Tuesday, 31 March 2015

FireStorm



Mulai hari ini FireStorm telah dihantar ke Pekan, semoga berjasa pada tuan barunya disana.

Memang berat hati sebenarnya, tetapi apa kan daya.. tempat yang ada limited. Kesabaran dalam serama ni memang hadir dalam pelbagai ragam. Semoga SMk bertambah tabah dan tenang dalam melangkah ke hadapan dalam dunia serama.

SMk

Sunday, 29 March 2015

Projek 2015









Perancangan tahun ini, terpaksa mengorbankan FireStar dari persediaan Raja Serama Kenyir kerana diberi tugas sebagai pembaka jantan reban bersama-sama bapanya.

Semoga akan banyak menerbitkan darah-darah reban SMk dan meneruskan legasi yang agak cemerlang pada pandangan kecil kita.

Pastinya akan memeriahkan dunia serama SMk dengan lebih positif dan mengembirakan hati. Insya Allah. Usaha kita lakukan, rezeki Allah pasti ada.

SMk

Bon ipoh






Alhamdulillah anak Vip dapat no3 kategori anak B.

Maka keseluruhan pencapaian anak Puteri Duyung adalah seperti berikut:
1. No 8 bon KB
2. No 2 bon Skudai Johor
3. No 5 bon Perlis
4. No 3 bon Ipoh

Insya Allah akan di bawa ke bon semula setelah remaja. Syukur alhamdulillah anak reban game telah berjaya dihasilkan dengan izin Allah.

SMk

Monday, 9 March 2015

Serama Tok Gajah

Semalam 8 Mac 2014, SMk turut menghadiri perjumpaan sembang petang di salah sebuah rumah ahli di STG di Bukit Rangin. Sambil bersembang, SMk juga membantu rakan-rakan STG yang mengalami masalah perawatan seperti Rusuk lari dan ekor senget.

Alhamdulillah semunya SMk lakukan dengan percuma dan penuh keikhlasan demi bersahabat dan memajukan STG supaya setanding dengan Persatuan dan kumpulan lain.

IMG-20150308-WA0057IMG-20150308-WA0080

Alhamdulillah, sempat juga mengajar cara-cara memegang ayam dengan betul bagi sahabat yang baru menceburi dunia serama, semoga segala usaha SMk lakukan ini walaupun sedikit dapat juga membantu kelestarian SeramaMania.

SMk

Monday, 2 March 2015

Baiki Rusuk

2015-02-25 16.02.352015-02-25 16.02.35-12015-02-25 16.22.382015-02-25 16.22.38-1

Pembedahan terpaksa dilakukan bagi membaiki Rusuk anak C kepada Princess Redland kerana ada perubahan pada rusuk dan nampak potensi membawa ke perubahan fizikal bagi kedudukan tungku.

Oleh yang demikian, keputusan drastik terpaksa di ambil bagi merawat agar ayam ini tetap sihat dan kembali sembuh seperti sediakala. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang maha kuasa, operation telah berjaya di lakukan dengan jayanya.

Setakat ini keseluruhan kondisi anak ini masih sihat dan bahagian yang di jahit telah beransur sembuh dan bercamtung dengan baik.

Jika umurnya panjang, nanti pasti akan di bawa ke Kenyir untuk pertandingan Raja Serama di Kenyir nanti iaitu pada 25 April 2015.

SMk

Technorati Tags: ,

Rezeki Bon Skudai

image

image

Syukur Alhamdulilah keatas rezeki yang Allah berikan, pencapaian anak-anak VIP nampaknya sungguh memberangsangkan. Kali ini VIP1 telah medapat kedudukan Naib Johan di Bon Skudai, Johor anjuran Kelab Serama Skudai pada 28 Feb 2015.

Bezanya dengan Juara adalah pada.. galak dan balung dimana kene potong 0.5 setiap koloum. Jadi sebanyak 1 point di potong. Maka bezanya mata anatara juara 63 manakala Naib Johan adalah 62 mata.

Keseluruhannya, anak ini memang amat membanggakan pencapaiannya, sesungguhnya terbukti, selain dari cutting maka baka memang memainkan peranan dalam mencorak cutting itu sendiri. Wallahuallam bisawaf.

SMk

Monday, 23 February 2015

Penyuntik semangat Bon Kenyir 2015

image

Persiapan untuk Kenyir telah bermula, semoga ada hasil yang positif. Biar pun tujuan SMk menyertai bon lebih pada mendapat maklumbalas untuk markah setiap ayam di reban SMk namun SMk akan tetap berusaha sebaik mungkin untuk persiapan setiap ayam agar ayam-ayam SMk benar-benar siap sedia. Kalau kalah pun pastinya kalah dengan puas hati dan bermaruah.

Untuk tahun ini SMk berniat untuk mendaftar sebanyak 4 ekor ayam bagi game yang akan datang ini. Semoga dipemudahkan Allah s.w.t hendaknya. Amin.

Technorati Tags: ,

VIP3 serama

Alhamdulillah, Vip3 Telah berjaya beraksi di meja pengadil buat kali pertama. Pada mulanya agak risau juga takut aank tu terjun tetapi akhirnya tidak. Walaupun pertama kali di letak di meja memang aank ini mempunyai cutting yang istimewa.

image

Keputusan, mendapat tempat yang ke 10 saguhati.

Technorati Tags: ,

Wednesday, 11 February 2015

Fire Family my VIP at home

image

Anak-anak Patinggan dan Puteri Duyung batch series 02/15. Nampak positif dan memberi harapan bila melihat cutting dan gaya anak-anak ini. Rasanya Vip5 ada potensi untuk menjadi seperti induknya. Kerana masa kecil induknya rupanya seperti sama. Semoga menjadilah hendaknya seperti series 01/14.

Saturday, 7 February 2015

Anak Splash

image

Seekor anak Splash dengan Patinggan, nampaknya perlu disimpan. Walaupun cutting nampak biasa-biasa  line dia ni biasanya dapat melahirkan generasi jantan yang cantik dan berperangai.