Tuesday, 19 January 2016

Misi ke PutraJaya




 Misi bagi mendapat tajaan untuk Bon Pekan 27 Februari 2016 bersama dengan anjuran Ahli Parlimen Pekan dan Kelab Perdana Menteri (PMO). Alhamdulillah permohonan STG diluluskan, terima kasih tak terhingga kepada Abe Soh Kuantan kerana membuka ruang dan sanggup menjadi Fasilitator buat STG sehingga berjayanya misi ini.
Insya Allah STG akan mengadakan mesyuarat awal pada ahad ini bagi membincangkan beberapa perkara sebelum duduk sekali lagi dengan pihak PMO pada akhir bulan januari nanti.

SMk

Sedutan dari SINAR ONLINE

SMk

Bon Jerantut 16/1/2016

 Dato Shakar turut hadir dan memberi hadiah kepada para pemenang pada hari tersebut.

 Pengerusi Kelab J2SC Jerantut, Zamri menyerahkan cenderahati kepada Pengerusi STG atas kerjasama penganjuran Bon Jerantut.


Alhamdulillah, walaupun penat. Perasaan lega terasa dihati dan terasa lapang setelah Bon Terbuka Pahang yang julung-julung kalinya dianjurkan setelah hampir 15 tahun tidak diadakan. Kejayaan ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan praktikal kepada ahli-ahli baru STG dalam menjalankan tugas sebenar semasa menganjurkan bon.

Kesempatan ini juga SMk, ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas layanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Jerantut seperti Zamri, WK Serama, Zerol, Mat Bond dan banyak lagi yang saya tidak berapa ingat namanya. Kerjasama dengan pihak tuan-tuan adalah terbaik.

SMk

Thursday, 14 January 2016

Dana Pertandingan

Selalunya SMk hanya menjadi silent reader untuk satu group whatup ni, selalunya cerita adalah berdasarkan kepada penjualan ayam, ubat-ubatan dan sebagainya. Jadi SMk hanya memerhati sahaja. Tetapi apabila ada yang upload banner bon terdekat, maka adalah juga ahli didalam tu yang mula bertanya bab halal haram permainan dan pendaftaran mengunakan duit penyertaan sebagai hadiah dan sebagainya.

Pada pendapat SMk, mungkin dahulu sekitar zaman awal 2000 perkara ini berlaku. Tetapi sekarang sejak 2010 setahu SMk memang pihak yang terlibat dengan penganjur mempunyai dana yang mencukupi kerana di dokong oleh jabatan-jabatan seperti Pejabat Veterina Negeri dan pihak Tourism Negeri masing. Oleh itu jumlah dana tidak menjadi soal kerana semua diberikan atau disediakan oleh penganjur.

Namun, ada juga yang menyatakan bagaimana dengan bon kecil? Bukan kah tiada penganjur? Sebenarnya persoalan ini ditanya atas dasar pengalaman yang lepas. Untuk makluman jika bon besar hendak dijalanakan, pihak penganjur dan persatuan terlibat akan mengemukan kertas kerja khas. Ingat senang ke nak dapat duit ? mesti ada hitam putih. Maka sebagai contoh...

Dana dipohon RM25 ribu.
Kos operasi RM 18 ribu ke RM20 ribu (termasuk hadiah 1,2,3 dan 30% hadiah saguhati dan bonanza)
Jika game besar jumlah ayam biasanya dianggarkan paling kurang 300 ekor maka jumlah hadiah adalah sebanyak 90 ekor perlu disediakan. bukan digunakan duit penyertaan untuk digunakan sebagai hadiah.
maka ada baki RM 5 ribu

Setelah habis penganjuran pihak persatuan/pemganjur akan memperolehi
Baki dana RM5 ribu + jumlah pendaftaran peserta

Oleh itu duit yang diperolehi bolehlah dipusingkan semula untuk mengadakan bon kecil dikemudian hari, maka disini kita tidak mengunakan pun duit bayaran daftar penyertaan pada hari sebenar yang dikatakan istilah judi itu tadi. Maka disini kewarasan dan sikap positif itu perlu ada disamping ilmu semoga kita boleh terus mejayakan hobi kita selari mengikut panduan agama Islam yang kita sayang.

SMk


Wakil SMk untuk Bon Jerantut

Bon Jerantut 16 Feb 2016




Alhamdulillah, persiapan untuk bon Jerantut hampir selesai, boleh dikatakan telah mencapai tahap 85% milestone achivement setakat SMk menaip artikel ini. Harapan SMk agar petang esok setelah SMk sampai ke lokasi segalanya dapat difinalisekan dengan baik. Insya Allah kita cuba selesaikan dengan sebaiknya. Semoga dipermudahkan segala urusan penganjuran Bon Jerantut ini dan berjaya. Amin.

Fire dari ibu yang berlainan


Seekor dari anak induk VIs dan seekor lagi dari anak induk Warrior. Walaupun dari bapak yang sama, tetap anak-anak ini mengikuti ciri-ciri induknya dengan jelas.

Dalam bulan Februari nanti anak-anak ini pasti boleh dibawa ketengah dan jika ada ruang pasti akan berada di meja game untuk dinilaikan. Penilaian pengadil amat perlu bagi SMk menetapkan samaada breeding program yang SMk lakukan mencapai tahap atau pun tidak.

SMk

Saturday, 2 January 2016

FireRain





Harapan SMk yang terbaru bagi tahun 2016 iaitu FireRain. Semoga dengan nama ini ianya dapat memberi hujan rahmat dan kebahgiaan pada SMk didalam dunia serama sepanjang tahun 2016 nanti. Watak FireRain tak tumpah memang seperti FireSharp cuma berbeza dari segi warna.



FireSharp lebih kepada merah pinang manakala FireSharp lebih kepada kuning mengambil kira keturunan asal BPR Jr. yang berwarna kuning cerah. Harapan SMk dengan gabungan darah ini akan dapat melonjakkan FireRain terus keatas dalam bon 2016 nanti. Sesungguhnya target SMK adalah Bon besar kenyir 2016 nanti.



SMk

Anak Reban 2016

Anak A bawah sebulan ada 10 ekor sekarang, masing-masingnya dijaga oleh ibu masing-masing. Namun tumpuan SMk sekarang adalah pada FireRain kerana anak tersebut nampak sangat positif. Besar harapan SMk agar dapat mencuba FireRain di meja pengadil pada bon Jerantut jika diizinkan. Jika tidak sekurang-kurangnya akan dicuba di bon Penang pada 9 Januari nanti.

SMk

Induk Menetas



Misz Momoku telah nampak anaknya, Esok pagi insya Allah akan kita tengok semula dan alih ke reban brodder. 

kedua-dua induk line VIs ni menetas dengan baik sekali. Anak-anaknya nampak sihat dan kuat. Pasti kalau bertahan sehari dua ini maka anak ayam ini akan membesar dengan baik.

SMk