Sunday, 27 November 2016

Pameran Pertandingan Ayam Serama di Kuching Sarawak

SMk dengan ini menjemput rakan-rakan di Sarawak amnya dan sekitar Bandaraya Kuching khasnya bagi memeriahkan aktiviti ini disamping kita mengadakan ramah tamah bemesra, kita juga turut mengadakan cabutan bertuah dan kategori Raja Kibas bagi peminat yang hadir. Kehadiran peminat-peminat amat SMk alu-alukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi SMk ditalian 013-7706010.

SMk

Sembang-sembang petang dan malam



Beberapa hari yang lalu SMk telah melakukan banyak usaha untuk pembersihan reban secara besar-besaran dan semua isi didalam reban telah SMk mandikan dan jemur. Menariknya kali ini, SMk telah menjemur ayam-ayam SMk dibawah rumah SMk, dimana ayam-ayam ini kebanyakkannya tidak pernah dibawa turun kebawah sama sekali sejak menetas. Mungkin pengalaman ini akan menjadi kenangan buat kebanyakkan ayam-ayam ini.

Beberapa hari ini juga hampir setiap petang dan malam, SMk dikunjungi rakan sejati didalam dunia serama SMk iaitu oleh Apis Pasir Mas, Zack Serama Hiro, Alang Lang Merbau dan Rizal Fahamee. Oleh kerana kedatangan mereka untuk bersembang dan melihat serama, SMk telah membawa keluar beberapa ekor ayam simpanan SMk yang tidak pernah SMk upload Fotonya di FB melainkan pada hari berkenaan.

SMk juga telah melepaskan 1 jantan dan 2 betina kepada alang untuk dimulakan sebagai line Fire kepada beliau. Insya Allah kalau ada rezeki alang, pastinya membawa tuah. Tuah ayam dikaki, manakala tuah manusia siapalah yang tahu.

Beberapa ekor ayam betina juga SMk telah hantar ke kedai Petshop untuk dijual disana. Ayam ini SMk letak dikedai Sani Jaya Gading dengan kaki bertag kuning. Jika ada rezeki pembeli, seekor darinya boleh dibuat ayam game. Ini kerana SMk dalam proses memperkasakan reban di Sarawak oleh itu reban diKuantan perlu dilakukan penyusunan secara drastik.


Manakala MIsz Aztec ini, akan SMk serahkan kepada Zack Serama Hiro bagi mengotakan janji SMk kepadanya. Semoga boleh zack kuatkan darah Fire yang ada beliau dengan memasukkan Misz Aztec dengan FireVirachocha. Semoga berhasil hendaknya.

SMk

Bawang Puteh Bawang Merah


Semakin sihat dan cantik anak Fire ini nampaknya. Si Bawang Puteh akan akan SMk serahkan kepada Zack Serama Hiro sekali dengan ibunya iaitu Misz Aztec insya Allah pada hari ini sekejap sahaja lagi.

Si Bawang Merah akan SMk simpan jika tiada yang meminangnya dan akan SMk jadikan sebagai induk game sementara SMk berada di Kuantan Pahang. Semoga menjadi seperti SMk agak pada Si Bawang Merah.

SMk

Friday, 18 November 2016

Saturday, 12 November 2016

Pembaka Muda (SonicDueChento)


Alhamdulillah, setakat ini SonicDuechento telah berjaya menghasilkan satu generasi apabila dikahwinkan dengan Line Fire dan mendapat dua ekor anak berwarna yellow yang sinonim dengan Fire. Anak-anak ini akan SMk pantau kerana untuk melihat kebolehan SonicDuechento samada boleh diteruskan sebagai pembaka atau tidak.

Sementara kita menunggu keputusan hasil tersebut didalam beberapa bulang yang mendatang, SMk telah memasukkan seekor Line Fire Dara sebagai penemannya semoga terus cemerlang dan kekal subur.

SMk

Friday, 11 November 2016

Ayam Game SMk


Ayam ini mungkin akan menjadi ayam Game SMk yang terakhir sepanjang SMk berada di Kuantan Pahang. Ini kerana SMk tidak boleh membuang banyak masa dalam mendidik ayam untuk game kerana kebanyakkan ayam asuhan SMk akan dibawa ke Sarawak. Oleh itu pengutamaan game tidak menjadi sesuatu yang utama pada SMk.

Bagaimanapun SMk berhasarat membawa anak C ini ke Sarawak juga nanti bagi meneruskan hobi disana nanti.

SMk

Pelapis FireBlades


Pelapis tina berdarah FireBlades direban SMk di Kuantan Pahang. Anak tunggal yang kemungkinan akan menjadi cantik dari segi aksesorinya nanti.

SMk

Calon Induk Reban


Anak C betina ini SMk akan asuh dan jaga untuk dijadikan pelapis Induk bagi reban SMk di Sarawak nanti. Bakal membawa darah Fire yang kuat jeck dan jinjit. Ini merupakan salah satu acuan yang SMk perlukan jika hendak kekal dengan upgrade Fire bagi version 3.0 keatas.

SMk

Semakin Positif


SMk berharap jika ada seat kosong, betina ini SMk cadang untuk dibawa bersama ke Sarawak juga nanti. Ini kerana anak Fire ini dijaga SMk sejak kecil tanpa ibu. Maka tina ini agak memberi sentimental value pada SMk. Rasanya susah SMk hendak tinggalnya di Pahang.

SMk

Reban Sementara SMk


Berginilah rupanya reban sementara SMk buat masa ini di Sarawak. Ini kerana terdapat pengubahsuaian rumah mak SMk dikampung maka ayam-ayam ini terpaksa ditumpangkan dirumah adik SMk. 

Semoga ayam-ayam ini dapat bertahan seketika sehingga bulan Jun 2017. Setakat ini semua ayam didalam kesihatan yang amat baik dan positif. SMk berharap pada bulan disember ini akan ada lagi induk yang mengeram supaya bertambah jumlah ayam-ayam tersebut. Apa yang SMk harapkan adalah agar jumlah tetasan adalah lebih kepada anak tina. Ini kerana ianya akan memudahkan program breeding SMk nanti.

SMk

FireBlades Generations


Bagi memperkembangkan Bloodlines FireBlades, SMk telah memulakan breeding program untuk Pejantan FireBlades dengan induk Fire Vip bagi mendapatkan lebih cutting tubuh seketul dan leher pull maksimum. Hasil ini nanti SMk akan simpan untuk membanyakkan kuantiti reban SMk di Sarawak.

SMk

Bakal Pembaka Utama SMk


Anak ini SMk akan jadikan sebagai Pembaka Utama apabila kembali ke Sarawak pada bulan Jun nanti. Pemilihan ayam ini adalah berdasarkan jenis balung, warna, kedudukan tubuh, warna kaki serta jenis ekor. Namun harus diingat, anak ini perangainya agak lambat dimana bagus sekali untuk pembaka yang membawa darah kekuatan tubuh tetapi haruslah dipertemukan dengan darah betina Fire yang jahat perangainya agar dapat memberi keseimbangan pada anak-anak reban SMk nanti.

SMk

Anak Didik SMk


Ada 4 ekor anak C jantan yang akan mencapai usia remaja tidak lama lagi. Anak-anak ini SMk rancang untuk dihantar ke Sarawak jika tiba masanya nanti. Apa yang SMk perlu lakukan ialah menjaga anak-anak ini agar terus sihat dan tidak rosak. Itu merupakan perkara pokok kerana SMk memerlukan anak-anak ini sebagai pejantan suatu masa nanti.

SMk