Saturday 28 January 2017

Happy Chinese New Year



SMk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru buat sahabat-sahabat dan pengunjung Blog Serama Malaysia ku yang berbangsa Cina.

Mengikut Chinese Zodiac, setiap 12 tahun dalam tahun cina dipaparkan beberapa haiwan berbeza mengikut turutan tahun.

Untuk tahun ini, merupakan tahun ayam yang merupakan tahun ke 10 dalam pusingan 12 tahun zodiac cina.

Ciri-ciri ayam pada zodiac cina digambarkan sebagai seekor haiwan yang yakin, pemerhati, dan menyerlah dalam memberi pandangan. Dilahirkan dengan rupa yang cantik memikat, ayam juga suka diberi perhatian dan menyukai pengayaan rupanya(pakaian). Ianya juga berani untuk nampak berbeza dan kadang kala amat yakin walaupun ada kekurangannya. Ianya juga seekor haiwan yang mengasyikkan dan sentiasa gembira namun tumpuannya amat dipengaruhi situasi disekelilingnya.

Sekali lagi, SMk mengucapkan Gong Xi Fa Cai.

SMk

Tuesday 24 January 2017

Ayam di kampung (update)


Alahamdulillah selamat tiba di kampung halaman dan sekarang dalam penjagaan Aman adik SMk. Ayam-ayam ini sekarang dalam tempoh kuarantin dan telah diberi vaksin bagi memastikan setiap ekor ayam-ayam ini sihat dan dapat bertahan dengan perubahan cuaca sekaligus dapat menambah kekuatan antibodi badan terhadap penyakit yang biasa menjangkiti unggas seperti ayam.

Aman juga memaklumkan, anak FireSpring12 dengan keturunannya juga mulai menetas dan seperti visi yang SMk rancangkan, SMk lebih mengharapkan anak-anak dimasa ini akan banyak menjadi betina supaya boleh dimaksimakan untuk breeding program bagi tahun 2017.

SMk

Monday 23 January 2017

Lawatan Ke Reban Jo Kuantan


Semalam petang, SMk telah mengunjungi reban sahabat SMk yang terkenal dengan barangan kubing dan kebanyakkan pembaka beliau adalah berasal dari DIn Seri Dewan. Reban Jo serama ini, pada hemat SMk memiliki 4 pembaka utama yang terdiri daripada baka Din Sri Dewan, Husin Cikgu Din (Cikgu Yusof Terengganu), Ara dari besut dan seekor pembaka dari anak reban beliau sendiri. Ayam-ayam beliau nampak mempunyai masa depan yang cerah dan memiliki kualiti yang baik, jika melihat kepada jumlah ayam yang ada.

Pelapis Induk reban juga kebanyakkannya selam-selam dan amat positif untuk dijadikan induk kandang atau boleh juga dibawa ke game jika dijaga dengan baik. Tidak hairan jika setahun dua lagi, reban ini pasti boleh mengeluarkan ayam-ayam yang disegani dibon pada suatu hari nanti.

SMk

Penghantaran Serama


Pada tengahari Ahad SMk telah dihubungi sahabat SMk mengatakan beliau berada di Kuantan Pahang atas urusan kerja dan mengatakan jika SMk hendak menumpang penghantaran bolehlah menghantarnya pada sabtu pagi.

Oleh kerana dengan masa yang terlalu singkat, SMk telah menghantar ayam serama yang telah ada pada SMk dan 5 ekor anak tina dari reban sahabat SMk di kuantan iaitu Reban Rizal Fahamee. Keesokkan harinya terus SMk packing dan hantar kepada sahabat SMk. Sempat jugalah kami bersarapan bersama dan meluangkan sedikit masa dengan bicara tentang serama serba sedikit.

Pada hari Ahad petang, SMk telah dimaklumkan oleh sahabat SMk tersebut, bahawa ayam telah sampai dan diserahkan kepada adik SMk. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga perancangan SMk dalam breeding akan terus dipermudahkan. Amin.

SMk

Sunday 22 January 2017

Aktiviti GBBs di Balai Ringin



Aktiviti riadah GBBs di rumah saudara Zahid Balai Ringin. Nampak meriah sekali dengan disertai oleh semua rakan-rakan.
Pada pandangan peribadi SMk, aktiviti terbuka seperti ini bagus sekali dilaksanakan sesama ahli dan dengan peminat bagi menarik lebih ramai peminat dan menambah pengetahuan disamping lebih akrab sesama sahabat dengan mengadakan tradisi kekeluargaan iaitu dengan kunjung mengunjung.
Oleh itu berulangkali SMk bicarakan, dalam berhobi serama haruslah kita menghindari ketidaksamaan samada dari segi umur, latarbelakang maupun baka-baka ayam kerana niat ikhlas untuk bersama amatlah penting untuk lebih mengukuhkan perpaduan dikalangan kita peminat serama. Janganlah memprovoke, mengata, menyindir dan sebagainya kerana jika niat kita nak menguatkan ukhwah, pasti segala ketidaksamaan itu ditolak sejauhnya dan berpaksilah kita kepada keutuhan persaudaraan.
Semoga usaha setiap ahli GBBs ini dalam mengukuhkan nilai persahabatan dan keharmonian kekeluargaan terus terjaga dan terjalin. Syabas rakan2.. anda mmg terbaik. I like..

SMk

Saturday 21 January 2017


Semalam SMk telah ke Reban saudara Rizal Fahamee di Cenderawasih Kuantan bagi mendapatkan 5 ekor anak B tina untuk dihantar ke Sarawak bagi membantu program breeding yang telah SMk rancangkan apabila SMk telah menetap di kampung halaman SMk nanti.

Dari pengamatan mata SMk, reban beliau agak terurus dengan baik dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 pembaka aktif. Semasa berada disana juga, SMk mendapati ada banyak anak A dan pastinya dalam tempoh 2 bulan lagi akan nampaklah hasil-hasil dari anak A tersebut. Rasanya ada beberapa ekor anak tersebut yang agak positif. 

Kepada yang berminat untuk mendapatkan ayam serama juga boleh menghubungi sahabat SMk ini ditalian 019-9377363. Insya Allah jika pandai menawar akan pasti mendapat ayam yang baik-baik dengan kadar yang amat berbaloi. 

SMk

Line Godic (Anak Reban)


Syukur alhamdulillah, kedua-dua anak line Godic ini semakin sihat membesar dengan baik sekali. Anak ini kedua-duanya betina dan merupakan tetasan pertama line Godic di reban SMk di Kuching. Selepas ini, induknya akan dimasukkan semula dengan pembaka Godic bagi tujuan breeding. 

Anak-anak tina ini akan SMk gunakan sebagai induk reban bagi menguatkan strain line Godic direban SMk di kampung halaman. 

SMk

Monday 16 January 2017

Anak C dan B SMk


Alhamdulillah, kedua-dua anak ini menunjukkan sesuatu yang positif dengan memberi respon yang amat baik jika diletakkan diatas meja. SMk merasakan kedua-dua anak jantan ini akan mempunyai masa hadapan yang amat cerah kerana dari segi tubuh dan watak, kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing yang agak menarik.

SMk

Induk Pure SG


Induk Pure SG ini SMk masukkan dengan Pembaka FireTgah kerana induk sebelum ini telah mengeram pada 12/1/2017. Manakala pasangan ini disatukan pada tanggal 14/1/2017. Kemungkinan hasil boleh diketahui dalam masa 10 hari akan datang.

SMk

Sunday 15 January 2017

Sri Bertam (Update)


Sri Bertam semakin positif, dan semalam pagi dan petang SMk telah memberi Ubat cacing kepadanya bagi tempoh 6 bulan. Pasangan betinanya juga turut diberi ubat cacing dan hari ini kedua-duanya nampak sihat tanpa sebarang side effect.

SMk

Saturday 7 January 2017

Projek Setem 2017 (Update 16/1/2017)

Update terkini 

Berita ini baru saja SMk perolehi dari Encik Jun  daripada Hazel Design Sdn Bhd di Gombak. Dimaklumkan pihak beliau telah gagal dalam proposal setem 2017 yang lepas dengan kalah satu undian. Maka hasil keluaran yang lepas kemungkinan besar adalah kerja hasil panel yang berjaya. Cuma bab Gambar ayam Mantera dan seekor remaja tersebut mungkin hanya terpilih secara tak disengaja atau diambil oleh pihak berkenaan untuk tujuan yang sama. 

Namun sebagai peminat ayam serama yang tegar, saya tidak merasa kecewa malahan gembira kerana pihak encik Jun telah juga berusaha memperbetulkan konsep dan persepsi ayam serama kepada pihak yang berkenaan dan telah diperbetulkan. 

Oleh itu saya dengan ini memaklumkan penglibatan saya dalam membantu encik Jun cuma setakat permulaan sahaja kerana pihak encik Jun telah gagal terpilih. Semoga Encik Jun terus berusaha lagi datang dengan projek yang baru dan terus berjaya hendaknya. Sekian, harap maklum dan saya mohon maaf jika tersalah anggap sebelum ini. Terima kasih.


Alhamdulillah, ada update dari pihak pejabat pos melalui akhbar tempatan mengenai update Setem 2017imasa akan d iaitu setem Ayam Serama atau Malaysian Serama.

keratan akhbar




Gambar kenangan-kenangan semasa bersama pihak Encik Jun dan jurufoto beliau Encik Khir.
at

Ini adalah beberapa gambar ayam yang telah SMk serahkan kepada pihak agen yang dilantik oleh Pos Malaysia untuk dipilih sebagai gambar asas kepada lukisan setem. Sebenarnya SMk sendiri masih terasa agak gementar kerana SMk sendiri tidak mengetahui ayam yang manakah yang telah dipilih oleh pihak berkenaan. 

Tetapi SMk bersyukur kerana ayam Man Serama iaitu Mantera telah terpilih dimasukkan kedalam Poster untuk iklan. Kita akan tahu lebih lanjut nanti pada 10hb Januari 2017 iaitu pada hari selasa ini bagi mengetahui hasil sebenarnya.


Pembaka VII dan Pembaka VIII


Projek berhasil dengan dimulai oleh Pembaka VIII dengan induk MiszDuyong pada 4/1/2017 dan sekarang telah memiliki 2 biji telur. Kita nantikan masa induk ini mengeram dan melihat hasilnya kemudian nanti.


Bagi Pembaka VII pula ianya telah mula bertelur pada 5/1/2017 dan ada 3 biji telur. Induk muda ini bertelur buat kali kedua pada kali ini. Induk semakin menampakkan kematangan dan pasti akan mengeram apabila tiba waktunya nanti.

Anak-anak dari kedua pembaka ini akan SMk hantar ke kampung halaman bagi menguatkan breeding program yang telah SMk rancangkan sebelum ini. Semoga ada hasil yang akan menjadi dan mengeluarkan anak-anak yang positif.

SMk

Monday 2 January 2017

Mainan kesayangan di Reban SMK (Kuantan)



Antara kesayangan SMk di reban SMk sekarang di kuantan. 2 Pembaka selam SMk ini dikhaskan untuk breeding sepanjang tempoh ini sehingga bulan jun 2017. Ini kerana SMk betul-betul memerlukan anak-anak ayam untuk dihantar ke kampung halaman terutama anak betina, bagi memaksimakan breeding program yang telah SMk rancangkan.

SMk

Sri Bertam



Kita upload sikit video Sri Bertam, semoga boleh menjadi jamuan mata dan rujukkan dimasa akan datang. Anak ni nampak agak mudah dilatih dimeja kerana agak tenang dan tidak mematuk meja seperti anak-anak lain yang kebiasaannya akan mudah terganggu tumpuan apabila berada di atas meja.

Semoga anak ini terus membesar dengan baik dan jika tiada halangan, akan turut dihantar ke Reban SMk di kampung halaman.

SMk

Update Reban Serama di Sarawak


update 1/1/2016

Terima kasih kepada adik SMk iaitu Aman Apm dan Eppy Editnium kerana update gambar-gambar di Reban SMk di kampung halaman nun jauh disana. Setakat ini, ayam-ayam disana masih dalam kondisi yang baik dan meneruskan program breeding yang telah SMk rancangkan sebelum ini. Semoga segalanya terus berjalan dengan lancar. Amin.

SMk