Sunday 26 April 2015

Remaja





Sangkar no5

Masih dalam perjuangan, insya Allah nampak berpontensi untuk game akan datang. Lagipun kalau ikut ayam ni masih belum siap tetapi kita test juga di kenyir. Yang penting adalah anak reban.

SMk

Anak B saguhati di kenyir







No sangkar no3.

Alhamdulillah boleh juga mendapat tempat di bon besar yang berprestige seperti Raja Serama Tasik Kenyir.

Sunday 19 April 2015

FireSlant





Sayangnya bulu dada yang setelah dibaiki masih pendek dan tidak sama rata. Jika tidak memang pasti boleh di bawa untuk pertandingan ayam serama di Kenyir untuk Raja Serama.

Tapi takpalah, janji sihat dan boleh menjadi pelapis pembaka.

Mewarna ayam

Mewarna ayam ni timbul apabila ayam yang dibawa ke pertandingan terlalu banyak warna cemar. Maka mewarna bulu menjadi satu alternatif. Kebanyakan ayam yang diwarnakan adalah warna Ara berbanding warna lain.



Step mewarna.

Gunakan jenama yang di percayai supaya selamat untuk ayam-ayam anda.



Sebelum memulakan step pertama.. baca dahulu arahannya.





Kemudian mulakan bancuhan..





Seterusnya, gaul 2 cecair tadi sehingga sebati. Setelah sebati seperti gambar berikut barulah di rapi pada ayam.


Warna di ratakan di setiap bulu ayam agar sebati dan sekata.
Gambar sebelum di warna.



Setelah 30 minit, ayam tersebut hendaklah di cuci dengan air kemudian di jemur.

Friday 10 April 2015

Second batch



Anak second bath puteri Redland.. ada 2 jantan dan 2 tina. Anak kali ni nampak lebih stabil dari anak mula.

Tetapi masih nampak dengan jelas, anak Pattingan (pembaka utama) dengan puteri redland.. badannya jenis panjang.

Anak batch pertama, 3 ekor 2 jantan 1 betina.. kedua-dua jantan selam. Tetapi nampak jelas perubahan apabila remaja nak ke muda.

Untuk second batch ni.. anak ni masih anak A bawah 100gram.. jadi banyak masa lagi untuk kita lihat perubahannya..

SMk

Penghantaran ke Negeri 9

2015-04-09 10.57.142015-04-09 10.59.11

Syukur Alhamdulillah sebanyak 4 ekor anak reban telah dihantar dan selamat tiba di Seremban Negeri Sembilan. Semoga ayam yang di hantar tersebut akan berbakti kepada tuan barunya di sana. Harapan hati SMk semoga tuan baru ni nanti akan membawa anak-anak reban beliau yang berasal kebanyakkan dari reban SMk ke bon-bon nanti terutama awal tahun hadapan.

Ini kerana, ini adalah kali kedua penghantaran pada orang yang sama jadi besarlah harapan kita untuk melihat sahabat kita ini juga berjaya dalam dunia Serama. Paling penting adalah niat bersahabat dan bukannya wang ringgit.

SMk

Wednesday 8 April 2015

Contoh Skema Piawaian

image

image

image

image

By SMk

Technorati Tags:

Fakta Anatomi Ayam Serama terbaik

 

image

1. Kepala

A. Balung : terbahagi kepada 4 bahagian utama

i. Base - keras tetapi tidak tebal

ii. Tapak - bilah semakin menipis kearah bilah tetapi tegap dan tegak

iii. Bilah (sekurang-kurangnya 4-6 bilah)

iv. Kemudi/Layar – tidak cacat

* Balung yang standard, depan batangnya dan hujungnya halus dan semakin menebal di belakangnya.

 

B. Paruh :

- apabila paruh ditutup, mestilah tiada ruang yang nampak antara paruh bahagian atas dan bawahnya dan mestilah seimbang kiri dan kanan..

- Hendaklah mempunyai warna yang sama dengan kaki ayam.

 

C. Mata

- disekeliling dan lingkungan mata hendaklah kelihatan sihat dan bebas dari segala bentuk jelas ada tanda-tanda cacat atau bengkak.

 

D. Bentuk Kepala

- Secara keseluruhannya hendaklah sepadan dengan keseluruhan ayam dimana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

 

E. Muka

- Hendaklah kelihatan merah dan tidak pucat serta kebiruan.

 

F. Eber

- kiri dan kanan eber harus lah sama rata dari segi saiz dan bentuk.

- Sebesar-besarnya hendaklah seperti saiz 20 sen atau kecil lagi mengambilkira keseluruhan besar balung dan saiz kepala.

 

2. Leher

- seimbang dengan saiz ayam.

 

3. Tubuh

image

- tubuh mestilah kelihatan V dan tiada pelana kuda.

image

- pada pandangan sisi dan hadapan tubuh mestilah tegak dan seperti jantung pisang.

- Tubuh dinilai bila ayam mempunyai dadanya. (Dada perkasa).

image

4. Ekor

- mestilah mempunyai bilah ekor ibu sekurang-kurangnya 6 bilah

- jenis-jenis ekor ayam serama ialah

i. ekor kipas

ii. ekor udang

iii. ekor sirih

iv. ekor sirih junjung

v. ekor selundang

- ekor juga harus terbuka sebanyak 45 darjah

- ekor bulu pengasuh tidak boleh melebihi ekor ibu

- mempunyai maksima 3 lapisan dan setiap satu tidak boleh melebihi lapisan yang lain dengan keadaan bulu mesti tegak serta sama di kiri dan kanan ekor.

image

5. Kaki

- terdiri dari 3 bahagian utama iaitu peha, betis, dan jari.

- sebaiknya warna kaki adalah sama dengan warna paruh.

- sisik yang jelas dan sihat

- jari yang mecukupi termasuk kuku

- taji ayam hendaklah lurus dan seimbang kiri dan kanan

- batang kaki juga haruslah halus dan sihat

- bentuk batang kaki juga harus bulat dan berkilat

 

image

6. Sayap

- mempunyai 3 bahagian utama

i. bahagian paling halus

ii. bahagian dalam (8-10 bilah)

iii. bahagian luar (8-15 bilah)

- sayap mestilah melepasi kedudukan kaki dan kearah depan, kemas serta tidak carik dan kotor

- sayap juga harus sepanjang sekurang-kurangnya lebih dari lutut dan tidaklah sehingga meleret di lantai

image

7. Lawi

- lawi terbaik adalah lawi pedang atau tombak yang sama panjang kiri dan kanan.

- mesti tidak melebihi 3.5 inci

- tidak boleh berpisah pada ekor ibu, selain haruslah dikedudukan sama pada pandangan sisi, depan atau belakang.

- apabila seekor ayam ada memiliki lawi maka secara amnya ayam tersebut mestilah mempunyai bulu pengasuh 3 lapis yang tegak dan sama jumlah serta panjangnya kiri dan kanan

image

8. Bulu

- 3 jenis bulu

i. bulu lambak (tebal)

ii. biasa

iii. jarum

- bulu ayam yang cantik mestilah dari jenis jarum dan rapat

- bulu peha mestilah penuh dan kemas

- bulu mestilah dilihat disemua tempat dan memenuhi semua kulit ayam

 

9. Warna

- warna  pada asasnya ialah:

i. Merah

ii. kuning

iii. Ara (hijau kelabu)

iv. Rinting 2 atau 3 warna

v. Putih

vi. Hitam

- warna meliputi semua se;uruh badan paruh dan kaki

- bulu tengkuk serta bulu rambai atau pelana

- batang bilah ekor ibu juga harus sama warna dengan warna asas sesekor ayam.

- warna terbaik adalah warna king. Warna King adalah warna yang sama dari tengkok sampai lah ke ekor.

 

10. Gaya

- Gaya ayam adalah di kira apabila ayam dalam kedudukan Lock, berkibas dan selam, jinjing, loncat, berkokok, melompat dan semasa ayam berjalan.

- ayam serama juga satu-satunya ayam yang suka bergaya di meja dan juga di nilai kecantikkannya atas gaya sombong, berlagak dan model ayam tersebut yang hanya ada pada ayam serama.

- cara ayam serama berdiri juga berbeza dengan ayam-ayam lain di dunia.

 

SMk

Si Dada Senget

image

Kalau mengikut hari ni adalah hari ke3 setelah dada ayam remaja ni di baiki rusuknya. Nampak positif dan jika berterusan menunjukkan kesihatan yang baik pasti akan sembuh dengan baik. Perangai pun dah mula datang dengan positif cuma adakah akan menjadi ayam game atau sekadar pembaka cuma masa yang akan menentukannya.

SMk

Technorati Tags: ,

Banyuwangi dan anaknya

image

Si ibunya Banyuwangi dan anaknya, dua-dua baru lepas mengeram tapi tiada hasil. Mungkin sebab cuaca di kuantan Pahang sekarang ini yang agak panas maka telur jadi rosak. Tapi apa pun sekarang kedua-dua induk ni dalam proses memberatkan semula dan diberi vitamin serta ubat yang membolehkannya cepat segar dan selera makan bertamabah. Insya Allah dalam tempoh 3 minggu lagi akan dimasukkan dengan pebaka utama.

SMk

FireStar

image

FireStar semakin di masuk dengan tina makin bergaya dan makin selam, cuma sayangnya bulu dada dan kepala habis botak. Semoga boleh turun banyak anak-anak lah hendaknya. Biar lah rugi sikit janji ada banyak player selepas ini.

SMk

Sunday 5 April 2015

Persediaan Semula

2015-04-05 12.32.192015-04-05 12.33.52

Induk yang telah mengeram dan tidak menjadi terus diberi mandi dan disiapkan untuk tempoh sebulan akan datang. Ini bagi menyediakan induk tersebut supaya dalam keadaan kesihatan yang terbaik.

Pil Cacing juga telah diberikan supaya induk cepat berselera dan memperolehi berat yang sesuai dalam masa yang singkat. Insya Allah akan di masukkan semula dengan Patinggan iaitu pembaka utama Reban SMk.

Semoga segala yang di rancang akan membuahkan hasil. Amin.

SMk