Tuesday, 31 July 2018

Apakah BOTB



Apa yang dimaksudkan dengan BOTB? BOTB ialah singkatan kepada Best Of The Best. 

Untuk Ayam Serama, ayam yang layak dipertandingkan bagi kategori ini ialah ayam yang telah dinobatkan sebagai Juara bagi setiap kategori. Contoh Juara kategori yang layak mengikuti acara BOTB ialah seperti berikut :

1. Juara Remaja
2. Juara Muda
3. Juara Ayam A
4. Juara Ayam B
5. Juara ABS/ Tanpa Lawi

Apabila acara BOTB dilangsungkan bagi semua juara-juara diatas, apakah yang dilihat pengadil atau apakah perkara yang dinilai?

Perkara yang dinilai adalah seperti berikut:

1. Bergaya, bermaksud ayam jinjit dan jeck dada, berkibas, tarik kepala kebelakang/selam (min 4 sec)/parking/lock, sayap dilunjurkan kehadapan melebihi kaki, keadaan kaki lurus.(atau ditambah dengan gaya tersendiri lain dari ayam yang ada pada masa tersebut seperti kibas lompat, kibas shuffle, kibas terbang dan sebagainya..)
2. Pengulangan banyak kali perlakuan Gaya bagi menentukan kemenangan seekor ayam dan digelar sebagai BOTB.
3. Aktif dan menguasai meja/pentas

Kenapa BOTB diadakan?

BOTB diadakan kerana untuk melihat ayam-ayam juara yang telah dipilih pengadil bagi setiap kategori agar boleh dipertontonkan kepada semua peminat dan kemudian akan disatukan dalam acara BOTB bersama-sama pada meja berasingan bagi melihat ayam mana yang terbaik dari segi Gaya. Ini kerana aksesori telah dinilai pada setiap kategori, maka adalah tidak adil contohnya untuk ayam berlawi berlawan dengan ayam tiada lawi dan pastinya dari segi nilai ayam ada lawi akan lebih tinggi nilai kecantikkannya, Oleh itu, penilaian aksesori tidak dinilai bagi acara BOTB.

BOTB hanya menumpukan kepada penilaian Gaya sahaja. Ini mengambilkira kelebihan ayam serama yang tiada pada ayam lain didunia, iaitu ayam yang bergaya. Maka dengan itu, ayam BOTB bagi seekor serama disesuatu pertandingan adalah seekor ayam yang dinobatkan sebagai juara kategori dan mempunyai Gaya yang paling tinggi pada pertandingan yang dilangsungkan tersebut.

Apa beza BOTB dan Ayam Gaya Sahaja (AGS)

Ayam AGS merupakan satu kategori pertandingan sampingan yang hanya menilai kepada gaya. Tetapi bagi kategori ini, ayam tersebut tidaklah perlu juara kategori kerana syaratnya dilonggarkan kepada ayam yang rosak balung atau ekor tidak siap sebagai contohnya. Maka itu ayam juara kategori ini adalah tidak layak untuk dipertandingkan sebagai salah satu kategori untuk BOTB kerana aksesorinya telah awal-awal tidak mencukupi syarat baginya untuk layak menyertai BOTB.

Apakah Raja Kibas?

Raja kibas adalah ayam yang dinilai dari segi terbanyak kibasannya dan dibuka penyertaannya kepada umum. Ayam kategori ini hanya menilai jumlah kibasan lengkap tanpa mengambilkira sequence atau turutan bagi gaya, contohnya jika ayam tersebut selepas berkibas tidak menarik leher kebelakang/selam malahan lehernya maju kedepan ianya tetap diambilkira. Oleh itu ayam juara kategori ini  juga tidak layak menyertai acara BOTB kerana syarat kemasukkannya tidak menitikberatkan aksesori dan gaya. Ayam yang rosak balung dan tidak siap ekor juga boleh menyertai kategori Raja Kibas.

Semoga ulasan ini dapat mejawab persoalan dan sebagai perkongsian ilmu untuk kita peminat serama.

SMk

Sunday, 29 July 2018

Juara Kategori Muda



DirtyAryan Jr. Berjaya mendapat gelaran juara pada pertandingan yang dijalankan hari ini di Summer Mall Kota Samarahan 29 Julai 2018.


SMk amat puas hati dengan persembahan yang diberikan oleh DirtyAryan Jr pada pertandingan sulong yang disertainya. Semoga dia akan lebih beraksi mantap dipertandingan yang akan datang nanti.


DirtyAryan Jr mengikut jejak langkah bapanya dengan mendapat Juara bagi kategori Muda.

 Terima kasih kepada Aman Apm yang membantu untuk membawa DirtyAryan Jr bagi pertandingan kali ini.



No Sangkar 8



Team PKKASK turut hadir memeriahkan pertandingan diSummerMall dengan 15 ekor penyertaan. 

SMk

Wednesday, 25 July 2018

Pembaka PS


Oleh kerana Induk asal bagi pembaka dari reban Pok Syed (PS) ini telah mengeram maka tibalah masanya untuk memilih seekor induk atau pasangan baru baginya. Kali ini, SMk mula memasukkan induk-induk dara hasil reban SMk di Semariang sebagai pelapis induk kandang. Pusingan Kali ini banyak Induk Dara yang akan dimaksimumkan bagi proses breeding disamping pengunaan induk kandang yang sedia ada. 

Untuk permulaan baru bagi induk Dara ini, SMk memadankan PS dengan Induk Dara BOTB jr. Proses ini bukan hanya untuk mendapatkan anak tetapi proses ini adalah sebagai didikan kepada Induk BOTB jr untuk menjadi induk dan melalui proses pusingan kesuburan, bertelur, mengeram dan membawa anak(Jika diizinkan Allah). 

SMk

Panglima Semariang


Anak ini mulai hari ini akan SMk namakan sebagai Panglima Semariang. Bedarah Bloodline Ara Terengganu anak ini mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi warna dan cuting tubuhnya. Ayam ini SMk anggarkan akan bersaiz ayam kategori A apabila dewasa nanti. 

Anak ini juga telah dirisik dan dalam pantauan SMk. SMk hanya akan melepaskannya jika harga yang ditawarkan adalah sesuai pada hemat SMk. Ini kerana anak-anak ini tidak melalui sebarang proses urutan semuanya melalui proses semulajadi.

SMk

Sri Salak


Anak ini semakin positif dan stabil diatas meja. Ayam ini telah dirisik oleh beberapa pihak. SMk akan melepaskannya jika dirasakan harga yang ditawarkan adalah sesuai dengan anak ini. Tubuh anak ini agak menarik dengan cuting yang jelas dah nampak berbanding anak ayam seusia dengannya. Oleh itu, jika dilatih dengan baik, anak ini mungkin akan menjadi peserta bon yang baik.

SMk

FireShahBandar


Induk yang dimasukkan bersama FireShahBandar telah mula bertelur, semoga kita akan dapat melihat hasilnya nanti dalam tempoh 2 atau 3 bulan yang akan datang. Pada ketika ini, FireShahBandar masih belum meluruh sepenuhnya. 

Kebaikan FireShahBandar yang jelas ialah ianya seekor ayam jantan yang bertubuh seketul dan mempunyai kaki yang memang tegak. Ayam ini juga rajin berkibas. Apa yang menarik pada SMk tentang FireShahBandar ialah, ayam ini tidak melalui sebarang proses urutan dan latihan. Tubuh dan cuttingnya hadir secara semulajadi dan ayam bergini pada hemat SMk melalui pengalaman yang ada sejak 90an.. SMk mendapati ayam semulajadi lebih mudah untuk menurunkan anak-anak yang mengikut aksesori, tubuh badan dan perangai bapanya. 

Oleh yang sedemikian, FireShahBandar akan dikekalkan sebagai aperantis pembaka bagi reban SMk. 

Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Aamin.

SMk

Sold Out


Seekor ayam siap game telah dijual kepada Cikgu Shahrin Sebandi Matang Asajaya. 


Semoga terus bermanfaat hendaknya bagi pemilik barunya nanti. 

SMk

Sunday, 22 July 2018

Line Fire


Dah mula memberi respon walaupun kali pertama naik meja, ciri-ciri Fire memang nampak dengan ayam yang slim dan bertubuh tinggi. Semoga terus sihat dan boleh SMk bawa ke pertandingan Ayam Serama sekitar Sarawak nanti, Insya Allah.

SMk

Line Ara Datang Lagi


Batch kedua line Ara kali ini juga mentas dengan kali ini menurunkan empat ekor anak. Seperti Batch pertama, walaupun bapak dan induk berwarna dan berdarah Ara namun anaknya tetap putih da besar kemungkinan akan menjadi seperti batch pertama iaitu membesar sebagai seekor ayam berwarna kuning.


Ini adalah seekor dari abangnya yang masih dalam jagaan dan latihan oleh SMk. 

SMk

Keindahan Ayam Serama


Syukur Alhamdulillah rezeki masih ada untuk SMk didalam dunia serama dengan kehadiran ayam-ayam yang berpontensi. Syukur pada Allah, Maha Pencipta dan Maha Berkuasa.  Seperti yang SMk selalu katakan, didalam breeding ayam serama, tidaklah sukar untuk peminat menghasilkan ayam yang cantik dan sihat. Namun akan ada halangan besar iaitu bila ayam cantik tetapi tidak memiliki gaya yang sesuai. Disini lah kesabaran dalam  berserama mengajar kita lebih menjadi matang dan sentiasa redha dengan nikmat pinjaman Allah. Sentiasalah bersyukur keatas nikmat yang Allah berikan kepada kita peminat serama.



Jangan sekali-kali melakukan penganiayaan dan membedakan makan minum ayam game atau ayam biasa. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kita lakukan. Oleh itu, berilah kasih sayang yang sama rata dan secukupnya kepada semua haiwan peliharaan kita. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah S.W.T Aamin.

SMk

Sold Out


Dua ekor ayam ini telah dijual semalam, semoga berjasa ditangan tuan barunya. Ayam ini terutama anak remaja gambar bawah jika dilatih dengan baik akan pasti menyerlahkan kejayaan di pertandingan ayam serama yang diadakan dimasa akan datang.

SMk

FireCroc Jr.


Anak FireCroc Juara Remaja Pertandingan Ayam Serama di Simunjan 2017 pada tahun lalu. Anaknya tidak payah diurut dan selam dengan sendirinya, Insya Allah ayam ini juga siap sepenuhnya untuk Pertandingan ayam serama sekitar bulan Ogos nanti.



SMk

Berlepas Ke Daerah Song


Satu jantan, dua induk telah berpindah ke rumah baru di Daerah Song Sarawak pada 20 Julai 2018. Selamat sampai disana dengan sihat. Semoga hobi berserama terus berkembang biak dengan baik dan meriah. 

SMk

Line Ara


Ayam ini masih didalam rawatan dan latihan. Insya Allah akan dibawa ke Pertandingan serama dalam tempoh yang terdekat nanti.


SMk

FireShahBandar


Ayam Muda ini, diikutkan hendak dibawa kepertandingan serama, namun kerana ekornya lambar meluruh dan menyalin bulu baru SMk jadikannya sebagai pembaka. Ini kerana ciri-cirinya yang sangat baik seperti balung dan kepala yang cantik dengan bersubang putih. Manakala ayam ini juga memiliki tubuh seketul yang sangat positif. Semoga ciri-cirinya boleh diperturunkan kepada anak-anaknya nanti.

SMk

Induk Mengasuh Anak


Sejak awal Jun sehingga kini ada banyak induk SMk yang telah mengeram dan membawa turun anak. Namun seperti biasa, anak-anak tetasan direban SMk tidaklah mewah seperti reban lain dimana selalunya seekor induk hanya membawa 2 atau kadang-kadang 3 ekor sahaja. Namun, walaupun limited, anak-anak tetasan amat berkualiti dan boleh dibawa ke game.

Sehingga kini anak-anak bawah jagaan induk adalah sebanyak 13 ekor. Semuanya akan mula nampak cuting sekitar sebulan lagi insya Allah.

SMk

Sri Salak


Sri Salak telah mulai diasingkan dari induknya bermula semalam. Masih dalam pengasingan dan dipantau rapi. Insya Allah dalam masa 2 minggu lagi akan mula memberi respon dan mula bergaya dimeja. 

Anak ini akan boleh dimainkan pada game PKKASK dihujung bulan Ogos nanti. 

SMk

Tuesday, 10 July 2018

Bon SukaSuki Sebandi, Asajaya

Pada 8 Julai 2018 yang lalu, SMk dan ahli PKKASK telah meraikan pertandingan SukaSuki di Rumah Cikgu Shahrin selaku tuan rumah untuk kali ini.


Pada kali ini, format pertandingan diadakan secara naik meja mengikut kategori kemudiannya selepas cukup 1 minit 15 saat post mortem terus dilakukan secara terbuka bagi maklumbalas antara dua arah antara pengadil dan pemilik ayam agar lebih bersedia untuk pertandingan yang akan datang.


Berikut adalah beberapa contoh postmotem yang dilakukan secara terbuka dan diterima dengan positif oleh ahli yang hadir.









Secara keseluruhannya, SukaSuki kali ini telah memberikan impak yang positif kepada ahli yang terlibat dengan beberapa sesi soal jawab bukan hanya berkenaan skema markah tetapi juga meliputi cara-cara breeding dan perubatan ayam.

SMk

Wednesday, 4 July 2018

Tetasan inkubator



Hari ini bermula tetasan inkubator bagi line BOTB Sadong Jaya. Batch ini adalah merupakan batch ke6 bagi reban SMk di Kuching Sarawak. Setelah menetas semuanya nanti, termasuk induk yang tengah mengeram, jumlah tetasan akan menentukan samada anak-anak ini nanti akan kekal direban atau akan dilepaskan untuk jualan sebahagiannya.

Ini kerana direban SMk ini, peratusan tetasan setiap bloodline akan menentukan jumlah yang akan disimpan. Jika banyak untuk setiap batch barulah dilepaskan jika tidak ianya hanya akan dikekalkan sebagai pelapis reban.

Tuesday, 3 July 2018

Maklumbalas sahabat



Setelah mengunakan ubat yang SMk kirim, dan mengunakannya dengan cara dan teknik yang SMk tunjukkan, ayam beliau menjadi sangat aktif, sihat dan mukanya pun merah.

Syukur Alhamdulillah SMk ucapkan.

SMk

Monday, 2 July 2018

Family BlackRose



Ni adalah second batch bagi pasangan BlackRose, kali ini rasanya macam 2 ekor anak betina. First batch yang lalu, pasangan ini dapat menurunkan 2 ekor anak jantan yang mempunyai cuting game.

Seekor telah dijual dengan kawan SMk semasa anak B manakala, seekor lagi masih SMk simpan bagi tujuan identifikasi baka ini dimasa datang.

Insya Allah dalam 2 3 minggu lagi, anak pasangan ini boleh diasingkan dan dimasukkan semula dengan BlackRose bagi meneruskan program breeding yang telah dirancangkan bagi tahun 2018.

SMk

Sunday, 1 July 2018

Pelapis Induk Reban




Ada lebih kurang, 7 ekor induk pelapis reban yang SMk akan simpan untuk breeding dimasa akan datang. Beberapa ekornya adalah seperti pada video yang dipaparkan diatas. Ada beberapa inividu yang bertanya tentang induk ini, namun demikian, SMk hanya akan melepaskannya jika harga yang ditawarkan adalah bersesuaian. Jika tidak SMk akan menyimpan dan mengunakannya untuk breeding program dimasa akan datang.

SMk

Anak BlackRose

Sedikit Update berkenaan anak BlackRose batch pertama yang SMk namakan sebagai line Ara. Walaupun anaknya tidak membawa warna ara tetapi cuting tubuh anaknya sangat mirip menyerupai bapanya BlackRose. 


Masih belum diasingkan


Sehari sebelum dipisahkan, abangnya dibeli sahabat SMk


Video terkini

Secaraamnya, SMk sangat berpuasa hati dengan Line Ara yang telah BlackRose turunkan direban SMk, Insya Allah ada beberapa ekor anak yang akan menguatkan warna Ara yang telah menampakkan hasilnya.



Keluarga besar Line Ara

Untuk ibu dan anak ini, SMk akan asingkan dalam tempoh 2 minggu lagi dan akan dimasukkan kembali dengan Pembaka Utama Line Ara iaitu BlackRose.

SMk

DirtyAryan Jr.1

Setelah hampir sebulan lebih masa berlalu DirtyAryan Jr1 semakin berubah dan lebih positif dari dulu. 

Masih belum diasingkan



Setelah diasingkan dari adik tinanya.



Selang Seminggu dari video yang sebelum ini



Semakin berubah kearah positif

Sekarang DirtyAryan Jr.1 semakin positif dengan mula melakukan beberapa kibasan sesuai dengan ayam yang telah mula berciri-ciri kategori ayam Remaja. Insya Allah SMk akan bawakan anak reban ini ke game sukasuki pada 8 Julai 2018 yang akan diadakan di kampung Sebandi, Asajaya.

SMk

SOLD OUT

Salam SMk ucapkan kepada pengunjung blog dan sahabat yang mengunjungi laman SMk ini. Setelah sunyi sepi sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, hari ini SMk update semula perkembangan yang telah lepas tetapi sempat SMk masukkan pada post di FB.

Pada 6 Jun 2018 yang lalu, SMk telah membuka jualan untuk anak reban dari line Ara dengan harga RM800 dan telah dibeli oleh sahabat SMk bersama-sama dengan adik kepada DirtyAryan Jr cuma berbaza ibu.

Line Ara


Adik kepada DirtyAryan Jr. (Lain Ibu)

SMk