Akhir-akhir ini kedengaran banyak peminat serama di Kuantan
yang seakan-akan hendak menarik diri dari meneruskan minat berserama. Secara specifiknya ikut perkiraan Smk adalah
sekitar 4 atau 5 orang. Ada yang hendak mengosongkan reban dengan menbuat
jualan murah dan sebagainya. Tindakan ini seolah-olah hendak menekan pengurusan
PSTG. Tetapi atas sebab apa sebenarnya Smk sendiri pun tidak mengetahui secara
mendalam. Perjumpaan mingguan pun Smk telah tidak dimaklumkan seperti dahulu. Kemungkinan juga mereka tidak menyukai Smk
sendiri, itu pun boleh jadi kerana sifat Smk yang terlalu transparent dalam memberi pandangan. Cuma niat Smk selama bermain
serama selama ini ialah berkata jujur biar pun kita tahu orang tak suka, kerana
Smk tidak suka berselindung. Smk dapati ramai juga yang menarik diri dari group
Whatapps yang dibina atas dasar minat yang sama. Maka ini seakan-akan tindakan
yang seperti dirancang.
Tetapi bagi pendapat Smk tentang perkara ini sebenarnya,
kerana ini lumrah dalam dunia serama. Ianya bermusim kecuali bagi
peminat-peminat tegar ayam serama sahaja yang akan bertahan dengan hobi yang
Smk sifatkan sebagai hobi yang banyak gossip liar, kedengkian dan pelbagai
keburukan jika difikir secara negative.
Tetapi jika berfikir secara positif apapun masalah pasti ada penyelesaian
kerana jika berminat kita akan sanggup berhabis masa dan wang ringgit. Oleh itu
bagi Smk, people come and go. Tapi
biarlah itu mereka, Smk akan tetap dengan hobi kesayangan Smk. Kita tidak boleh
memaksa untuk orang berminat dengan hobi kita, Semoga apa yang dikehendaki oleh
mereka memberi satu ketenangan buat mereka. Hobi untuk pengisian diri dan bukan
untuk membina stress. Oleh itu, Smk amat pasti
ada hikmahnya.
Mungkin betul kata orang lama-lama yang Smk kenal, jika hobi
berserama dijadikan bisnes dan baka atau kata-kata individu yang diutamakan
maka akan timbul dengki dan kianat kerana ianya sinonim dengan orang melayu.
Insya Allah Smk akan terus memeriahkan suasana berhobi serama ini di Kuantan
khasnya dengan apa sahaja sumber yang Smk mampu. Seperti biasa, dengan anak
reban sendiri pastinya.
Sebabnya dari dahulu, Smk lebih positif sehingga tertubuhnya
PSTG hingga sekarang. Sesungguhnya usaha membina PSTG tetap akan menjadi
sejarah bagi Smk kerana berjaya menjadikannya satu kenyataan atas usaha yang
Smk kira sebagai sesuatu yang penuh cabaran.
Apa sahaja yang
terdaya Smk akan usahakan. Usaha tangga kejayaan. Mestilah dicuba baru tahu endingnya. Jangan menyerah sebelum bertempur. Cogankata yang Smk genggam dalam
hati. Biarlah Smk dibenci tetapi Smk tetap tidak membalas kebencian dengan maki hamun, Smk lebih memandang tinggi pada nilai persahabatan. Bagi Smk mereka tetap sahabat Smk walaupun pandangan mereka adalah sebaliknya.
Smk ada lebih kurang baki satu tahun tempoh untuk berada di Kuantan
sehingga bulan Julai 2017, oleh itu Smk akan gunakan masa yang ada untuk ke
game bagi mewakili PSTG sedaya yang mungkin. Smk terbuka kepada mana-mana
sahabat yang nak bersama dengan Smk untuk meneruskan perjuangan PSTG ini pasti
Smk terima dengan hati yang terbuka.
Rasanya, akan ada game besar selepas ini yang akan diadakan
diantaranya:
- a. Game Kedah (21 Mei 2016)
- b. Game KB (4 Jun 2016)
- c. Game Kenyir (Ogos)
- d. Game Penang ( 17 September 2016)
Smk akan menumpukan game diatas sebagai penyertaan PSTG yang
akan Smk hadiri sendiri. Ini akan tetap Smk lakukan selagi berada di Kuantan.
Bagi merealisasikan misi ini, Smk tidak akan melepaskan anak reban atau ayam
dari reban Smk buat masa ini kerana Smk akan berusaha mengeluarkan ayam-ayam
yang berpotensi untuk Smk bawa menyertai game.
Selepas meninggalkan Kuantan, Smk akan memulakan perancangan
yang baru bagi hobi Smk. Smk merancang untuk membina satu reban baru dengan Branding semula jenama Fire bloodline Smk kearah yang lebih
khusus dengan ciri-ciri yang lebih Smk minati.
Apabila itu berlaku, Smk akan meninggalkan sebarang tugasan,
penumpuan kepada PSTG dan menyerahkan semuanya secara total kepada ahli yang
ada. Maka terpulanglah kepada ahli yang ada untuk merancang atau memanfaatkan
peluang yang ada dan mencapai kemajuan yang lebih baik kearah masa depan PSTG
itu sendiri. Ini kerana Smk tidak boleh selama-lamanya berada untuk PSTG bagi
memastikan aktiviti yang dirancang sentiasa berjalan lancar. Akhir kata semoga
PSTG sentiasa Berjaya dimasa hadapan.
Smk
2 comments:
Ambo lone ranger saja Abe Man.... Malas nak pening kepala... Alhamdulillah masih lagi bela serama dari dulu hingga kini....hahahaha..
takpelah.. sebelum kita tinggalkan Pahang, kita cuba bantu juga apa yang termampu. Nanti dah di sarawak kite solo juga rasanya..
Post a Comment