Wednesday 31 August 2016

Gambar Kenangan SMk di Kenyir

Gambar bersama DavyPortier

Gambar bersama Abe Len (GBN)

Gambar bersama Zack Serama HIro



Sedikit gambar SMk sepanjang Pertandingan Ayam Serama Raja Kenyir 2016 di Tasik Kenyir bagi tahun 2016 yang telah menjangkau kali ke 8 penganjurannya. Terima kasih untuk Mr Lee, Abe Len dan Zack Hiro untuk gambar di atas. Mana tahu gambar-gambar dalam blog SMk ini akan dicetak dan digantung sebagai kenang-kenangan di Reban baru SMk di Bandar Baru Semariang suatu masa nanti. 

SMk

Sunday 28 August 2016

Anak-anak Remaja di kampung


Ayam di kampung dibawah jagaan adik SMk (Aman Apm) semakin ceria dan positif menambah semangat SMk untuk berserama. Pelapis dari FireSpring12 juga nampak semakin sihat. Minggu hadapan akan mula diberi ubat cacing secara berkala dan mula diberi suppliment tambahan yang diperlukan.

SMk

Pertandingan Ayam Serama Raja Kenyir 2016


Sambutan Pertandingan Raja Kenyir 2016 agak kurang berbanding tahun lepas. Namun demikian kali ini ianya telah menarik minat pemyertaan sebanyak 446 ekor ayam dengan yuran penyertaan sebanyak RM50. Seperti tahun-tahun yang lepas, pertandingan ini turut menarik minat peminat ayam serama dari luar negara iaitu dari Bulgaria, Thailand dan Indonesia.

Bagi merebut acara Best Of The Best (BOTB) sekaligus bergelar Raja Kenyir 2016 5 ekor ayam juara bagi 5 kategori telah terpilih untuk acara ini. 

Serama A
Pok syed 

Serama B 
Geng kereta kebal terengganu

Serama abs
Jangut21

Serama muda
Din buah kelate

Serama remaja
Semut merah kelate


Raja Kenyir 2016 kali ke8 ini telah dimenangi oleh Pok Syed Perodua dari Pulau Pinang.

SMk

SriAcharya di Pertandingan Raja Serama Kenyir 2016


SriAcharya mendaftar dalam kategori Anak B dan berikut adalah keputusan skema dari pengadil yang bertugas.



Sangkar nombor 22

Gaya A 11.0
Tubuh 7.5
Ekor 8.0
Sayap 3.5
Warna 4.0
Kepala Balung 3.5
Bulu 4.0
Kaki 4.0

Jumlah 45.5

Keseluruhan penyertaan Anak B adalah sebanyak 80 ekor

SMk

SonicTrechento di Kenyir


Berikut adalah mata yang diperolehi oleh  SonicTrechento bagi kategori Remaja.


Sangkar nombor 31

Gaya kedudukan 6.5, Dada 5.0, Galak 4.5
Tubuh 8.5
Ekor 8.0
Sayap 8.5
Kaki 9.0
Kepala balung 8.0
Warna 5.0
Bulu 4.5
Ciri-ciri 4.0

Jumlah 71.5

Keseluruhannya ayam ini dianggap masih baik dan dalam kelompok 25 ekor ke bawah dari 70 ekor Remaja yang ada.

SMk



Thursday 25 August 2016

MiszChamp


Alhamdulillah Induk Muda Reban SMk MiszChamp bertelur dan mengeram. Walaupun kali pertama, induk-induk SMk tidak pernah mengecewakan dengan mempuyai satu watak yang baik dan mempunyai naluri ibu yang kuat. Setakat ini, induk asal dari reban SMk tidak mempunyai sebarang msalah dalam mengeram atau bertelur. 

Rasanya faktor penjagaan dan keadaan reban banyak memainkan peranan juga disamping telah menjadi satu genetik buat Bloodlines Fire. Telur induk ini sebanyak 4 biji dan mula mengeram pada hari ini 25 Ogos 2016. Induk ini dijangka menetas pada 19 Ogos 2016 (+/- 5 hari).

SMk

Anak MiszAztec update


Semakin sedap mata memandang anak MiszAztec ni. Cuting nampaknya slim tinggi dan halus. Lebih kepada tina gayanya. Apapun ini adalah rezeki reban SMk.

SMk

Anak MiszAztec update


Semakin sedap mata memandang anak MiszAztec ni. Cuting nampaknya slim tinggi dan halus. Lebih kepada tina gayanya. Apapun ini adalah rezeki reban SMk.

SMk

Monday 22 August 2016

Pertanyaan pengunaan lampu untuk serama

Pertanyaan pengunaan lampu untuk serama....



Pertama sekali perlu difikirkan adalah dimana lokasi reban tersebut terletak atau ditempatkan. Jika reban di dalam bangsal atau bilik dan kurang pengcahayaan, penyelesaian yang terbaik adalah menyediakan lampu untuk dipasang sepanjang hari dan ditutup sebelah malam. Oleh itu pengunaan Alat penukar automatic bagi lampu adalah amat digalakkan dan berharga sekitar RM 16 keatas. Jenis lampu juga hendaklah mengunakan jenis lampu yang jimat tenaga elektrik. Lampu jenis ini sekitar RM 13 keatas. 




Sistem Wiring terbaik bagi reban adalah type wiring in Paralel  berbanding in series kerana jika satu lampu rosak atau terbakar, lampu yang lain masih bernyala. Ini juga memudahkan penyelenggaraan oleh breeder atau pemilik reban.





Jika reban terbuka atau dibawah bangsal / shades mempunyai pengcahayaan yang baik sehingga ke dalam reban, maka reban sebergini tidak memerlukan pemasangan lampu.



Symptom atau gejala yang biasa terlihat pada ayam yang kekurangan cahaya adalah, ayam menjadi kelihatan monyok, tidak segar, muka pucat dan tahi tidak mengeras. Jika ayam direban yang cahaya tidak mencukupi ini didedahkan dengan udara luar atau diletak diluar reban, ayam sebegini lebih mudah terkena demam dan selsema.



p/s : terima kasih kepada Pak Google untuk gambar di atas.

SMk

Anak reban


Mengharapkan anak ini menjadi jantan, Melihat gaya pada watak anak ini, mempunyai banyak ciri-ciri Fire cuma warnanya agak lebih kepada putih. Perkara ini sedikit menghairankan. Adakah ada ibu-ibu muda SMk yang masih membawa darah SG yang dominan? SMk perlu memantau lebih dekat lagi perkembangan anak ini bagi mengetahui hasil anak pada musim ini.

SMk

Saturday 20 August 2016

Pembaca Kedua Offer Merdeka


Tahniah untuk pembaca Blog Serama Malaysia ku, saudara Fuad dari Temerloh. Semoga ayam yang dipilih berjasa direban saudara. Terima kasih kerana menyertai Offer yang SMk jalankan sepanjang bulan Merdeka ini. 

SMk

Friday 19 August 2016

Induk Line Vis menetas

Induk reban line Vis telah menetas dan ada 2 ekor anak yang nampak sihat. Bapa untuk ayam ini ialah FireSharp Untuk rekod ayam ini menetas pada 18 Ogos 2016. Kedua-dua anaknya berwarna kuning dengan sedikit garisan hitam dibahagian kepala.

SMk

Thursday 18 August 2016

SriAcharya (Update)


Bagi SriAcharya lepas dimeja untuk release tension. Nampak gaya semakin selam dan kadang-kadang lonjak jinjit. Harapan SMk masih mengharapkan anak ini masih boleh main anak A. Kita perlu tunggu pengadil mana yang akan mengadili kategori anak A. Semoga apa jua yang akan terjadi, SMk doakan agar segalanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan. Amin.

SMk

Anak MiszAztec


Anak MiszAztec nampak positif tetapi masih tidak boleh dikatakan tina atau jantan. Anak kali ini lebih banyak kearah warna putih dari kuning. Masih menjadi tanda-tanya, adakah akan menjadi kuning cerah? Kita tunggu perkembangan selanjutnya 2 tiga minggu lagi.

SMk

Tuesday 16 August 2016

Pembaca Pertama Offer Merdeka


Terima kasih kepada saudara Azrol Beserah kerana hadir menyahut Offer Merdeka dari Blog Serama Malaysia Ku. Semoga ayam yang telah dipilih serasi dengan tuan barunya. Semoga dunia Seramamania terus meriah. 

SMk

Monday 15 August 2016

Offer kepada pembaca SMk

Semperna sambutan bulan kemerdekaan ini, SMk membuat satu offer kepada yang berminat. SMk ada beberapa Anak C ke Remaja yang boleh dijadikan Pembaka jika berminat SMk hendak berikan sahaja kepada mana-mana pembaca. Ada dalam 3 ekor untuk diberikan secara percuma sahaja. Oleh itu sesiapa yang berminat boleh menghubungi SMk di talian 



013-7706010
Tarikh Offer adalah sekarang sehingga 31 Ogos 2016
jika jauh, mohon duit bas sebanyak RM30

P/s Seorang pembaca hanya boleh dapat seekor. 
Oleh kerana banyak yang pm SMk di FB, untuk mendapatkan ayam-ayam ini, SMk mohon hubungi SMk dengan menyebut nama blog ini atau print skrin blog ini sebagai kata laluan. Kerana SMk hanya mahu peluang ini diperolehi oleh pembaca blog SMk sahaja. 

Sekian, harap maklum.

SMk

Sunday 14 August 2016

Weekly update Reban Bandar Baru Semariang


Sedikit update reban SMk di Bandar Baru Semariang yang dijaga oleh Aman APM. Anak-anak FireSpring12 batch ke2 telah mencapai tahap kategori Anak B dan nampak amat positif dengan cutting slim tinggi. Terdiri dari 3 betina dan 1 jantan. Semuanya berwarna kuning.

MiszVirachocha nampak semakin comel dan dadanya semakin membentuk dengan ciri-ciri tubuh induk Fire. Pastinya bila siap dewasa akan dimasukkan dengan FireSpring12 untuk menguatkan legasi Fire.

Darah Godic juga setakat ini nampak amat baik dan nampaknya telah mula menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Sarawak. Darah Godic ini tidak akan SMk campur dengan mana-mana darah Fire kerana keturunan Godic ini akan SMk teruskan supaya lebih mengikut reban asalnya iaitu reban abe Lan Godic Farm.

Setakat ini, SMk amat berpuas hati dengan hasil yang ada, cuma perlu memaksimakan lagi breeding agar dapat menurunkan lebih banyak betina-betina yang bakal dijadikan Induk reban.

SMk

SriAcharya (update)


Lebih kurang 2 minggu lagi untuk Pertandingan Raja Serama Tasik Kenyir 2016. SMk mengharapkan anak ini masih sempat untuk main kategori anak A. Jika tidak memang susah nak main anak B kerana anak ini belum siap sepenuhnya. Kerana sekarang memang anak ini boleh main kategori anak A.

Nampaknya SMk tidak boleh terlalu mendesak anak ini sebab takut ianya berubah terlalu pantas. Perlu diteruskan dengan bilik gelap nampaknya.

SMk

Saturday 13 August 2016

Penyerahan Barang dan Peralatan milik STG



Semalam sekitar jam 9 malam, SMk telah berjumpa dengan Cikgu Din di kedai Mamak Taman Tas Kuantan. Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah bagi menyerahkan semua peralatan milik Persatuan Peminat Ayam Serama Tok Gajah kepada Bendahari STG iaitu Cikgu Din.

Setelah menyerahkan peralalatan dan barang-barang tersebut barulah SMk berasa lega dan benar-benar terasa bebas dari STG kerana segala amanah yang telah SMk pegang selama ini telah dikembalikan kepada orang yang sepatutnya.

Oleh itu, sekali lagi SMk nyatakan disini, SMk bukanlah lagi ahli bagi Persatuan Ayam Serama Tok Gajah dan mohon selepas ini ada hal-hal berkaitan dengan persatuan bolehlah berhubung terus dengan Cikgu Din ditalian HP 0139535415. 

Sekian harap maklum.

SMk

MiszMomoku


MiszMomoku hari ini telah melahirkan anak-anak Sri Patinggan direban SMk. Hasil ini merupakan hasil silangan breeding F3 yang kebanyakkannya memberi hasil yang positif kepada reban SMk. Nampaknya SMk perlu mempersiapkan reban pengasuh untuk Induk ini dan anak-anaknya. Nampaknya semakin banyak anak reban SMk untuk mainan sehingga awal tahun 2017.

SMk

Thursday 11 August 2016

Line Godic di Bandar Baru Semariang


Alhamdulillah line Godic semakin sihat dan menunjukkan potensi dari segi cutting. Semoga terus sihat dan membiak dengan baik di Bandar Baru Semariang dibawah jagaan adik SMk iaitu Aman Apm. Ianya merupakan satu kegembiraan buat SMk kerana dapat membawa baka ayam ini ke Sarawak dan akan menjadi teman SMk apabila berpencen nanti.

Walaupun bergitu, seekor betina anak C darah Sri Lempeng dari reban SeramaHiro telah mati kerana sakit. Ini kemungkinan kerana masalah pertukaran tempat. yang agak mendadak dan memberi tekanan dan stress kepada ayam tersebut.

Apa pun SMk tetap bersyukur kerana telah berjaya melebarkan ayam-ayam ini di Sarawak dengan berjaya.

SMk

Wednesday 10 August 2016

Check Reban


Nampaknya anak kali ini pun ada yang positif. Ada 2 ekor anak dan seekor darinya nampak ada cutting. Jika ada betina dari batch ini, SMk akan berikan seekor kepada Apis Batu 10 sebagai cenderahati. Semoga boleh digunakan oleh beliau untuk breeding dengan line Mat Culah.

Biar mencuba dan berusaha dari berserah bergitu sahaja. Semoga membiak dengan baik.

SMk

MiszAztec


Rezeki Allah bg kat kita. Yg penting kita jujur.. 
MiszAztec with yellow baby..

Kisah benar sebagai peminat ayam serama


Kejadian ini adalah kisah benar yang patut menjadi pengajaran buat semua peminat baru atau lama.

Peristiwa ini merangkumi 2 point utama namun berlaku sejak dari sebelum Ramadhan yang lepas hinggalah SMk menulis coretan ini.

SMk telah diminta oleh Farid balok untuk review serta mendapatkan ayam dari seorang breeder dari selangor (nama breeder tersebut SMk lupa). Urusan jual beli diuruskan oleh Farid sendiri setelah itu.
Ayam ini ada 2 ekor kalau tak silap, seekor ekor kelabu yang akhirnya diberi Farid kepada Firdaus Tudm untuk dibiakkan.

Kali terakhir SMk menghadirkan diri ke perjumpaan  STG di Bukit Rangin, SMk telah diberi seekor Induk betina dari Reban SAJ oleh Farid balok, pada mulanya SMk amat berat hendak menerima ayam tersebut dan menganjurkan agar ayam tersebut diberi kepada Sopi Bukit Rangin sahaja. Tetapi melihatkan reban yang penuh dengan alasan betina yang hendak diserah itu sakit dan perlu rawatan, akhirnya SMk mengalah dan menerima dengan ikhlas membantu.

Dalam masa yang sama, SMk menjaga ayam jantan Muda milik Pije Inderasempurna kerana beliau bertugas di Sabah dan sebagai sahabat SMk ikhlas membantu untuk menjaga.

Selepas menyertai game Muzium Padi, 
SMk telah dihubungi Sopi Bukit Rangin, mohon pandangan tentang ayamnya sama ada boleh dibawa ke game dan kalau dijual berapa?

KESILAPAN SMK 1

SMk memberi pandangan ikhlas dan juga menurut pengalaman SMk sebelum ini, SMk mengatakan Ayam ni Sopi boleh pergi jauh, kene gaya boleh lekat dan kalau lekat banyak kali boleh jual mahal juga. Tetapi jangan bawa ke game Ganu kerana nanti susah nak lekat. Sopi terus mengatakan "ayam kita tak layak game ke". SMk terus mengatakan, kenapa sebelum ini tak kirim pada SMk untuk dibawa ke game-game lain seperti Muzium Padi yang lepas. Last terus Sopi diam dan tak bertegur sapa.

SMk memberi pandangan tersebut bukan kerana SMk membenci orang Terengganu. SMk banyak kawan-kawan dari Terengganu. Cuma disana ayam berkualiti tinggi, jika game kecil ayam semua comel hebat-hebat saingan terlalu rapat adakah ayam tersebut akan terlekat sekurang-kurangnya saguhati? Pada pengalaman SMk memang tak akan lekat kerana jumlah ayam yang sedikit tetapi sangat berkualiti. Lagi satu budak-budak ni selalu memainkan perkataan bilur dan perli memperli. SMk hendak mengurangkan budaya tersebut maka SMk rela membawa ayam-ayam sahabat ke game luar tanpa minta duit minyak atau tol. Supaya semua bersemangat. Tetapi ini lah kesilapan SMk... kerana terlalu transparent dengan pandangan jujur SMk, akhirnya SMk dipulau.

Kemudian apabila bulan Ramadhan ditengah-tengah bulan, Pije kembali dari tugasan dan datang ke rumah. Pije datang untuk mengambil Jantan Mudanya yang ditinggalkan sebelum ini. Semasa Pije datang kerumah SMk, Poknep Peramu juga datang sekali. SMk serahkan Jantan Muda tersebut kepada Pije dan seekor betina kepada Pije sebagai buah tangan. Oleh kerana Poknep pun hadir sekali SMk berilah juga seekor betina sebagai buah tangan. Kerana takkan SMk bagi hanya pada Pije tapi sorang lagi melihat sahaja.

KESILAPAN 2

Ayam betina ada 5 ekor (termasuk induk Farid) yang SMk asingkan memang untuk diserahkan kepada sesiapa sahaja tanpa dijual kerana masa itu SMk mempunyai 30 ekor betina. SMk hanya mampu memiliki 25 ekor betina sahaja pada satu-satu masa kerana ketiadaan reban seperti rakan lain kerana SMk memelihara ayam didalam rumah. Betina 5 ekor tersebut SMk masukkan didalam satu sangkar dan masa hendak diserahkan pada Pije dan Poknep SMk ambil bergitu sahaja dan serahkan. Kesilapan SMk ialah dari 4 bertina kuning itu semuanya SG, saiz hampir sama dan paten juga hampir sama dan kemungkinan SMk terbagi induk Farid kepada Poknep. Kerana kesilapan inilah SMk telah dituduh(secara indirect) dikatakan seperti digambar dibawah.

3 ekor lagi betina SG SMk berikan kepada budak pekan tanpa mengetahui ayam mana satu ayam Farid. (Farid pun dah tahu sebelum itu ayam tersebut tak sihat dan SMk akan cuba merawat dan akan diserahkan saja kepada sesiapa yang nak). Kemugkinan besar Farid melihat ayam tersebut dirumah Poknep dan seterusnya SMk dilabelkan seperti gambar diatas. Kalau betullah bersahabat, kenapa salah seorang dari mereka tidak menghubungi SMk untuk mengetahui perkara sebenar? Jika salah SMk tak malu untuk menyatakan kesalahan SMk dan memohon maaf. Tetapi tiada niat langsung SMk hendak menipu kawan-kawan nak mengaku ayam tersebut baka Fire jika SMk benar-benar sedar kerana SMk rasa mesti SMk tersalah bagi induk. Itu sudah pasti. Lagipun bukan SMk jual ayam kawan-kawan. 

Sambungan PEMBAKA KELABU rumah Firdaus. 

Farid bertanya, "abg man, mana firdaus tudm? takkan sampai sekarang tak jadi buat ayam ekor kelabu? senyap je? kalau ye pun bagi lah sekor dua balik, takpun tunjuklah hasil" katanya.

Tindakan SMk sebagai kawan kepada kedua-duanya..

SMk pun hubungi Firdaus, bertanya khabar tentang ayam direban beliau. Dari Firdaus katanya .. "saya nak berhenti dahulu main ayam bang man.. banyak kerja sekarang ni.. ni pun duk kat utara ni kursus.. nanti abg call Aswad tudm ambil ayam saya kat reban bawak balik la bang man.. jiran pun bising ayam berbau sebab saya takde masa nak tgok ayam sekarang".. 

Sebagai sahabat SMk pun pergilah kerumah Firdaus ditemani Aswad tudm. Maka diserahkan lah semua ayam kebanyakkannya dari asal reban SMk dan seekor ayam kelabu pembaka milik Farid. Terpandanglah SMk akan 2 ekor anak C bertina yang comel selam boleh buat game. SMk bertanya pada aswad.. "ni ayam mana.. kalau anak kelabu tu bagilah".  Kata aswad "ni saya dah mintak kat firdaus bang". dah bergitu SMk pun diam dan balik kerumah dengan ayam-ayam tadi. Semua tahu SMk tidak banyak reban, jadi ayam dari rumah Firdaus yang asal reban SMk, SMk serahkan kepada Rizal Fahamee sebagai buah tangan. Diserah semua tanpa dijual kecuali pembaka ekor kelabu masih dengan SMK pada waktu ini.

SMk ceritakan pada Farid tentang ayam ekor kelabu tersebut, ada anak cantik. SMk bertanya bapak tu nak balik atau tidak. Dalam wasap jawabnya tak payahlah abg man bagilah pada sesiapa yang nak.

SMk bantu lah untuk berikan kepada sesiapa yang berkenan. Alang Panching dengar, dia pun kata berminat nanti dia akan ambil. Minggu berganti minggu alang tak nampak muka. SMk call alang dan bertanya, katanya dia ada diutara tanahair. Maka SMk kata takpalah alang, abg bagilah ayam ni pada orang lain sebab reban abg dah maksimum. Ada banyak ayam nak menetas lagi.

Akhirnya cara terakhir, SMk war-warkan dalam wasap STG Official. Pok Kemaman berminat dan akhirnya Pok turun ke Kuantan dan SMk serahkan.

PRAJUDIS

Apabila SMk membeli seekor ayam anak B ke C daripada Carl kerana Carl memerlukan duit jadi terpaksa menjual ayam yang agak cantik dan berpontesi. SMk beli dengan niat membantu meringankan beban kawan-kawan lagipun carl orang kampung SMk, apasalah nak bantu kawan-kawan.

SMk jaga ayam ini sehingga jadi seperti ini.. dan seperti biasa SMk akan pos ayam dalam jagaan SMk di FB. Itu memang kelaziman. Ayam ini SMk tidak namakan aliran FIRE kerana bukan FIRE. jadi SMk namakan sebagai nama Sonic yang menyatakan bukan anak reban.


Ayam ini cantik, tapi SMk terlupa ayam ini ekor kelabu. Rumah SMk line Fire mana ada ekor kelabu. Maka disinilah terus-terusan SMk dikata mengeluarkan anak reban ekor kelabu. Padahal SMk beli. 

SMk benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi bagi SMk setiap yang berlaku ada hikmahnya. Maka kita kenal siapa kawan sebenar kita.

Oleh itu SMk nyatakan disini pengajaran buat pembaca-pembaca semua jangan buat kesilapan seperti SMk lakukan. Pengajaran dari peristiwa ini.

1. Jangan bantu dalam urusan jual beli nanti kita terikat.
2. Jangan sesekali menerima ayam dari sahabat untuk dijaga tanpa ada ikatan/akad samada diberi terus, dibayar atau sebagainya. Kalau cenderahati tidak apa, jangan dalam istilah.. jagalah cuba buat tengok. Ayat ini akan mengumpan kepada lebih banyak perkara buruk.
3. Jangan menjaga ayam kawan-kawan lebih dari 2 atau 3 hari.
4. Jangan bagi pandangan yang terlalu jujur seperti SMk lakukan, bukan SMk suruh tuan-tuan menipu. Tapi elakkan dari memebri pandangan terhadap ayam kawan-kawan.
5. Jaga-jagalah pembaca semua jika terbit ayam cantik dari reban anda, kerana ianya bukan sahaja mengembirakan anda juga akan menbuat anda kecewa dengan hasad dengki perangai sebenar manusia yang ternyata tidak boleh melihat kejayaan orang lain.

Semoga apa yang SMk lalui ini dapat menjadi pengajaran buat kita semua. Semoga Allah memaafkan kita diatas kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Amin.

SMk

Tuesday 9 August 2016

SriAcharya


Mulai hari ini anak ayam ini SMk beri nama "SriAcharya". Semoga memberi semangat baru pada SMk dalam menuju ke hadapan dan lebih Fokus. Ayam ini bukan dari darah Fire tetapi bapaknya adalah adik beradik SriPatinggan. 

Semoga dengan kemasukkan baru ini akan dapat meningkatkan ramuan dan gabungan pada darah Fire yang sedia ada nanti apabila tiba masanya.

SMk

Pertanyaan - Betina sesuai breeding sampai umur berapa?


Betina atau induk reban yang dijaga dengan rapi serta diberi makanan tambahan seperti ubat cacing, tulang sotong, madu dan acid folid boleh digunakan untuk proses breeding sehingga 3 tahun dan akan beransur-ansur rosak dan tidak sihat. Jika kitaran ibu diganggu terlebih awal dengan pencurian/asing anak kurang dari tempoh sebulan setengah dan ibu dimasuk dengan bapak semula, proses kesuburan dan pembaikan sistem kesuburan akan terganggu dan proses kesuburan ibu jadi pendek dan bertahan cuma untuk setahun setengah atau maksima dua tahun sahaja sebelum ibu rosak perlahan-lahan. Malahan ada induk yang mati lebih awal kerana stress dan tidak sihat kerana belum sembuh sepenuhnya.

SMk

Pertanyaan - Pembaka jantan efektif sampai umur berapa untuk breeding?


Pembaka jantan boleh efektif dan subur sehingga 5 tahun dan akan mulai meyusut keseburan selepas itu tetapi sangat bergantung kepada penjagaan dan supliment yang diberikan kepada pembaka. Suplimen yang biasa digunakan adalah pemberian minyak ikan, ramuan rahsia madu asli, tulang sotong dan ubat cacing secara tetap dan berkala. 

SMk

Pertanyaan - Kalau nak hasil pasangan yang baik perlu jantan atau tina yang baik?

Permulaannya kepada persoalan ini kita perlu perhalusi 2 perkara ini terlebih dahulu. Secara asasnya ada 2 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menjawab persoalan tersebut.

1. Pembaka darah bagus (salasilah baka ada rekod.. pernah mejuarai bon.. bermakna ayam diterima oleh majoriti peminat dan pemgadil dari segi watak, aksesori dan kecantikkan)

2. Ayam yang dipilih berdasarkan mata breeder (tanpa diketahui asalnya sejarahnya) cantik dari segi cutting dan aksesori...tanpa penilaian perangai. Kerana perangai semestinya tidak boleh dinilai secara jujur oleh breeder tersebut kecuali dari mata pengadil.

Mana-mana cara antara cara 1 atau pun cara 2, yang membezakannya adalah hasil yang diperolehi terbaik (positif) akan berbeza dari segi masa. Ada yang memerlukan masa yang panjang sehingga 2 tahun 5 bulan dan ada yang cepat hanya dalam tempoh 3 ke 6 bulan.

Jadi Jantan atau betina yang banyak menyumbang kepada hasil yang positif?

Secara amnya kebanyakkan breeder sohor mengakui betina membawa 78% ciri-ciri dan watak ayam selebihnya mengikuti bapa.

Tetapi jangan silap, ada induk yang boleh copy sehingga 98% rupa bapak pembaka.  Terutama induk proses dari formula F3 dan F4.

Induk kandang macam ni biasanya nampak hodoh dan kurang menarik.. tetapi kerana darah yang disilang dekat telah menjadikan betina ini boleh copy bapak. Induk seperti ini dikenali sebagai induk fotocopi.

Hendak mendapat induk fotocopi memerlukan masa sekurang-kuarangnya 2 tahun 5 bulan.

Untuk menjawab persoalan diatas, kita kembali kepada Jantan atau Tina yang baik. Kita akan mengatakan perlu Induk yang baik untuk projek reban kita.

SMk

Pertanyaan - Perlukah pakai Pasir untuk Breeding


Persoalan ini SMk dapat dari wasap seorang peminat. Maka jawapannya dari SMk adalah :

Suasana breeding adalah terpulang kepada masing-masing. Ada yang tidak mengunakan pasir dalam reban breeding pun berjaya juga. Jadi kenapa kita lebih mementingkan pasir?

1. Pengunaan Pasir Laut secara amnya baik kerana ada kemasinan semulajadi yang boleh membunuh bakteria secara semulajadi tanpa pengunaan ubat-ubatan. Tetapi pasir hendaklah ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali jika tidak tiada guna juga kemasinan pasir tersebut.

2. Pasir yang dipilih adalah jenis pasir yang ada bercampur dengan kerang-kerang yang hancur. Ini kerana kerangan ini akan membantu induk-induk untuk mendapatkan kalsium.secara semulajadi seterusnya menjadikan induk sihat dan bertelur dengan baik.

3. Memberi ruang untuk pasangan breeding mandi pasir seterusnya dapat membunuh bakteria atau kuman yang terdapat pada ayam tersebut. Disamping menghilangkan stress, juga dapat menyihatkan ayam.

SMk

Sekadar Panduan "Jangan dibiarkan nanah menjadi kudis"


Adat main serama.. 

Minat masing2..


Ada yg banyak duit blh beli yg mana suka tu hak dia.
Ada yg takda duit.. biak sendiri tu hak dia..

Main lah baka mana.. tu hak masing2 sb masing2 ada minat sendiri..

Baka mana anda suka Cutting mana anda suka.. hak anda.. jangan benci org pada apa yg org suka.. bencilah diri anda atas sikap tak baik anda.. jgn salahkan org lain..

Jangan sesekali jatuhkan org dgn mengutuk reban org.. baik buruk reban dia.. hak dia..

Jangan jual ayam kepada orang lain dengan kaitkan dengan nama orang kecuali minta kebenaran.


Jual lah murah, mahal, ikut suka anda hak anda. Jangan pertikai hak orang.

Jangan perli org kerana pastinya suatu ketika kalau org perli anda, anda turut berduka. Ingat.. biar ayam yg gagah bergaya berlagak.. bukannya kita manusia.. ingat Allah lagi besar..

Anda pandai dlm beberapa teknik itu kelebihan anda tp jgn lah kondem org lain.

Anda ada kumpulan.. bagus lah.. tp jangan ganggu kumpulan orang lain.

Anda buat ayam.. ayam anda berjaya itu kejayaan anda.. tp jgn bila org lain berjaya anda iri hati.. itu hati busuk namanya..

Akhir kata.. reban anda.. ikut suka anda lah.. janji tak babitkan org..

Ingat.. sehebat mana pun anda.. pasti tiba waktu kuasa Allah lagi hebat..

Ingatan untuk diri sendiri..dialam seramamania..

SonicDuechento (update)


Seperti ramalan SMk, ayam ini bertubuh manja dan minggu lepas SMk telah melakukan 2 operasi zick zack rusuk dan 2 minor operation untuk membetulkan kedudukan ekornya. Setelah dirawat, ayam ini nampaknya memberi perkembangan yang positif. Semoga terus sihat dan boleh diketengahkan.

SMk

FireViraChocha (Update)


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mengikuti perkembangan FireVirachocha sehingga kini. Ayam ini telah mula datang perangai dan semakin positif. Dari segi tubuh dan balung, ayam ini lebih kepada penjelmaan semula FireSharp dimana ciri-ciri dan watak hampir sama. Keadaan tubuh atau structure yang kukuh menjamin ayam ini untuk terus mengekalkan legasy Fire yang kebanyakkan bebas jarum secara kekal.

Tahniah kepada pemiliknya Zack Seramahiro.

SMk

Saturday 6 August 2016

Cenderahati buat Cikgu Shahrin


Alhamdulillah seekor anak SG pure line King dari reban Abe Lan Godic telah sampai ke Sarawak. Semoga ianya akan berkembang dan memulakan era baru dalam pembakaan serama di Sarawak. Terima kasih abe lan,

SMk

Anak A SMk


Anak A SMk ini dari kampung telah dipanggil untuk bertugas bagi calon Kenyir kerana reban SMk setakat ini masih dalam program breeding. Anak ini nampak amat positif dan berdarah asal reban SMk dari line Patinggan. Bersama-sama kita nantikan persembahannya nanti pada 27 Ogos 2016.

SMk

SonicTrechento (video)


Masih dalam latihan, menunggu ayam betul-betul galak. Setakat ini, masih positif. Masih menjadi calon untuk ke Kenyir bagi mewakili SMk ke Pertandingan Ayam Serama Raja kenyir di Terengganu pada 27 Ogos 2016 nanti.

SMk

Tuesday 2 August 2016

Pindah Reban



Sepasang pembaka Muda berpindah reban ke InderaMahkota batu 11 hari ini. Semoga berjasa dan memeriahkan reban baru bersama-sama tuan baru dan menambah lagi peminat serama di Kuantan Pahang. 

Tahniah kepada Shalihin semoga berjaya hendaknya. Amin.

SMk

Monday 1 August 2016

Perletakan Jawatan dalam PSTG



Seperti dipaparkan dalam surat tersebut, SMk telah menarik diri dari PSTG demi kebaikkan dan perkembangan semasa Ayam Serama di Pahang. Semoga selepas ini lebih meriah dan positif. Oleh itu SMk mohon tidak dibabitkan atau dikaitkan dengan PSTG lagi selepas ini. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

SMk