuannya. Itu yang penting.

Sunday 5 October 2014

Update FireFlash

FireFlash

Ini update terkini FireFlash yang telah bertukar tangan yang sekarang berada di tangan Makley Onitsuka (FB) pemilik barunya. Mungkin telah menjadi pembaka reban rasanya.

Syukur product SMk dipercayai kawan-kawan dan digunakan sebagai pembaka. Semoga berkembang biaklah hendaknya dan memberi manfaat serta rezeki buat tuan barunya disana.

10659347_331002787081554_7291760483232546204_n

Ini gambar lama sebelum bertukar tangan, FireFlash juga sempat beraksi dikenyir. Alhamdulillah point yang baik juga. Kepuasan kita yang penting.

SMk

Update Baka Reban

Ayam ni asalnya reban SMk, tetapi sekarang telah berkembang biak disebuah rumah sahabat iaitu Mohd Saufi (FB). Asal Ibunya adalah SG Mat yus manakala bapaknya SG ekor kelabu Lee Daging yang diberikan oleh seorang sahabat. Namun atas sebab yang tidak diketahui pembaka itu minta dikembalikan, katanya nak beli semula pun takpa. Tapi atas sifat kita yang tidak mahu mencari masalah. Pembaka itu telah kita hantar kembali. Semoga dapat mengelakkan persengketaan.

Alhamdulillah apabila induk tersebut menetas maka dapatlah hasilnya seekor anak tina yang kemudian dijual kepada Mohd Saiful (FB) dari Sri Damai. Anak ini pernah SMk bawa ke Bon Penang dengan mendapat point yang baik juga.Tapi baka ni memang panas agaknya maka akhirnya berakhirlah di reban Mohd Saufi.

Kemudian induk ini telah dikawinkan dengan pejantan yang Mohd Saufi beli dari Mulut Puaka (FB) dan akhirnya maka jadilah hasil ayam ini (gambar di bawah).

2014-10-02 18.27.212014-10-02 18.26.58

Inilah anak tunggal tersebut, anak tina. Namun disudut hati kita gembira, walaupun sebenarnya kita merajuk sedikit kerana asal ceritanya yang agak kurang sedap di alami oleh SMk sendiri.

Oleh itu mulai saat itu saya hanya membeli dan mengunakan anak reban sendiri dalam pembiakan di reban SMk. Ada yang teman-teman seperjuangan beri pada saya tetap saya terima namun kebanyakkannya saya beri semula kepada peminat baru sebagai hadiah dan saguhati lambang perkenalan. Malahan ada yang SMk beli demi persahabatan juga saya beri dengan ikhlas sebagai tanda penghargaan persahabatan. Supaya orang baru tidak pula menerima nasib yang sama.

Namun alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, rezeki SMk semakin bertambah baik setelah peristiwa tersebut.

SMk

Puteri Duyung

Kali ni telur dari puteri duyung tak menjadi, oleh kerana induk masih nampak kuat dan cergas, saya masukkan telur Miss MMD dan banyuwangi. Mana tahu ada luck.. sapa tau kan. Janji semuanya dari pejantan yang sama iaitu Voltrax. kita tunggu lagi next 21 hari.

Induk sub iaitu ibu kepada Dark Knight telah mengeram. Induk ni dimasukkan semula dengan pembaka asal iaitu Kiwi. semoga berhasil dalam mencetak anak-anak yang berperangai. Induk ni warna pun pelik jadi memang tak hairan juga lah anak pun pelik. Tapi biarlah pelik janji ada perangai dan anak ada cutting.

So kita tunggu..

SMk

Dayang Mas

Tina ini akan dijaga, dan dilatih untuk menjadi Betina Game. Insya Allah tina ni memang ada potensi terutama bila stand dan jeck dada.

SMk

Dark knight

Dark Knight

Dark Knight

Alhamdulillah, nampaknya menjadi seekor ni. Perangai pun ada walaupun tak di asing lagi. Semoga boleh diketengahkan untuk game yang akan datang.

SMk

Wednesday 1 October 2014

Raden Mas



Kali ni hanya seekor je anak raden mas vs kiwi. Kalau tak silap dari 4 biji telur. Semoga sihat dan membesar dengan baik.

SMk