Tuesday, 30 October 2018
Mesyuarat PKKASKS
Semalam SMk, Akub dan Aman Apm dari Kuching, menghadiri mesyuarat di Kota Samarahan bersama-sama ahli yang lain yang datang dari sekitar Asajaya dan Sadong Jaya. Alhamdulillah, beberapa agenda dapat dibincangkan dengan suasana yang positif dan amat baik sekali.
Perbincangan adalah lebih tertumpu kepada penganjuran pertandingan yang bakal dijalankan di Asajaya Town Square. Segala persiapan boleh dikira telah disediakan cuma beberapa perkara yang perlu diperhalusi bagi memastikan perlaksanaannya.
Tarikh bon Asajaya Town Square telah ditetapkan pada 11 November 2018, SMk mengharapkan sambutan kali ini lebih meriah dengan adanya 8 kategori yang dipertandingkan nanti lebih membuka ruang kepada peminat untuk menyertai pertandingan kali ini.
SMk
Monday, 29 October 2018
Pengadil Pertandingan di Summer Mall
Pada hari Sabtu yang lepas, SMk telah dijemput sebagai Pengadil bagi pertandingan ayam serama anjuran KPASS di Summer Mall. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan amanah dapat dilaksanakan dengan lancar.
Pada pertandingan ini juga, SMk sempat berbicara dengan Abe Suh dari Kelantan tentang perkembangan ayam serama di Sarawak khasnya. Beliau juga menasihati SMk dalam beberapa perkara yang SMk rasa amat berguna sekali sebagai ukhwah terutama dalam permainan ayam serama secara amnya. Abe Suh memang seorang yang amat positif dan amat mendokong industri serama.
SMk dengan ini mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang kurang berjaya boleh cuba lagi ipertandingan ayam serama anjuran PKKASK di Asajaya pada 11 November 2018 nanti.
SMk
Tuesday, 23 October 2018
Persiapan Pengadilan
Beberapa minggu yang lepas, SMk telah berusaha untuk design baju untuk kegunaan pengadil. SMk tidak membuat pengumuman untuk dibuka tempahan kerana setakat ini pengadil yang ada cuma SMk seorang bagi PKKASKS. Semoga dengan adanya baju ini akan membuka hati dan minat bagi ahli-ahli lain yang mahu menceburkan diri sebagai pengadil bagi pihak persatuan.
Hari ini juga, SMk telah membuat salinan kertas keputusan skema bagi digunapakai untuk pertandingan yang bakal diadakan. SMk membuat keputusan, kertas skema sebaiknya dibuat salinan dengan banyak mengunakan mesin fotostat bagi memudahkan SMk berbanding print out dari komputer setiap kali hendak digunakan. Cara ini juga memang diamalkan disemenanjung, dimana borang skema telah disediakan lebih awal untuk kegunaan beberapa bon.
Cara ini juga lebih memberi ketenangan dan lebih menyenangkan.
Tuesday, 16 October 2018
Monday, 15 October 2018
Pertanyaan Apple Sayap Lempar
Pagi ni mcm biasa.. menjawab persoalan dari sahabat sehobi.. ada yang bertanya bab makan minum ayam, jantan panjat tetapi tidak berbenih dan yg paling menjadi panas ialah bila menyentuh bab kedudukan sayap atau cuting.
Ditambah topik yg hangat bila bab kedudukan sayap, nak cantik kedudukan sayap, tubuh semestinya 'jantung pisang' bkn lagi apple..
Pandangan SMk.. sebab tubuh apple kalau sayap kedepan pun.. nampak tidak sesuai lagipun dada dibahagian depan. Sebab kedudukan tubuhnya 45 darjah. Kalau tubuh jantung pisang selalunya kedudukan tubuh melebihi 45 darjah ada yg 90 darjah pun ada...maka dengan sendirinya kedudukan mata ayam lebih dari kedudukan kaki masa berdiri tambah lagi kalau sayap salam, nampak sesuai..dada pun kedudukannya diatas, betul-betul dibawah paruh. Tambah lagi kalau selam.
SMk mohon maaf jika tersalah bahasa dan gaya penyampaian. Kerana saya kalau bab serama, saya transparent tak favour mana orang atau baka.. tiada selindung fakta. Jadi jika salah dan agak keras penerangan saya. Saya mohon maaf. Saya cuma hendak bersifat ikhlas dan berlaku jujur. Jujur didalam pengetahuan yg setakat saya tahu. Sb, jenis saya, saya akan beritahu, jika saya tahu. Jika tidak tahu saya kabarkan saya tak tahu. Semoga senantiasa dilimpahi rahmat Allah.
Kadang-kadang fakta yang benar jika diketahui memang menyakitkan hati biar pun betul. Semoga kita sama-sama bersabar kerana semuanya nikmat dan izin Allah.
SMk
Sunday, 14 October 2018
Thursday, 4 October 2018
Wednesday, 3 October 2018
Persoalan sahabat
Pertanyaan dari sahabat,
1. Abg man biar betul.. abg man guna ayam masuk muda utk breed, nanti kaki lemah.
Jawapan SMk
SMk tak galakkan kawan2 untuk mengikut apa yang SMk lakukan. Setiap reban ada kebiasaannya sendiri dari sekecil kecil perkara hingga ke penjagaan, makanan dan suplimen.
Tetapi kenapa SMk lakukan?
Ini bergantung kepada anak reban masing-masing. SMk amat teliti dalam penjagaan anak reban SMk oleh itu ayam lemah kaki amat jarang terjadi direban SMk. Bukan kerana SMk pandai atau tidak, tetapi sebenarnya jika ayam dijaga sebaik mungkin dengan ikhlas, masalah seperti lemah kaki tidak akan berlaku. Pastikan anak reban dari umur 1 minggu dijaga rapi dengan makanan dan supplimen yang sesuai mengikut peringkat umur sehingga dewasa, bukan hanya ayam game perlu supplimen tapi semua ayam direban. Tiada istilah pilih bulu.. semua sama, tiada darjat.. Insya Allah ayam akan sihat dan gagah serta mempunyai daya tahan terhadap penyakit.
2. Kenapa abg man kata kalau guna breeding vita terlebih ayam akan rosak?
Jawapan SMk
Breeding vita itu adalah suplimen yang terbaik untuk induk bertelur. Ianya amat baik untuk kesuburan dan mendapatkan telur yang keras.
Kalau dah baik? Jadi apa masalahnya?
Masalahnya, pil tersebut diformulasi untuk ayam laga yang majoriti tahu berat dan saiz ayam laga adalah amat berbeza dengan ayam serama.
Jadi pengambilan ubat tersebut jika tidak diberi secara betul pasti akan ada side effect. Tambah lagi, melibatkan sistem kesuburan induk. Oleh itu jumlah peberiannya perlulah disesuaikan dengan induk serama seperti cuma diberi 1/3 pil untuk selang 2 hari atau setiap hari mengikut keadaan induk. Seperti juga pemberian pil cacing, kesan yang terbaik adalah pemberian pil mengikut saiz atau berat ayam.
Apa kesan kepada induk jika diberi berlebihan?
a. Induk akan bergantung kepada pil setiap kali utk breeding..
b. Jika berlebihan...induk akan menghasilkan telur yg banyak.. yang menyumbang kpd induk lambat mengeram, telur menjadi terlalu byk hingga tiada benih jantan. Dan pusingan kesuburan induk terganggu..
c. Ini akan memendekkan usia induk dalam bentuk perkiraan kesuburan, Jika induk biasa blh subur sehingga 3 4 tahun.. Induk yang mengunakan breeding vita akan kurang kesuburannya kpd 2 atau hampir 3 tahun sahaja.. dan senantiasa perlu diberi breeding vita bg membolehkannya bertelur dan terlalu bergantung kpd ubat seterusnya menghasilkan anak2 yg kurang daya tahan kpd penyakit.
Jangan kata SMk anti breeding vita, bukan.. SMk antara penjual terdahulu pil ini iaitu sekitar 2010 - 2013. Cuma yang perlu dititik beratkan, jumlah dosage mestilah bersesuaian dengan induk.
SMk
Monday, 1 October 2018
Rawatan Khas
Semalam SMk telah menerima seekor ayam dari sahabat utk dirawat dan dibreed Insya Allah SMk akan cuba lakukan sebaiknya.
Line Fire 2.0
Umur 2 tahun ++
Penyakit Makan telur
Pagi ini SMk telah melihat dan melakukan pemeriksaan fizikal dan mendapati induk ini dalam keadaan yg masih underweight utk breed. Dubur bersih, selera makan masih kurang kerana makanan petang semalam masih ada baki dalam bekas makanan. Ayam nampak positif.
Induk ini mulai hari ini telah diberi
Tulang sotong (suapan)
Madu (3ml 3/7 hari)
Ubat cacing
Vitamin dan suppliment.
Apa yang penting, harapan SMk adalah agar induk ini tidak pernah diberi pil kalsium. Jika tidak pernah diberi pil kalsium & breeding vita(overdose), peratusan sembuh adalah tinggi.
Perkembangan semasa akan SMk update dari masa kesemasa.
SMk
Kertas Markah
SMk sangat tertarik dengan borang ini kerana pada kertas markah skema dinayatakan dengan jelas pada catatan, "Pengadil berhak membuat pemotongan markah, sekiranya ayam yang diadili diubahsuai, salah kategori atau dan bertanding melebihi satu kali melainkan dengan kebenaran penganjur".
Penjelasan seperti ini, dapat membantu dalam penilaian yang lebih telus. Sebagai contoh, jika pihak penganjur memberi kelongaran jika ayam salah kategori boleh ditukar kategori, maka ianya boleh dilakukan asalkan atas kebenaran penganjur. Sebagai pengadil tugas utama adalah menilai ayam. Maka jika dimaklumkan oleh penganjur awal, maka perkara ini amat memudahkan kedua belah pihak.
SMk sangat bersetuju dengan meletakkan catatan seperti itu pada borang markah kerana lebih menjamin ketelusan bagi pihak semua peminat yang mendaftarkan ayam mereka untuk pertandingan.
Subscribe to:
Posts (Atom)