Insya Allah minggu ini Smk akan mengajar kelas bertajuk Ciri-Ciri Kategori Ayam Serama. Ini adalah kelas kedua dimana, kelas pertama bertajuk Perincian Skema Permarkahan telah diajar oleh saudara pengadil PSTG kita iaitu Abdul Muin (Serama Ngayor). Oleh kerana masing-masing masih fresh dengan ilmu yang diperolehi minggu lepas, maka kita sambung dengan kelas kedua.
Mengikut perancangan, pada 30hb April 2016 nanti, pihak PSTG akan menganjurkan Kursus Pengadil anjuran Persatuan Serama Tok Gajah dengan kerjasama pihak persatuan dan pengadilan Terengganu iaitu saudara Che Wil. Semoga perancangan ini akan berjaya hendaknya.
Oleh itu pendedahan tentang skema dan ciri-ciri amatlah penting bagi memberi pendedahan awal yang sewajarnya, sebelum setiap ahli dan warga serama yang berminat mengikuti kursus ini supaya lebih mudah memahami kursus tersebut nanti. Ini merupakan persediaan oleh pihak PSTG didalam memberi peluang dan ruang kepada setiap ahli dan masyarakat yang berminat agar memiliki ilmu yang mendalam tentang serama secara teknikal.
Pada kelas ini nanti, Smk akan mendedahkan para peserta kepada ciri-ciri bagi setiap kategori ayam serama yang selalunya dipertandingkan. Pemahaman tentang perkara ini amat kritikal kerana selalu di tapak bon atau pertandingan terdapat komplen dari pihak peserta malahan juga teguran dari pihak pengadil kerana ayam selalu salah masuk kategori. Semoga dengan adanya kelas ini akan dapat sedikit sebanyak membantu para peserta dalam menentukan kategori ayam masing-masing.
Smk
5 comments:
Nak booking tempat satu tuan.. Nak nuntut ilmu dengan tuan sifu.. Sila beri tunjuk ajar.. Huhuhuhu..
betul ke boh..kalau betul blh je kite tlg adjust...
Jauh la sifu.. gurau2 saja. I'm sorry...
Jauh la sifu.. gurau2 saja. I'm sorry...
jauh? takkan jauh sangat kot.. kalau setakat dalam Malaysia ni kira tak jauh mana..
Post a Comment