Selamat mencuba..
Tuesday, 23 July 2013
Sunday, 21 July 2013
Pasangan pembaka rinting
Pembaka inilah bapa dan ibu kepada Banyunwangi. Ayam induk memang cantik dan kecil manakala bapanya ayam rinting kubing. Kalau dilihat ekornya agak senget dan chasis lari tertapi itu tidak menghalangnya menjadi pembaka yang baik. Insyaallah selepas Raya ini nanti akan dimulakan semula projek breeding rinting.
Saturday, 20 July 2013
Uban tgah meluruh
Alhamdulillah, cepat-cepat meluruh nak tengok jadi warna apa sebenarnya ko nie..
Banyunwangi 1 Bulan
Anak ayam ini saya namakan Bayungwangi sempena persahabatan saya dan sahabat dari Banyunwangi Indonesia iaitu saudara Moh Saifudin. Semoga persahabatan yang terjalin selama ini terus kekal dan utuh.
Sunday, 14 July 2013
Uban–Update
Gambar terkini Uban.. bulu nampak nak bertukar dah tapi bulu anak masih banyak lagi.. kalau kena gaya boleh masuk ABS kot.. tapi ekor tu lah macam tak kena je..
Saturday, 13 July 2013
Maichi Bpr Jr Vs Mrs SG One
Pasangan ini akan mula digandingkan bersama bermula dari minggu hadapan insyaallah.. Semoga berhasil menyumbang anak-anak yang comel dan berpotensi.
Sabtu- Update anak ayam..
Gambar update hari ini, nak beri makan semua macam nak tunggu je.. kontrol la tu.. tapi memang ada yang berpotensi besar.. belum letak atas meja tu.. kalau atas meja boleh ni..
Friday, 12 July 2013
Rezeki Ramadhan
Alhamdulillah rezeki dari Uban Vs SG One dah menetas.. Setakat ni ada 2 ekor yang dah kering bulu, sekor lagi baru nak tebuk telur. Ada 4 biji lagi telur dalam batch yang sama.
nampak sihat itu yang penting. Semoga dapat membesar mejadi johan (Iklan Milo).. sihat dan kuat.
Stok pelapis Julai 2013
Alhamdulillah, hasil breeding penggal pertama (6 bulan) telah membuahkan hasil. Semua sekali sebanyak 11 ekor. Dari sini saya telah mendapat hint induk dan bapak yang mana telah menghasilkan anak-anak yang berpotensi dan berkualiti. Semoga penggal kedua bertambah meriah.
Projek Breeding 2013– Updated
Setelah projek awal tahun telah berjaya menghasilkan product yang boleh dikira berkualiti maka untuk separuh penggal kedua (6 bulan) ini pula saya berhasrat melakukan satu lagi projek breeding. Kali ini teknik cross breed dan inbreed digunakan untuk melihat hasil mana yang lebih baik.
1. Husin Cjk Vs Induk S. Ngayor (Muin) / Teknik cross breed
2. Rinting Kubing Vs Induk Rinting Pure / Teknik Inbreed
3. Uban Vs Raden Mas Suria Jr / Teknik cross breed
4. Maichi Bpr Jr Vs SG One / Teknik cross breed
5. SG Two masih solo
Ini adalah perancangan breeding yang bakal dirancang oleh itu kita tunggu hasilnya, semoga berjaya dengan izin Allah S.W.T
Raden Api (SOLD)
Ni gambar ayam masa muda, Masa lepaskan ngan kawan lawi dah ada dah dan dah mula parking.. Ayam ni juga anak Rinting Kubing Vs Induk Arie.. Alhamdulillah rezeki menjadi syukur pada Allah S.W.T.
Rinting Sojar
Ini anak Rinting yang tak berapa nak rinting. Anak Rinting Kubing Vs Induk Arie.. Nampak potensi selam dan tarik ada ni cuma tunggu lah nasib macam mana kan..
Anak ayam yang ada potensi
Ahamdulillah, syukur sangat-sangat. Nampaknya tak sia-sia usaha selama ini untuk mendapatkan hasil yang baik dari reban sendiri.. Akhirnya tercapai juga.
Hasil anak-anak Mei/Jun 2013
Alhamdulillah hasil projek sudah menampakkan hasil, ini adalah dari rezeki Allah S.W.T.. semoga semuanya sihat dan boleh menjadi penganti dan boleh buat main-main di rumah..
anak rinting, tomahawk jr vs induk arie
Projek 2013–anak ayam.
Dah lama sangat tak update blog ni, sibuk juga lah dengan tugas harian dan keluarga. Pejam celik pejam celik dah bulan 7 dah. Puasa dah pun, cepat sungguh masa berlalu. Takpelah.. ni nak cerita.. antara projek tahun 2013.
1. Husin Cjk Vs Induk SG sendiri.
2. Uban Vs SG Ahbun