Monday 27 February 2017

Soalan "Siapakah Steward dalam penganjuran pertandingan Ayam Serama?

Assalamualaikum selamat pagi.. salam sejahtera buat semua rakan. Hari ini SMk ditanya dengan satu soalan.
Steward tu apa bang?
Oleh kerana soalan itu ditanya pada SMk, dan memang FB SMk pun mmg ada ayam serama saja tiada perkara lain jadi agak perlu Smk menjawab dan jawapan SMk adalah seperti berikut.
Steward

Dalam pengurusan pertandingan ayam serama, steward adalah seorang yang diberi tugas untuk mengangkat ayam dari Sangkar ke atas meja pengadil pada hari pertandingan. Steward juga biasanya dibantu oleh seorang pembantu steward.

Tugas steward adalah:

1. Menyusun susunan sangkar agar selari dengan senarai nombor penyertaan pada sangkar dan mesti sama dan disahkan oleh pengadil bagi mengelakkan ayam tersalah turutan naik meja dan tersilap diberi markah. 
2. Mengeluarkan ayam dari sangkar perserta, memperbetulkan kedudukan sayap, ekor, sedikit kekemasan yang dirasakan perlu, sebelum menunggu arahan pengadil untuk ayam tersebut dibenarkan diletak atas meja.
3. Setelah menerima arahan dari pengadil, steward akan meletakkan ayam serama tersebut ditengah-tengah meja dan berundur pelahan-lahan ke belakang kearah tepi pengadil tapi masih dalam jarak berjaga-jaga agar boleh bertindak pantas jika ada ayam yg terjun/jatuh meja atau diarahkan pengadil untuk memegang ayam.
4. Jika terdapat kemuskilan, biasanya pengadil akan meminta steward memegang ayam bg pengadil melihat dengan lebih dekat ayam yg hendak dilihat tanpa memegang ayam tersebut. (tiada orang lain dibenarkan menghampiri meja pengadilan, hanya steward, pembantunya dan pengadil sahaja.
5. Setelah clock alarm berbunyi, pengadil akan mengarahkan steward mengngkat ayam untuk disimpan semula ke dalam sangkar. Pada ketika ini boleh menjadi kebiasaan (bg mempercepatkan ayam naik meja) ayam akan diangkat utk disimpan oleh pembantu steward, dimana steward tadi bersiap sedia dengan ayam yg seterusnya. 
Timbul kisah siapa yg lap meja jika ada najis ayam diatas meja. Steward atau pembantu boleh saja membuang najis ayam diatas meja mengikut kessesuaian. Asalkan seboleh-bolehnya, janganlah pengadil yg membersihkan meja.

Perkataan steward dlm dunia serama tidaklah baru kerana telah digunapakai sejak hampir 20 - 25 tahun yg lalu malahan mungkin lebih lama lagi. Setiap pengurusan dlm penganjuran pertandingan serama ada bidang tugas masing-masing. Profesionalisme dalam dunia serama sudah meningkat dengan baik standardnya. 

Itulah yg boleh SMk coretkan utk menjawab soalan tersebut. Sekian terima kasih.


Mohon izin pengunaan gambar terima kasih
SMk

Sunday 26 February 2017

Reban SMk (Sarawak)


Update reban SMk 26/02/2017



Terima kasih kepada adik SMk, kerana dapat meluangkan masa untuk memberi mandi sebahagian ayam jantan SMk. Ayam jantan ini, terdiri daripada beberapa baka dan reban sohor otai serama yang telah SMk kumpulkan dengan jayanya.

Ada yang telah mula menghasilkan anak reban dan ada yang telah berubah dari anak B ke remaja dan muda. Harapan SMk agar ayam-ayam ini terus sihat agar memudahkan SMk meneruskan perancangan masa hadapan buat semua line yang ada nanti. Semestinya, SMk tidak akan sekali-kali melakukan crossing kepada ayam ini agar ianya dapat mengekalkan originality identitinya dari reban asal mereka.

SMk

Raden GST


Raden GST semakin nampak cantik ditambah dengan wataknya, dimana anak ini telah mula bergaya diatas meja. Anak ini tidak menampakkan takut berada di atas meja dan kelihatan tenang sekali. 

Line GST ini SMk ada 3 ekor, iaitu dua tina dan satu jantan. Maka ini memudahkan SMk untuk membina satu line atau bloodline GST tanpa perlu menghabiskan jumlah modal yang besar. Ini kerana ketiga-tiga ekor anak ini dari darah yang sama. Semoga dipermudahkan urusannya nanti untuk dihantar ke kampung halaman SMk.

SMk

Reban Kuantan

Agak lama SMk tidak mengemaskini blog SMk, oleh itu agak banyak benda dalam kepala yang hendak dikumpulkan untuk di kemaskini diblog. Oleh itu, kerana kelapangan hari ini, SMk telah melakukan pembersihan dan memberi mandi ayam di reban SMk.




Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik dan sihat. Dalam batch kali ini ada beberapa ekor anak ayam menampakkan potensi yang amat baik sekali.

SMk

Sunday 12 February 2017

Raden GST


Seekor dari 3 ekor darah Jengking GST nampak amat positif. Line ini akan terus dinamakan sebagai Bloodline GST direban SMk kerana mengambilkira asal keberadaannya iaitu dipeolehi dari Hazwan @ Juwe bagi mempelbagaikan baka-baka direban SMk.

SMk

Thursday 9 February 2017

Stok Anak Ayam


Setakat ini, jumlah anak ayam yang disimpan SMk adalah 16 ekor merangkumi anak-anak dari baka SG, Sri 6, Jalak dan Fire. Apa yang perlu SMk lakukan sekarang ialah memastikan semuanya sihat sehingga tiba waktunya untuk diserahkan kepada kawan SMk nanti bagi tindakan selanjutnya.

Anak-anak ini bukanlah untuk jualan, ini kerana banyak yang pm SMk untuk membeli anak-anak ini. Saya cuma berharap tiada yang salah faham, bukan SMk tidak mahu berkongsi baka-baka yang SMk miliki tetapi buat masa sekarang priority adalah untuk memenuhi kuota sebanyak 50 - 60 ekor bertina bagi reban baru SMk di kampung halaman. Setelah mencukupi barulah SMk boleh pertimbangkan untuk melepaskan anak reban jika ada. Duit bukan lah segalanya bagi SMk, kerana SMk lebih mementingkan kepuasan hati sendiri. Harap kawan-kawan SMk terutama di FB faham akan situasi ini.

SMk

Saturday 4 February 2017

Keratan Akhbar 4/2/2017



Kenangan pertandingan ayam serama Mac 2015.

SMk

Abe lean dan SMk



SMk telah berurusan dengan Abe Lean iaitu rakan rapat SMk sejak Geng Budak Nakal (GBN) lagi. Kali ini, SMK berpeluang mendapatkan anak-anak ayam dari baka terbaik iaitu dari baka Ah Kiat (Sri 6) Tok Janggut dan beberapa ekor anak reban Abe Lean yang dari adik beradik kepada ayamnya yang lekat nombor 2 semasa bon Putra Jaya yang lalu. 

SMk juga mendapat seekor anak B tina dari induk line yang sama. Anak-anak ini akan SMk jaga sebaiknya sehingga tempoh yang dijanjikan dan akan dihantar ke kampung halaman SMk apabila tiba masanya nanti.

SMk

Anak Reban


Anak pertama line Fire (dari induk adik beradik FireSharp), telah berhasil mengeluarkan hasilnya. Telur-telur ini adalah hasil yang dimasukkan kedalam inkubator. Anak yang terakhir untuk batch kali ini, agak berwarna merah kerana lebih kepada Fire merah seperti asal ibu bapa nya. Semoga hasil ini akan melakarkan satu impak yang baru untuk reban SMk nanti di kampung halaman.

SMk

Reban SMK (Sarawak)


Update 29/1/2017

Update terkini oleh adik SMk Aman Apm di kampung halaman, ayam kebanyakkan telah mulai membiak dengan baik dan teratur disamping beberapa ekor anak-anak yang lepas dan ayam dari kuarantin telah dibawa masuk setelah diberi vaksinasi dan ubat-ubatn yang sepatutnya sepanjang kuarantin tersebut.


 Pada waktu yang sama juga, sebanyak 4 ekor induk semuanya line Fire telah mulai mengeram. Induk Fire ini semuanya memiliki ciri-ciri yang hampir sama sebanyak 90% dengan leher berwarna kuning/merah dan berbulu keseluruhannya kuning. Harapan SMk agar semunya menetas dengan baik dan menghasilkan banyak anak-anak tina yang seterusnya mewarnai reban SMk dengan penuh anak-anak reban terbaru.

SMk