Thursday, 30 June 2016

FireOwl Updated


Nampaknya FireOwl semakin positif. Cuma perlu sedikit sentuhan untuk sayap dan tambat pada ekornya insya Allah boleh untuk menjadi calon bagi SMk nanti. Pasti hujung minggu ni SMk akan membawanya bersama-sama ke kampung isteri untuk berhari raya, kerana jika ditinggal takut ayam menjadi rosak dan sebagainya. Ayam yang ada potensi dan cepat beraksi dari anak amat perlu dijaga sebaiknya dan perlu teliti dalam latihan agar ayam tersebut tetap sihat dan top dalam persembahannya.

SMk

Saturday, 25 June 2016

Fuoco linea di sangue


Fire Bloodlines dari hasil reban SMk sejak 2008 sehingga sekarang. My own bloodlines..

SMK

Sunday, 19 June 2016

Rangkuman Seminggu Reban SMk 19/6/2016


SMk

Sepasang anak Fire


Sepasang line Fire yang masih tidak bernama dan masih dalam jagaan ibunya. Mungkin selepas raya nanti anak ini akan nampak lebih positif dan boleh ditengahkan jika kena pada masa dan waktu yang sesuai.

SMk

Anak MiszA400M


Ini adalah batch kedua anak-anak FireSpring12 vs MiszA400M dengan jumlah anak kali ini sebanyak 4 ekor. Semoga ada seekor jantan dan yang lainnya semua jadi tina. Kerana anak tina itu nanti akan dimasukkan dengan FireSpring12 semula untuk menguatkan darah Fire direban baru SMk nanti.

SMk

MiszIced


MiszIce milik Zack, telah mengeram dan kita akan nantikan adakah sebarang hasil buat induk muda ini. Adakah ianya membawa anak FireSharp bersamanya nanti. So.. we just wait and see.

SMk

FireOwl updates


Sepanjang seminggu ini FireOwl banyak menunjukkan sifat dan watak yang positif. Gaya semakin meningkat dan semakin galak dan masih sihat tanpa sebarang masaalah dengan rusuk, tuku mahupun kaki. Semoga terus sihat hendaknya.

Semasa anak B, balung FireOwl seakan-akan ada sedikit kecacatan iaitu bilah balung yang ketiga agak pendek dari kedua dan keempat. Tetapi sesuai dengan usianya anak C nak masuk remaja, kelihatan balungnya tumbuh membesar dengan baik dan bilah yang pendek tersebut telah membesar seperti biasa. 

Melihat kepada keadaan semasa yang ditunjukkan, insya Allah FireOwl memang mempunyai potensi yang amat besar mewakili reban SMk ke pertandingan-pertandingan selepas Hari Raya nanti.

SMk

Thursday, 16 June 2016

Berpindah Reban


Pagi ini 2 ekor ayam telah bertukar reban dari reban SMk ke 2 peminat ayam serama di Kuantan, Pahang. Ayam ini terdiri dari bloodline Fire iaitu FireAlpha dan seekor Induk line Vip.

Kotak coklat bertukar tangan kepada Pauzie tinggal dalam kem TUDM dan kotak Hitam kelabu bertukar tangan kepada Shalihin yang tinggal di Batu 11, Jalan Gambang.

Semoga kedua-dua ekor ayam ini berjasa kepada tuan-tuan baru masing-masing. 

SMk

Wednesday, 15 June 2016

Projek Setem Ayam Serama



SMk dan pengerusi PSTG membantu pihak Encik Jun dan Encik Khir dalam merangka jalan yang terbaik dengan memberi informasi serta gambar yang betul agar setem semperna Tahun Ayam pada 2017 nanti akan benar-benar mewakili komuniti Ayam Serama di seluruh Malaysia. Gambar yang dipilih adalah dari komuniti ayam serama terutama dari breeder-breeder dan player ayam serama di Malaysia.

Semoga segalanya berjalan lancar, dan bagi menguatkan lagi artikel serta gambar yang bakal diilustrasi oleh artis kepada lukisan setem. SMk telah memohon bantuan dari Dr Azhar UPM dan Dr Wazir bagi Consent supaya apa yang bakal diuatarakan nanti tidak akan dipertikaikan, seterusnya dapat mengukuhkan serta memertabatkan hobi ayam serama ini sebagai salah satu warisan kesenian Malaysia.

SMk

Monday, 13 June 2016


Alhamdulillah, Bloodline Fire 2.0 iaitu FireBlades Generation telah mula menampakkan hasil. Ayam ini memang telah dibreed dikampung dijaga oleh adik SMk tetapi dipantau rapi pembiakannya oleh SMk sendiri bagi memastikan Fire 2.0 ini berjaya menjadi kenyataan.

Pasti ada yang bertanya apa bezanya ayam ni dengan baka Ara yang ada? Macam special sangat...

Jawapannya selain kepuasan individu, SMk mengunakan darah Fire yang ada iaitu SUB/SG=Fire bagi mendapatkan warna ini dan tiada penglibatan baka ara langsung untuk projek ini digunakan. Semua Pembaka dan Induk untuk projek ini mengunakan anak reban SMk yang telah dihantar ke Sarawak pada tahun lepas. Dari segi cutting balung dan gaya memang menyerupai legasi Fire kuning yang ada. Cuma berbeza pada warnanya. Ketiga-tiga pejantan ini akan digunakan sebagai pembaka asas bagi meneruskan generasi FireBlade nanti direban SMk di Sarawak nanti. Tetapi bagi penyertaan game, SMk masih menumpukan Fire 1.0 (Kuning)  untuk tujuan tersebut.

SMk