Wednesday, 30 April 2014

Pejantan utama anak BPR



Pejantan utama ku ini adalah anak dari BPR dengan induk robot. Dah ajal nak buat macam mana.. Redha je lah.. Insya Allah anak-anaknya akan menyambung darah yang ada.

Sunday, 27 April 2014

Induk vx





Induk vx yang datang sekali ngan patinggan dah mengeram. Semoga ada lah hasilnya nanti..

Friday, 25 April 2014

Bye Asokha dan Mis Sanz





Semoga berjasa kepada tuan barunya ditanah putih kuantan. Demi untuk memeriahkan serama di pahang.. Aku lepaskan kamu dengan rela hati.. Buat anak banyak-banyak untuk tuan baru k.

Thursday, 24 April 2014

Puteri Duyung



Puteri Duyung semakin dewasa, sekarang dah masuk alam remaja. Ayam ni asalnya dari reban abe lan SDPD. Semoga boleh diketengahkan dan berpotensi bertelur serta mengeram dengan baik.

Monday, 21 April 2014

Induk dara






3 induk dara tengah berebut sarang untuk bertelur, semoga berhasil dan menjadi nanti.. Semua ni adunan sendiri baka yang ada dirumah..

Induk mengeram





Syukur alhamdulillah, 2 ekor lagi induk muda mengeram. Semoga kali ni boleh bawa turun anak.

Menetas



Alhamdulillah.. Tengok- tengok induk yang mengeram, rupanya ada yang menetas. Induk jalak ni menetas sekor dah anaknya.. Harap telur lain ada yang menyusul.

Saturday, 12 April 2014

Ubat



Alhamdulillah, sempat juga dapat ubat mata untuk ayam, ubat Betta relax, ubat Tension gon dan makanan ikan betta.

Saje je jalan2 teringat balik pada minat lama.. Pelihara ikan Betta.. Dah murah beli lah 2 ekor.. Buat tenang jiwa je..

Maklum lah, dah balik utara ni.. Sambil kursus sambil jalan layan minat dah hobi..

Sunday, 6 April 2014

Serama Man k (SMk)



Kenapa nick name aku SMk? Sebabnya singkatan untuk Serama Malaysia ku..

Juga boleh digunapakai untuk
- Serama Man kuantan (kije kat kuantan)
- Serama Man Kuching (asal orang Kuching)
- Serama Man kulim ( rumah isteri kat lunas doket je dengan kulim)

Jadi macam mana? Mana2 je boleh boh asalkan SMk itu aku.. Hahaha..

Friday, 4 April 2014

Induk sammy merah



Alhamdulillah, sekor lagi induk bertelur. Nampaknya makin banyak lah legasi Patinggan nanti. Semoga kalau ada yang menjadi boleh lah dibuat main.

Wednesday, 2 April 2014

Induk jalak



Buat kali keduanya, induk jalak mengeram sekali lagi dengan telur hanya 3 biji. Dah la bertelur dan mengeram atas pasir, lain betul lah induk sekor ni.

Apa pun kita tunggu hasilnya nanti.

Breeding Patinggan





Oleh kerana mulai minggu hadapan aku akan berkursus ke penang, jadi Patinggan akan diberi gundik sebanyak 3 ekor. Mana tahu jika balik nanti ada yang mengeram.

3 induk ini, terdiri dari SG version sendiri, Sub Version sendiri, dan satu lagi darah asal Patinggan. Jadi kita nantilah apa yang jadi..