Monday 24 October 2016

Bon Jengka 23 Oktober 2016

SMk telah mengadakan satu rombongan ke Jengka 6 bagi menyertai pertandingan ayam serama Bon Ukhwah Salam Perkenalan Serama oleh pihak Kelab Serama Jengka. Kali ini SMk ditemani oleh Zack aka Serama Hiro, Apis Pasir Mas dan Rizal Fahamee.

Secara amnya SMk berpuashati dengan Penganjuran Pertandingan yang telah dianjurkan iaitu sebanyak 93 ekor bagi 6 Kategori dan ditambah lagi dengan penyertaan lebih kurang 15 ekor lagi bagi acara terbuka iaitu kategori AGS (ayam gaya sahaja).

Pengadil pertandingan ini ialah Che Wil dan Ayoh Wan dari Persatuan Ayam Serama Terengganu.

ulasan penyertaan ayam SMk adalah seperti berikut:

Anak A Tina



Anak ini pada mula didaftarkan sebagai anak A, namun terdapat sedikit pertikaian maka anak ini disaran untuk ditukar kategori sebagai anak B. Namun pada pandangan SMk, sepatutnya anak ini hendaklah ditimbang dan keputusan dilakukan berdasarkan berat kerana anak ini beratnya tidak mencapai 100gram. Anak ini seterusnya dipertandingankan pada kategori anak B pada sangkar no 16 dan keputusannya adalah seperti berikut:


Anak A Jantan



Anak ini juga telah ditukar oleh pihak penganjur kepada kategori anak B sepatutnya hendaklah main anak A. Keputusannya Sangkar 20 adalah seperti berikut :


Anak B Subuh SMk



Keputusannya sangkar 18 adalah seperti berikut :



Remaja SMk


Keputusannya sangkar no 1 adalah seperti berikut :



Muda SMk (SonicTrechento)


Keputusannya sangkar no 22 adalah seperti berikut :


Muda SMk (kaki lemah)


Keputusannya sangkar no 3 adalah seperti berikut :



Muda Zack aka Serama Hiro (FireVirachocha)


keputusannya Sangkar no 8 adalah seperti berikut :


Induk SMk 

Video tidak sempat dirakam kerana SMk tengah membantu mempersiapkan ayam Abang Lie batu 11.

Keputusannya adalah sangkar no 12 seperti berikut :



Keseluruhannya rombongan SMk kali ini telah dikurniakan rezeki seperti berikut:

Induk no 2 Rizal
Remaja no 2 SMk
Muda Saguhati Zack
Muda Saguhati SMk
Cabutan bertuah Apis
Cabutan bertuah SMk
Cabutan bertuah Rizal






Semoga pendedahan yang SMk dedahkan kepada ahli rombongan SMk kali ini dapat membantu mereka dimasa hadapan terutama dalam penyediaan serta persiapan ayam serama sebelum pertandingan.

SMk

Tuesday 18 October 2016

SonicTrechento Updated


Ayam ini nampaknya jenis semakin matang semakin positif rasanya. Ayam ini pada pandangan SMk cantik tetapi lebih kepada pembaka kerana SMk tidak berapa minat ekor kelabu dan bagi SMk ayam sebegini masih kurang memuaskan dari segi galak. SMk mungkin akan menjualnya jika ada yang berminat. 

SMk

Sri Patinggan Updated


Pembaka I Reban Serama Malaysia ku (SMk). Masih subur dan mampu meneruskan legasinya.

SMk

Tempahan Ubat Import untuk Ayam Serama


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ubat-ubatan seperti gambar di atas, boleh terus berhubung dengan adik saya Mohd Hata di Whatapps 0138192370 untuk tempahan dan pembelian. 

SMk

Saturday 15 October 2016

MiszPetra


MiszPetra on the table.. lets the dance begin..

SMk

Juara Reban SMk in the making



Ini merupakan pelapis reban SMk dan akan menjadi pembawa darah seterusnya untuk perkembangan dan kemeriahan reban SMk nanti. Ada beberapa yang akan menjadi calon pujaan suatu masa nanti nampaknya.

SMk

Betina SMk



Anak-anak pelapis betina untuk reban SMk.

SMk

SriAchaya on Training


SriAchaya semakin positif dengan latihan meja diteruskan secara berjadual setiap pagi dari subuh sehingga jam 7 pagi. Ayam nampak semakin selelsa di meja. Tetapi masih belum lock dengan sempurna. Gaya dalam 80% menyerlah.

SMk

FireSharp Updated


Alhamdulillah semakin sihat, sekarang dimasukkan dengan Tina darah Sri Pinang. Semoga berhasil. Hujung bulan ini juga SMk akan dapat hasil anaknya dari beberapa betina termasuk MiszChamp.

SMk

Thursday 13 October 2016

Anak Fire October


Alhamdulillah MiszRain telah menetas dan anaknya Yellow membawa bloodline Fire yang kuat. Harapan SMk anak-anak ini akan terus sihat hendaknya, Induk-induk lain masih mengeram dan kebanyakkannya akan due pada penghujung bulan ini. Sungguh meriah bulan Oktober iaitu bulan kelahiran SMk juga.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar, disamping memeriahkan reban di Sarawak dengan baka-baka legend, SMk juga perlu masih fokus mengeluarkan Fire dalam gred serta kualiti yang terbaik untuk dibawa juga ke Sarawak sebagai penimbal balas kepada hasil breeding disana, dimana akhirnya nanti reban SMk di Kuantan akan di cross breed dengan reban di Sarawak nanti.

SMk

Tuesday 11 October 2016

Northen Warrior of Dungun



Sepasang anak dari Reban Sri Utara Dungun telah tiba di reban SMk sekitar jam 4.30 petang tadi. Anak sepasang ini seperti yang SMk rancangkan akan dinamakan sebagai NW dan akan juga dihantar ke Sarawak bila tiba masanya nanti.

Secara relatifnya, apa yang SMk boleh katakan setelah memegang dan melihat anak ini, SMk dapati anak tina tersebut  boleh dikatakan ada cutting dan boleh dibuat main game. Manakala anak Jantan nampak positif dengan posibility selam. Namun SMk tidak mahu meletakkan kedua-dua anak ini dimeja kerana baru sampai dengan bas. Perjalanan dari Dungun adalah pada jam 4.15 petang tadi di Terminal Sentral Kuantan.

Semoga kedua-duanya terus sihat dan bakal mewarnai reban SMk.

SMk

Monday 10 October 2016

Tahniah Poji


SMk mengucapkan tahniah buat rakan SMk di Kem TUDM batu 10 Kuantan kerana adik beradik FireOwl telah berjaya mengawan dan dikahwinkan dengan tina dari reban SMk juga. Nampaknya penyebaran baka Fire tetap berlaku cuma dalam skala yang kecil. 

Mungkin ada baiknya, kerana apabila dibreed oleh peminat-peminat terasing maka baka ini akan kekal pure berdarah reban SMk membawa kepada Bloodlines Fire yang dominan.

SMk

Sunday 9 October 2016

Sembang Tengahari


Tengahari tadi seperti kebiasaannya, Zack telah datang dan bersembang bab serama sambil menunjukkan dua ekor ayam miliknya iaitu FireVirachoca dan adik kepada HeroSeven. 

Pada pandangan SMk, FireVirachoca positif, jika diasuh dari awal kemungkinan besar akan menjadi ayam game tahap tegar. Bagaimanapun jika baru diasuh secara intensif sekarang, rasanya masih boleh diserlahkan cuma ketahap mana SMk kurang pasti.Ini adalah kerana kebanyakkan ayam darah Fire memang telah sedia ada memiliki perangai cuma perlu dilatih untuk mengawal gaya itu masih perlu.

Manakala, adik pada HeroSeven, SMk dapati merupakan seekor anak ayam yang kukuh dan pastinya mempunyai potensi yang amat besar jika dilatih dari peringkat awal. Bagaimanapun dalam menjaga seekor anak ayam kita perlu banyak bersabar dan banyak meluangkan masa bersama-sama sehingga ayam itu datang perangai dengan sendirinya.

SMk

Sonic Duechento


Setelah induk yang dimasukkan dengan Sonic Duechento mengeram, SMk cuba bawa keluar dan letak diatas meja. Nampak positif cuma perlu dimandi dan dikemaskan sedikit jika mahu dibawa berjalan-jalan ke game dimasa akan datang.

Pasangan yang SMk padankan Sonic Duechento ialah ayam darah asal betina dari reban SMk. Semoga hasilnya positif.

SMk

Telur ada benih


Banyak breeder serama yang memelihara ayam serama mereka akan selalu melakukan candling atau meneropong telur bagi melihat kandungan telur samada berbenih atau tidak. Bagi SMk hari yang sesuai dilakukan candling adalah pada hari ketujuh.

Selalunya SMk akan keluarkan telur yang tiada benih, kerana ianya akan lebih memberi peluang dan ruang kepada telur yang ada benih untuk terus berkembang dengan sihat dengan suhu yang lebih stabil. Kerana cara ini juga boleh membantu dalam jumlah peratusan penetasan yang sihat dan  tinggi bagi sesebuah reban.

SMk

Saturday 8 October 2016

SriAcharya galak


Oleh kerana SriAcharya dah galak, jom kita layan Reggae sambil goyang-goyang badan dan jiwa bersama kelakuannya yang makin galak.

SMk

Friday 7 October 2016

Keratan akhbar dalam sejarah




















SMk

Sri Utara


Ini adalah bapa kepada sepasang anak yang SMk ambil dari reban Sri Utara sebagai salah satu baka dalam kepelbagaian baka di Sarawak nanti.



Oleh itu, Baka atau aliran ini akan SMk namakan sebagai Northen Warrior atau singkatan pangkalnya sebagai NW. Semoga anak sepasang ini boleh mengeluarkan hasil agar dapat mengekalkan darah reban asalnya,

SMk

Tuesday 4 October 2016

Teknik Breeding




Ini adalah teknik yang SMk gunakan dari tahun 2008 sehingga kini, dan akan diteruskan dengan Medhod B pada tahun hadapan. Perkara pokok sebagai seorang breeder adalah kesabaran dalam menghasilkan ayam serama yang diimpikan. 

Jika kita tertib dan disiplin pasti kejayaan akan hadir setelah usaha yang dilakukan. Usaha dan doa adalah tangga menuju kejayaan. Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

SMk

Monday 3 October 2016

Sri Pinang


Ini adalah ShadowRyan bapa (hakmilik Pok Syed Perodua) kepada anak-anak yang diambil SMk. Semoga ada anak-anak ini akan mengikuti cutting dan perangai bapanya. 




Anak-anak line ini dan tina dara, mulai hari ini SMk akan namakan Line Sri Pinang dan akan dijadikan projek inbreeding supaya lebih menguatkan darah asalnya. Semoga usaha SMk ini akan dirahmati dan dipermudahkan Allah s.w.t. Amin.

SMk

Saturday 1 October 2016

Darah baru projek 2016/2017




Semalam tanggal 28 September 2016, satu lagi sejarah telah terukir bagi reban SMk dimana SMk telah mendapatkan beberapa ekor ayam yang terdiri dari seekor betina dara sedarah dengan Tuah5188 dan 4 ekor anak A anak kepada ShadowRyan milik Pok Syed Perodua seorang otai yang dihormati di Pulau Pinang. Secara totalnya kos untuk ayam-ayam ini hampir mencecah 2K.

Perancangannya, SMk akan jaga ayam ini di reban SMk di Kuantan dan akan dibawa ke Sarawak apabila SMk hendak bertolak menetap di Sarawak nanti. Jadi secara kasarnya ayam-ayam ini akan berada di Kuantan sekurang-kurangnya 7 atau 8 bulan. 

Pada masa yang sama, SMk juga akan membawa FireSharp, Patingan dan sekurang-kurangnya 3 atau 5 induk reban bersama-sama nanti ke Sarawak.

SMk