Friday 29 May 2015

Projek besar



Ini merupakan satu projek besar SMk bagi tahun ini kerana gabungan 2 darah yang terbaik dicantumkan semoga berjaya membuahkan hasil.

Ramuan kali ini ialah:

Pembaka utama adalah direct line anak serama BPR the Legend dengan induk robot.

Induk betina(milik Hafzam STG) merupakan ibu kepada El Nino Best Of The Best Tasek Kenyir dan Raja Serama 2015 yang lalu.

Maka gabungan dua darah ini diharap dapat menghasilkan sesuatu yang terbaru dan baik. Insya Allah.

SMk

Perubahan FireSharp



Perubahan cutting, gaya dan aksesorinya. Setelah balik dari Tasek Kenyir perubahan yang ditunjukkannya semakin positif. Amat puas hati dapat melihat perubahan yang amat sedap dipandang.

Niat hati memang nak dibawa ke Kajang pada 30hb Mei 2015 tapi apakan daya, kene bertugas pula pada sepanjang minggu ni kerana persediaan sambutan TUDM.

Jika tidak berpeluang untuk dibawa lagi ke game mendatang, maka kita hanya akan bawanya keluar selepas Hari Raya nanti.

SMk

Saturday 23 May 2015

FireSlant



FireSlant telah diserahkan kepada Din Atabara di balok untuk menjadi pembaka utama. Semoga berbaktilah disana dan meluaskan line Fire dengan niat bersahabat semoga hubungan antara tuan baru dan lama tetap berkekalan.

SMk

Monday 18 May 2015

Pameran Ayam Serama

Alhamdulillah.. SMk telah berjaya bekerjasama dengan pihak SMK Indera Mahkota bagi menjayakannya semperna hari Kantin sekolah tersebut.



Syukur juga ahli-ahli Persatuan Serama Tok Gajah (STG) turut hadir membantu bagi menjayakannya. Semoga peluang dan ruang yang ada dapat menarik minat golongan anak muda dalam menceburi hobi berserama.

SMk

Saturday 16 May 2015

Rezeki Puteri Duyung



Alhamdulillah.. Puteri Duyung menetas lagi buat kali ke3. Semoga melahirkan banyak Vip kat dunia SMk.

Insya Allah akan kita jaga baik-baik untuk mainan selepas Hari Raya nanti. Kerana kalau mengikut rekod anak-anaknya yang batch ke2.. semua anak tersebut dapat nombor di bon dan paling tinggi kejayaannya adalah no2 anak A di bon Skudai.

SMk

Friday 15 May 2015

Anak tunggal



Anak tunggal dari induk Sri 69. Walaupun cuma seekor tetapi hasil dengan penbaka utama ni telah menunjukkan hasil yang amat positif sekali.

SMk

Rezeki mendatang



Ada banyak induk mengeram untuk penghujung penggal pertama ni. Semoga menjadi semuanya.

Syukur rezeki dari Allah utk SMk.

FireSharp



Semakin menarik, dan sentiasa memberi perasaan gembira di hati dengan gaya dan wataknya.

Sekarang dah mula datang perangai semoga semakin maju lagi kehadapan.