Monday, 26 August 2019

Pertandingan Ayam Serama di Kedah


SMk

Bon Summer Mall 25/8/2019


Alhamdulillah, semalam SMk telah dapat menajalankan amanah yang diberikan kepada SMk sebagai seorang pengadil jemputan pada Pertandingan Kecantikkan Ayam Serama di Summer Mall anjuran pihak KPASS. Jumlah ayam kali ini agak meningkat bagi beberapa kategori dan ada peningkatan kualiti ayam yang semakin baik secara keseluruhannya.

Semoga penganjuran pertandingan pada waktu-waktu mendatang akan lebih baik lagi, insya Allah. Sebagai pengadil pada hari berkenaan SMk mengucapkan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan. 

SMk

Wednesday, 10 July 2019

Sembang Serama


Hari ini reban SMk dikunjungi oleh sahabat serama iaitu saudara zian dari matang untuk melihat seekor anak B, sambil-sambil bersembang sahabat SMk dari PKKASKS iaitu Rosli dan Malek turut serta tiba direban SMk. Sambil melihat ayam, sempat bersembang serba sedikit berkenaan bon yang bakal dijalankan nanti pada 21 Julai 2019.


Anak B sebelah kanan gambar turut SMk lepaskan pada hari ini kepada sahabat SMk iaitu zian dari matang. Semoga ayam tersebut berjaya direban beliau nanti. Ini adalah kali kedua saudara zian mengambil ayam direban SMk, semoga menjadi ditangan beliau nanti. 

SMk

Tuesday, 9 July 2019

Vaksin serama


Alhamdulillah selesai proses memberi vaksin kepada ayam serama yang junior bagi malam ini. 23 ekor untuk second stage, manakala 4 ekor untuk first time. 

Ada kawan bertanya kenapa harga ayam abang SMk jual harganya agak mahal berbanding penjual lain, jawapannya mudah SMk sebolehnya tidak menjual ayam kepada orang lain. Tetapi oleh kerana ada yang berminat maka SMk akan lepaskan jika kena dengan harganya, yang pastinya ayam yang SMk jual termasuk kos-kos perubatan seperti siap di vaksin. 

Ini kerana SMk mementingkan kesihatan dan masa depan ayam serama, oleh itu SMk melakukan sedaya upaya untuk mengelakkan reban dijangkiti penyakit sampar dan puru yang selalu melanda reban pemelihara unggas. Oleh itu, SMk hanya akan melepaskan produk yang dipastikan sihat dan dalam keadaan yang baik sebelum dibenarkan dibawa keluar dari reban. Tambahan serama dipelihara untuk pertandingan, maka ianya selalu dibawa kemana-mana oleh itu ayam yang sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit amat berharga.

SMk

Pertandingan Serama di Kuching (Suka Suki)


Alhamdulillah, pihak PKKASKS akan menganjurkan satu pertandingan Suka Suki Ayam serama yang akan diadakan di Semariang Aman, Kuching Sarawak pada tanggal 21 Julai 2019 bersamaan dengan hari Ahad. Ianya akan diadakan pada jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahari dengan yuran penyertaan (rate biasa untuk suka suki) sebanyak RM5 seekor.

Tujuan penganjuran pertandingan ini adalah sebagai satu aktiviti pemanas badan bagi pemain serama sebelum pertandingan besar iaitu pada bulan Ogos dan September nanti. Peserta boleh mengambil peluang ini untuk menyiapkan serama masing-masing sebagai persediaan awal. Semoga penganjuran ini akan mendapat sambutan dari peminat serama di seluruh Sarawak.

Semua peminat serama diseluruh Sarawak dan sekitarnya dijemput hadir. Sekian, terima kasih.

SMk

Pertanyaan Serama - Induk Tidak Bertelur


Soalan berbunyi 'Macam mana cara untuk mengatasi masalah induk tidak mahu bertelur setelah semusim / satu pusingan'?

Jawapan SMk
Perlu diselidiki sejarah untuk pusingan bertelur kali pertama, adakah induk tersebut bertelur normal setiap hari atau selang beberapa hari seterusnya menyumbang kepada lambatnya tempoh masuk mengeram? atau adakah induk tersebut mengeram melebihi tempoh masa 21 hari? 

Jika jawapannya adalah salah satu seperti diatas, maka memang sedikit sebanyak akan menyumbang kepada masalah induk putus bertelur atau kita kata terdapat gangguan pusingan kesuburan yang disebabkan oleh kekurangan nutrisi badan induk oleh faktor-faktor seperti diatas tadi.

Sebagai langkah rawatan, apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengasing induk tersebut dari pembaka jantan, diberi makan minum sebanyak yang mungkin dan suppliment vitamin tertentu bagi menambahkan berat induk kepada berat yang ideal untuk proses breeding dilakukan semula. Tempoh masa rawatan mungkin hanya seminggu atau berbulan bergantung kepada kondisi kesihatan induk tersebut. Pada pengalaman SMk, jika dirawat dan dengan penjagaan yang betul induk sebegini akan pulih dalam keadaan normal semula selepas 4 minggu.

SMk

Monday, 8 July 2019

Pertanyaan serama - anak serama lemah dan mati


 Pertanyaan pertama, apakah makanan untuk anak yang baru menetas?
SMk memberi makan anak ayam seperti mana diet ayam dewasa iaitu campuran dedak 201 dan jagung C. 

Pertanyaan kedua, anak menjadi lemah dan mati setelah beberapa jam diasingkan dari induk selepas menetas. Apakah penyebabnya?  Bagi SMk, sebaiknya anak tidak diasingkan dari ibu. Jika baru menetas, dibiarkan dahulu 3 atau 4 hari jika hendak diasingkan juga. Jika diasingkan dari induk dan diganti sistem penjagaan mengunakan lampu, pastikan anak ayam sudah pandai minum air jika tidak, anak ayam akan menjadi lemah dihydrate dan seterusnya mati jika tidak mendapat air yang secukupnya ditambah dengan kepanasan dari lampu yang telah dipasang. 

SMk

Sunday, 7 July 2019

Sold


Alhamdulillah, seekor serama telah bertukar tangan, semoga berjasa pada tuan baru dan memberi semangat kepada peminat baru untuk terus memeriahkan dunia serama di Sarawak.


Alhamdulillah selamat diserahkan kepada tuan barunya. Terima kasih. 

SMk

Pertanyaan Serama - Syampu Serama


Pertanyaan hari ini, Apakah Syampu terbaik untuk serama? 

Jawapan mudah SMk adalah, jenama syampu jenis apa pun tak penting, tetapi perkara yang penting adalah pastikan kebersihan reban dan beri mandi serama anda secara berkala dan konsisten. Jangan ayam dibiarkan tidak mandi terlalu lama dan reban tidak dibersihkan dari kutu hama dan sebagainya. 

Selain serama yang perlu dimandikan selalu, reban juga perlu selalu dibersihan dan dicuci dengan campuran dettol dan sebagainya bagi memastikan keadaan reban yang sihat dan bebas dari kuman. 

SMk