Friday 16 January 2015

Pawah

image

Semalam petang, Abg Din Pekan datang rumah dengan 2 ekor betina. Ingat nak buat apa, rupanya nak Pawah. Oleh kerana memang FireStorm tengah kosong rebannya jadi persetujuan telah dibuat untuk 2 ekor betina ni di masukkan terus dengan FireStorm untuk projek awal 2015.

Apa yang dimaklumkan oleh Abe Din, induk 2 ekor ini berdarah ayam dari Ganu. Baka apa masih tak diketahui tetapi antara baka yang molek dari reban yang agak sohor di terengganu.

Insya Allah dengan izin Allah pasti menjadi anak ayam dah tentu, menjadi ayam game tu tak tahu lah kikih. Takpa yang penting cubaan harus dilakukan.

SMK

Monday 12 January 2015

UPDATE : Anak Patinggan VS Princess Redland





Alhamdulillah, nampak semakin meriah dan rasa gembira kerana anak-anak ni telah nampak positif dan aksesorinya juga nampak cantik. Belum diasingkan dengan ibunya kerana cuaca masih tidak menentu sekarang ini di Pantai Timur terutama Kuantan, Pahang khasnya.



Setelah cuaca mulai stabil dan cerah anak-anak ini akan di asingkan dan cuba di latih untuk bermain di meja. Nampak ada 2 jantan 1 betina tapi betul atau tidak, sama-sama kita nantikan. Pada hemat mata sekarang ini, ada seekor yang betul-betul menarik hati. Semoga membesar dengan sihat dan kuat.



SMk

Friday 9 January 2015

Anak Princess Splash



Alhamdulillah, anak dari induk reban yang digunapakai sebagai induk mesin telah berjaya menetaskan anaknya sendiri dari benihnya sendiri.

Apakah akan menjadi induk mesin juga nanti? Hahahaha.. kita tunggu dan lihat.

SMk

Anak puteri Raub



Nampak sungguh comel anak Puteri Raub ni. Semoga nanti ada anaknya boleh diketengahkan, setidak-tidaknya boleh lah dibuat mainan di petang hari.

Anak Princess Redland vs Patinggan





Update terkini anak-anak projek hujung tahun. Hasilnya 2 jantan dan 1 tina.

Masih dalam proses menunggu, adakah akan hadir warrior merah dalam kelompok kecil ini. Setakat ini boleh dikatakan anak ini masih dominan warna kuning.

Setiap anak Patinggan akan mengunakan nama Flash jadi 2 jantan ini akan pastinya diberikan nama yang agak hampir antara satu antara yang lain.

Dari segi cutting? Rasanya masih terlalu awal untuk sebarang kesimpulan dilakukan, namun setakat ini boleh dikatakan agak positif.

Semoga terus sihat dan sehingga menjadi bapak dan ibu reban insya Allah.

SMk

Thursday 1 January 2015

Anak tahun baru



Anak tahun baru dari puteri Raub.. ni adalah anak Patinggan dengan menyerlah kuningnya. Kalau jadi putih seperti ibunya kura bagus juga.



Apa pun kita tunggu nanti anaknya jadi macam mana dari segi warna dan cutting.

SMk

Rezeki 2015

Anak dari 2 ekor induk ini akan menjadi mainan utama tahun 2015.


Induk FireFlames anak seekor dari pembaka utama Patinggan




Anak dari induk princess Redland dari pembaka utama Patinggan.

Anak ni memang nampak comel dan kuat, semoga membesar hingga boleh di bawa ke meja pengadil. Anak ini nanti akan guna nama Fire dipangkalnya nanti.

Selain itu, perkembangan terkini FireGold semakin positif dan amat memberangsangkan. Sepanjang musim hujan ni dilatih dengan sebaik mungkin.


Semoga boleh dibawa ke game yang terdekat, insya Allah.

SMk

Selamat Tahun Baru..



SMk mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua.. sejak tahun lepas, banyak pencapaian yang telah SMk sendiri capai dan boleh dikatakan adalah tahun yang terbaik buat SMk.

Banyak kenangan manis dan ada juga pahit tapi lebihnya ke arah kemanisan hidup terutama dalam dunia serama.

Untuk tahun baru ini, SMk akan teruskan hobi berserama dengan sedikit step yang agak extrim, dimana pembaka dirumah seperti Kiwi akan diberhentikan dari tugasnya. Tugas reban tingkat 1 akan di ambil alih oleh FireStorm. Manakala tingkat 2 tetap diteruskan dengan pembaka asal iaitu Patinggan @ Voltrax.

Betina dari darah Kiwi juga akan diberhentikan dari tugas. Cuma adik beradik kiwi seekor induk akan di maintain. Tetapi induk tersebut akan hanya di breed bersama Patinggan sahaja. Manakala FireStorm hanya akan dipasangkan dengan 2 betina sahaja.

Harapan semoga dengan penapisan pembaka ini akan dapat terus melonjak reban SMk ke satu dimensi yang baru.

Semoga mendapat nikmat dari Allah dalam setiap kerja dan usaha yang kita lakukan. Amin.





2 pembaka utama 2015.

SMk