Oleh kerana reban mengeram saya mengunakan jaring sebagai lantainya, maka saya terus mengalihkan anak dan ibu ini ke satu bilik lain yang berlantai bagi memudahkan ibu mengasuh anak dengan suhu yang lebih terkawal.
SMk
Oleh kerana reban mengeram saya mengunakan jaring sebagai lantainya, maka saya terus mengalihkan anak dan ibu ini ke satu bilik lain yang berlantai bagi memudahkan ibu mengasuh anak dengan suhu yang lebih terkawal.
SMk
SMk
Alhamdulillah, seekor lagi pelapis pembaka telah dikenal pasti dengan balungnya nampak agak tersusun dan kemas. Anak ini saya akan kekalkan direban sebagai penganti bapanya yang semakin tua. Semoga anak ini terus sihat hendaknya. Aamin.
SMk
Dulu masa ianya dilahirkan, ianya dijaga oleh abangnya. Sekarang tiba masanya dia menjaga adiknya pula. Jantina adiknya masih jauh untuk diketahu, tetapi nampak berani dan garang juga pada mulanya.
Semoga anak ini terus sihat dan menjadi pelapis pembaka bagi ayam serama direban SMk.
SMk
Alhamdulillah, pagi ini SMk sempat membuat satu rakaman bagi sesi Tanya Jawab Ayam Serama. Ada 3 solan dari peminat ayam serama untuk kali ini.
SMk
Baby Ayam Serama ini nampak sangat comel dengan cutingnya sudah mulai nampak jelas. Anak Serama ini nanti mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi lebih baik jika dijaga dengan baik.
SMk akan update mengenai perkembangan anak ayam ini dari masa ke semasa.
SMk
SMk
Alhamdulillah setakat ini, ada 2 ekor pelapis bagi induk kandang yang dah mula dikenal pasti dan akan dibiarkan bersama bagi memudahkan proses breed dimasa akan datang.
SMk
Nampaknya Kuching sekarang mengalami musim hujan yang berterusan sejak minggu lepas. Oleh itu, suka SMk ingatkan kepada semua peminat ayam serama di Sarawak terutama dikawasan Kuching agar memastikan reban mereka sentiasa didalam keadaan kering dan selamat dan tidak terlalu lembab.
Bagi mengekalkan suhu yang stabil, adalah disarankan agar pengunaan lampu juga digunapakai ketika ini dan bagi reban indoor pastikan pengcahayaan adalah mencukupi bagi mengelakkan ayam menjadi monyok seterusnya menjadi kurang aktif dan seterusnya boleh sakit.
Makanan ayam juga perlu dipastikan sentiasa kering dan tidak terkena air hujan kerana jika makanan terkena air atau berkeadaan basah dan lembab ianya akan cepat merosakkan makanan dan juga menyebabkan kelembabpan yang tinggi didalam reban. Ayam serama mudah terkena penyakit jika keadaan reban yang agak lembab dan basah.
Pastikan juga reban pengasuh / brooder dan induk yang membawa anak juga tempatnya terlindung dari terkena angin yang datang secara terus. Jika perlu pasangkan tirai sangkar terutama bagi peminat yang memelihara ayam serama mengunakan sangkar berbanding reban kayu.
Semoga ayam serama kita senantiasa sihat dimusim hujan sekarang ini. Kasih sayang kita untuk ayam serama kita menentukan kelestariannya direban kita. Ayam serama kita adalah tanggungjawab kita.
SMk
Alhamdulillah hari ini SMk sempat menjawab soalan peminat ayam serama bagi sesi Tanya Jawab Ayam Serama kali ini. Namun kali ini, sesi ini diadakan indoor kerana cuaca yang agak sejuk dan hujan di Kuching ketika ini.
Setelah membuat rakaman video ini, dan upload video tersebut di Youtube SMk, apa yang SMk dapati suara dalam video ini lebih jelas dan ini memudahkan proses video editing dilakukan. Kemungkinan untuk rakaman akan datang SMk akan membuat rakaman indoor jika ianya terus memberangsangkan.
SMk