Sunday, 5 July 2020

Pertanyaan Peminat tentang Induk Sihat & Ayam Sakit Mata


Assalamualaikum selamat pagi sahabat SMk, hari ini SMk berpeluang menjawab dua pertanyaan iaitu mengenai macam mana untuk kita memastikan induk kita sihat dan benar-benar boleh menjadi induk yang baik, dan satu lagi soalan tentang macam mana cara merawat ayam sakit mata direban.

SMk

Saturday, 4 July 2020

Mesyuarat mencadangkan Penganjuran Pertandingan Ayam Serama


Pada jam 3 petang tadi, SMk dan sahabat iaitu saudara Amzah Jon telah menghadiri satu mesyuarat di Surau Taman Alamanda Malihah untuk cadangan Penganjuran Pertandingan Ayam Serama dengan kerjasama Ajk penduduk Taman Alamanda Malihah. Dengan kesempatan yang diberikan, SMk telah cuba menerangkan serba sedikit mengenai cadangan penganjuran pertandingan tersebut. 

Walaupun agak ringkas, namun SMk merasakan semua yang hadir faham akan perkara yang dicadangkan dengan baik dan positif. Akhir sekali ianya terpulang kepada pihak Ajk Taman tersebut untuk membuat penilaian seterusnya samada hendak meneruskan atau tidak. 

Bagi pihak persatuan, SMk mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada KK Abd Talib atas kesempatan dan ruang yang beliau berikan kepada pihak PKKASKS, dan terima kasih juga SMk ucapkan kepada saudara Amzah Jon kita diatas usaha yang beliau lakukan bagi mendapatkan peluang tersebut. 

Apa yang penting sebagai sebuah persatuan, PKKASKS telah berusaha dengan mempromosikan pertandingan serta hobi ayam serama ini kepada masyarakat setempat. Semoga sambutan akan lebih baik dimasa akan datang. 

SMk


Wednesday, 1 July 2020

Cadangan Pertandingan Ayam Serama di Taman Malihah


Sebentar tadi, SMk telah berjumpa dengan sahabat serama SMk iaitu Amzah Jon, bagi menyerahkan kertas kerja penganjuran pertandingan ayam serama di Taman Malihah. Menurut Amzah Jon, perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat KK nanti pada hari Ahad. Semoga dipermudahkan urusannya. Aamin. 

Semasa berbincang di Sahabat Khan tadi juga, SMk dan Amzah Jon didatangi oleh seorang lagi sahabat serama iaitu saudara Manto. Sembang serama terus rancak dan menarik. Semoga sahabat-sahabat SMk terus ceria dengan hobi ayam serama dan menikmati hobi tersebut dengan kepuasan dan keseronokan. 

SMk

Inkubator Ayam Serama


Hari ini, SMk menjawab persoalan tentang pengunaan inkubator untuk ayam serama. Semoga jawapan dan tips serta pengalaman yang dikongsikan turut bermanfaat kepada sahabat-sahabat SMk yang menonton video tersebut. 

SMk

Sunday, 28 June 2020

Pertanyaan "Balung Ayam Serama"


Assalamualaikum peminat ayam serama dan sahabat-sahabat SMk, Alhamdulillah untuk hari ini SMk dapat menjawab satu soalan dari sahabat kita berkenaan tentang balung ayam serama. Klik video diatas untuk informasi lanjut. 

SMk

Saturday, 27 June 2020

Baju Ayam Serama SMk


Mulai hari ini, SMk akan mengunakan brand ini sebagai base untuk mana-mana pakaian keluaran SMk terutama untuk koleksi peribadi SMk sendiri. Hari isnin nanti, SMk akan membuat satu baju yang baru dengan refresh sedikit logo dan lambang yang baru sebagai satu trademark dan akan dijual kepada peminat yang berminat nak memiliki baju ayam serama. 

Lambang atau gambar ayam yang dipilih sebagai gambar utama tidak akan mengikut warna sebenar, dimana ianya akan diwarna mengikut teknik brushing supaya baju tersebut menjadi satu baju yang boleh digunapakai sesiapa sahaja tanpa mengira baka dan sebagainya. 

Insya Allah setelah siap nanti SMk akan upload diblog dan dibuka untuk tempahan kepada mereka yang berminat nanti. 

SMk

Friday, 26 June 2020

Ayam Serama 8 Tahun


Ayam ini merupakan ayam tertua direban Serama Man k (SMk) sekarang. Ayam ini mempunyai sejarah yang panjang bersama SMk. SMk berada di Semenanjung lebih kurang hampir 20 tahun dan berada di kauntan saja hampir 13 tahun. Manakala ayam ini bersama SMk di Kuantan lebih kurang 4 tahun disana, SMk memeliharanya sejak dari tetasan ibunya dan ayam ini merupakan anak reban SMk di Kuantan. Apabila pindah ke Kuching Sarawak, ayam ini turut SMk bawa dan kini (sehingga post ini ditulis) SMk akan genap 4 tahun  menetap disini pada bulan Ogos nanti. 

Oleh itu, usia ayam pembaka ini akan mencapai usia 8 tahun. Syukur Alhamdulillah, ayam ini memang banyak jasanya dengan menurunkan banyak anak-anak yang berpotensi ayam game. Kebanyakan anaknya dibawah jagaan SMk memang banyak yang mendapat top 3 di pertandingan yang SMk sertai. 

Ayam Serama kalau dijaga dengan baik, cukup makan minumnya, supplimennya dan rawatannya tidak mustahil ayam serama anda turut boleh mencapai usia yang panjang atas izin Allah. 

SMk

Baju Ayam Serama SMk 2020


Baju edisi ke 4 koleksi peribadi SMk telah mula diproses pada hari ini, semoga ianya cepat siap dan dalam keadaan yang terbaik. Kali ini, SMk memilih material kain yang lebih baik berbanding edisi yang lepas dan mengunakan sublimation pada rekaan kali ini. 

Produk ini adalah limited dan untuk kegunaan SMk terutama semasa mengadakan sesi video di Youtube dan blog SMk. Jika ada sahabat yang berminat, SMk hanya akan menerima tempahan tersebut untuk rakan-rakan yang benar-benar berminat sahaja. 

Kita tunggu nanti dah siap, kita lihat macam mana hasilnya nanti. Insya Allah SMk akan update baju tersebut sebaik sahaja menerimanya nanti dari pihak kedai. 

SMk

Thursday, 25 June 2020

Forcast baju SMK

SMk telah ada beberapa siri baju yang SMk design sendiri dan pernah digunapakai oleh SMk pada beberapa siri game sejak beberapa tahun dulu (semasa SMk di Kuantan Pahang).Kini, SMk telah membuat satu design baru dan rebranding reban SMk selari dengan akaun Youtube SMk. 

Ini bermakna baju tersebut adalah lebih kepada untuk kegunaan SMk semasa membuat video di akaun Youtube dan rasanya akan digunapakai sepanjang tahun 2020. 

Bagi design versi 2020 ini, SMk mempunyai 2 jenis design, tetapi bagi projek yang awal ini, SMk cuma menempah satu design sahaja. Ini kerana SMk hendak melihat kualiti yang ada dikedai yang SMk telah tempah. Penilaian dari segi jenis kain, keselesaan dan sebagainya amat penting., kerana direban SMk cuaca agak panas dan kering. Oleh itu kualiti baju amat perlu, biar pun dengan bayaran yang sedikit tinggi, SMk masih boleh menerimanya. 

Kita tunggu baju yang SMk design siap nanti, Insya Allah SMk akan membuat satu review untuk baju tersebut untuk blog dan akaun youtube SMk. 

SMk