Wednesday, 10 May 2017

Post Mortem selepas Bon Melaka



Pada Ahad dan Isnin yang lepas ada dua perjumpaan yang telah dilakukan sebagai Pre Post Mortem dan Post Mortem. Pre Post Mortem dijalankan dirumah SMk pada Ahad dengan dihadiri oleh Rizal Fahamee dan Zack Zacarea. Beberapa perkara telah disentuh, terutamanya bab kerjasama dan pergerakkan ke tempat bon.

Post Mortem dijalankan pula esoknya dirumah Joe Serama kampung Padang pada hari Isnin dengan dihadiri oleh tuan rumahnya, SMk, Syam, Azizul dan Rizal Fahamee. Beberapa perkara telah diperhalusi termasuk sedikit catitan bagi markah ekor ayam muda dimana lawi harus dipotong atau disama ratakan dengan bilah ibu dan sebagainya. Pemilihan untuk menyertai bon juga harus dilakukan dengan tepat sebagai satu langkah untuk memaksimakan kepuasan dalam penyertaan, dimana mengambil kira ayam yang disiapkan, jarak perjalanan, hadiah dan sebagainya.

Pada hari tersebut juga SMk telah merawat masaalah ekor ayam Azizul dan anak A ayam Joe yang mempunyai masalah rusuk sebab tarik terlalu awal. Untuk penyertaan kali ini, boleh dikira wakil-wakil kuantan ini telah berjaya dalam menyiapkan ayam bagi kali ini. Namun persediaan awal dan terancang merupakan penyumbang yang terbesar dalam kejayaan di bon.

SMk

Kebersihan adalah asas utama reban Serama


Kebersihan reban dan penyelenggaraan reban amatlah perlu dititik beratkan. Seperti semua ahli-ahli GBN termasuk SMk dan sahabat GBN SMk iaitu Abe Lean juga turut meletakkan perkara ini sebagai keutamaan. Semoga peminat baru dan lama boleh mengambil positif tentang perkara ini. Walaupun nampak simple tetapi ianya perlu dilakukan jika hendak mendapatkan hasil reban yang terbaik dan sihat serta cergas. 

Credit Abe Lean untuk video.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Terengganu



SMk

Monday, 8 May 2017

Pertandingan Ayam Serama Putrajaya



SMk

Short Clip from BBC


Chicken BodyBuilder

Dara O'Brian dan Ed Byrne berjumpa dengan Ayam Serama terbaik Malaysia di Bon Keramat.

SMk

Anak Didik SMk



Anak-anak didik atau pelapis SMk yang telah SMk jaga dan bantu dalam ilmu serama telah menyertai Bon Melaka anjuran KPSM pada 6 Mei 2017. Pergerakkan ke bon kali ini telah terbahagi kepada dua buah kereta. Pergerakkan pertama ke Melaka telah didahului oleh Zali, Rizal Fahamee dan Alang dan tiba diMelaka sebagai peserta terawal yang sampai di bon tersebut.

Pergerakkan kedua iaitu Joe, Syam dan Apis Pasir Mas telah tiba di destinasi bon sekitar jam 10 pagi. Segalanya berjalan lancar dengan persediaan dan pendaftaran awal telah dilakukan seperti apa yang dirancang sebelum pergi ke bon Melaka.


Ayam Apis Pasir mas telah menyertai bon dengan memasuki kategori ayam Perdana (Ori), dan telah mendapat tempat keempat dan seterusnya lekat saguhati. Apa yang menariknya pada SMk ialah ayam ini merupakan adik beradik kepada baka Godic yang SMk miliki di kampung halaman. Maka ini membuktikan kata-kata SMk bahawa, ayam SMk dikampung juga selam tetapi tiada sentuhan malahan tiada bantuan jarum didalam menjaga ayam baka ini. Ini kerana ayam baka Godic ini jika dikawin dekat akan mudah selam sendiri dan tidak memerlukan banyak usaha untuk mendapatkan cutting selam berbanding jika di cross.


Ini pula ada seekor lagi ayam kategori perdana milik Alang Kuantan yang turut menyertai pertandingan tersebut. Ayam ini telah mendapat tempat ketiga dan kalah kepada ayam milik Pok Ki melaka tempat kedua dan SG Ramal ditempat yang pertama. Ayam ara milik Alang ini sebenarnya berasal dari reban Abe Sedi Serhan (Bunut Susu, Kelate) yang telah dijual kepada Alang semasa anak B. Ayam Ara ini mempunyai cutting yang amat baik sekali dan lock dengan baik.

Apa yang membanggakan SMk, adalah penerapan konsep bermain serama secara positif telah SMk peturunkan kepada anak-anak didik dan pelapis SMk dan mereka telah berjaya ke bon dengan ayam ori. Kerana banyak player atau breeder sedia maklum, sukar untuk mendapatkan ayam-ayam yang selam tanpa sebarang modifikasi. Justeru itu, ianya amat memberi satu kebanggaan kepada SMk dan kawan-kawan.

Rombongan sahabat SMk kali ini turut mendapat dua saguhati untuk kategori anak iaitu zali dan Rizal Fahamee. Tahniah kepada semua yang berjaya, kepada yang kurang berjaya boleh berusaha dan mencuba di pentas bon yang lain.

SMk

Musim Mengeram


Alhamdulillah, banyak betina muda telah mula mengeram iaitu sebanyak tujuh induk muda berbagai baka atau dari beberapa reban yang telah SMk perolehi termasuk Fire. SMk masih memerlukan banyak pelapis betina bagi memenuhi kuota sebanyak 60 ekor betina aktif.

Oleh itu SMk amat mengharapkan agar hasil breeding ini akan banyak membuahkan hasil dan banyak anak-anak tina. Induk-induk Muda ini walaupun mengeram, tetapi telah dijaga dengan baik sekali hinggakan tiada seekor pun yang bermuka pucat. Semuanya nampak segar dan sihat.

SMk

Thursday, 4 May 2017

Teknik Jualan

Baru-baru ini, oleh kerana SMk telah tiada ayam di Kuantan maka SMk mula melihat-lihat hobi lain yang boleh SMk ceburi sebelum berhijrah ke Sarawak dalam 2 atau 3 bulan nanti. Maka SMk telah melihat-lihat diFB hobi seperti ikan hiasan kerana SMk juga mempunyai pengalaman dalam dunia ikan hiasan sebelum ini.

Semasa melihat-lihat di FB SMk dapati cara jualan ikan hiasan seperti ikan Betta mempunyai cara yang cukup menarik. Disamping dijual secara personal melalui pm SMk dapati breeder dan player ikan Betta juga mengadakan Bidding untuk jualan bagi menaikkan harga ikan-ikan mereka. Cara ini SMk dapati amat baik jika boleh dipraktikan kepada Ayam Serama.

Namun bagaikan kejutan, ada juga pada hari ini cara jualan melalui bidding dilakukan oleh penjual serama pada hari ini juga. Mungkin kebetulan..



Tetapi pada SMk ini adalah satu cara yang amat baik dan kalau boleh diteruskan dengan meluas digroup jualan ayam serama yang lainnya. Agar jualan sebegini dapat menaikkan harga ayam serama yang selama ini dikatakan agar merudum walaupun sebenarnya SMk kurang bersetuju. Sebab pada SMk, jualan adalah terpulang kepada si penjual meletakkan berapa pun harganya. Kerana hanya penjual mempunyai hak mutlak keatas barang-barangnya.

Jika pembeli berminat dan merasakan harga tersebut tinggi maka, sipembeli juga boleh membuat penawaran. Maka masing-masing mempunyai hak keatas ayam dan duit masing-masing.

Sebagai rumusan, SMk berharap cara bidding dapat digunapakai untuk penjualan serama selepas ini dan digunapakai secara meluas. Semoga harga ayam serama dan permintaan terhadapnya akan terus meningkat.

SMk