Saturday, 31 March 2018

Berpindah tuan



Syukur alhamdulillah, anak reban SMk ini telah bertukar tangan ke utara Sarawak. Semoga berjasa hendaknya disana nanti. Batch ini banyak telah bertukar pemilik diantaranya berada di Tabuan FooChow, Jalan Tol Darul Hana, Bintulu dan Brunei.

SMk

Bloodline Fire (Fire Fuoco)


Pada 29hb yang lepas, sahabat dari utara tanah air, iaitu abg Yusof dari Gurun Kedah telah update mengenai ayam direban beliau. Ayam yang ada pada abg Yusof ini adalah ayam baka Fire yang SMk serahkan kepada beliau suatu masa yang dahulu. Menarik mengenai Fire adalah, balung yang amat mengoda dan merupakan salah satu tarikan yang sukar ditolak ketika memandangnya.


Setelah projek breeding baka-baka sohor dari semenanjung Malaysia telah berjaya dan mengeluarkan hasil yang amat positif, maka sekarang tibalah masanya SMk memneruskan tumpuan kepada Bloodline Fire dengan penambahbaikan yang sewajarnya terutama bab mengeluarkan anak-anak riang yang mempunyai balung yang menarik seperti legasi asal Fire sebelum ini. Oleh itu, SMk telah memilih beberapa induk Fire untuk memulakan projek ini dan dijalankan serta merta tanpa membuang sebarang masa.

Untuk maklumat terkini, baka Fire telah berada di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak (Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Lawas), Brunei, Dhubai, USA dan Italy.

SMk

Bloodline Rinting


Oleh kerana agak sibuk minggu lepas dengan pertandingan SukaSuki di Semera, Asajaya Sarawak maka SMk agak lambat untuk upate tentang bloodline Rinting yang telah menetas beberapa hari dahulu. 


Hari ini agak banyak masa, maka SMk update tentang bloodline Rinting ini. Keputusan tetasan yang terkini anak kepada induk pasangan Rinting SMk telah membawa turun sebanyak 4 ekor anak yang nampak agak sihat dan mempunyai potensi yang amat baik dari segi warna dan cuting insya Allah.

Induk ini akan dibiarkan bersama-sama anak-anaknya seperti induk SMk yang lain, sehingga induk tersebut mulai menolak anaknya maka jika itu berlaku barulah SMk akan mula melakukan proses isolation.

SMk


Anak DirtyAryan


Akhirnya, anak yang ditunggu-tunggu iaitu pasangan kepada DirtyAryan ini telah menetas dengan 2 ekor anak yang dieram secara semula jadi dan 2 ekor melalui pengunaan inkubator. Setakat ini, anak ini masih dalam keadaan yang sihat. 

Semoga dari tetasan ini SMk akan memperolehi seekor 2 anak jantan yang boleh meneruskan legasi DirtyAryan. Oleh kerana Game di Sadong Jaya telah ditunda kepada satu tarikh yang baru maka SMk telah memasukkan pasangan yang baru kepada DirtyAryan bagi mendapatkan lebih banyak hasilnya.

Anak-anak DirtyAryan akan disimpan, dan hanya dilepaskan kepada peminat serama yang benar-banar serius sahaja.

SMk

Thursday, 29 March 2018

Second Batch


Induk Ara ini telah menetas dan membawa anak kali kedua dengan pembaka jantan yang sama. Hasil anak pertama menunjukkan breeding yang dijalankan sebelum ini dengan amat positif sekali. Anak pertamanya 4 ekor telah banyak dilamar dan berpindah reban. Cuma tinggal seekor saja yang masih berada direban SMk buat masa ini.

Oleh itu, untuk tetasan kali ini SMk akan mengekalkan anak-anaknya direban dan tidak akan menukar hakmilik bagi anak-anaknya. Jika rezeki SMk murah, seperti yang dirasakan SMk, anak kali kedua pastinya akan lebih positif dan lebih menarik. 

Insya Allah, jika tiada halangan, SMk akan update lagi bagi anak-anak ini selepas sebulan nanti.

SMk

Tuesday, 27 March 2018

Pertandingan Ayam Serama di Sarawak



Pertandingan Ayam Serama di Sadong Jaya ini telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Harap maklum.

SMk

Monday, 26 March 2018

DirtyAryan legasi



Sekejap tadi, SMk mendapati ada anak menetas dan satu lagi telur dah mula menebuk cengkerang telurnya. Apa yang menarik untuk tetasan kali ini ialah, telur menetas ini adalah anak kepada DirtyAryan dan akan memulakan satu legasi baru bagi reban SMk.



Selepas game yang akan datang pada hujung minggu ini iaitu pada 1 April 2018 di Sadong Jaya, DirtyAryan akan terus dimasukkan dengan beberapa lagi induk yang tengah menunggu giliran. Semoga legasi baru ini membawa satu anjakkan paradigma bagi reban SMk.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Sadong Jaya

Maklumat dari setiausaha PKKASK



SMk.

Anak Virachocha2


Alhamdulillah, SMk dapat meneruskan legasi Fire direban SMk melalui line sealiran dengan FireSharp yang pernah mewarnai dunia SMk sewaktu ketika dahulu. Induk ini adalah adik beradik sama ibu dan bapa dengan FireSharp. (reban SMk diKuantan)

Bagi meneruskan legasi ini, SMk telah memasukkan induk-induk Fire yang ada dengan FireCroc bagi menguatkan darah Fire dan mengekalkan perangai keturunannya insya Allah. Setakat ini line ini tidak pernah mengecewakan SMk dengan perangai dan gayanya diatas meja dengan dibuktikan oleh beberapa ekor Fire yang telah memenangi beberapa pertandingan yang pernah diadakan.

Pertandingan Ayam Serama di Semera





Semalam SMk menghadiri pertandingan Ayam Serama di Semera anjuran PKKASK dirumah Rosli Pileh. Suasana yang disediakan oleh tuan rumah amat mengalakkan dan merupakan antara lokasi Suka Suki yang terbaik setakat ini.



Suka Suki semalam turut memecahkan rekod dengan jumlah penyertaan adalah sebanyak 60 ekor bagi semua kategori yang dipertandingkan. Ini merupakan satu kejayaan yang terbaik dan merupakan kearah yang lebih positif didalam hobi berserama dengan tidak meninggalkan ukhwah dan kekeluargaan sebagai keutamaan.



SMk, turut membawa enam ekor ayam bagi memeriahkan sambutan acara tersebut, syukur alhamdulillah SMk dapat membawa pulang Piala Raja Kibas dengan dimenangi oleh DirtyAryan, yang turut mencapai markah gaya yang tertinggi bagi kategori Ayam Tanpa Lawi semalam. Panglima Limau Purut bagaimanapun telah berjaya menempatkan dirinya ditempat ketiga bagi kategori Ayam B. 

Namun acara yang meriah adalah semasa kategori Raja Kibas, dimana setiap pemilik ayam bersorak, bertepuk bagi merangsangkan ayam masing-masing yang turut menarik perhatian warga setempat. Ianya menjadi satu tarikan dan membuatkan ketua ranting Kampung Semera Masjid turut teruja dengan acara tersebut. 



Semoga budaya berserama terus mekar dan menjadi antara hobi atau mainan baru di Sarawak yang amat positif bagi masyarakat setempat.


SMk