Tengahari tadi seperti kebiasaannya, Zack telah datang dan bersembang bab serama sambil menunjukkan dua ekor ayam miliknya iaitu FireVirachoca dan adik kepada HeroSeven.
Pada pandangan SMk, FireVirachoca positif, jika diasuh dari awal kemungkinan besar akan menjadi ayam game tahap tegar. Bagaimanapun jika baru diasuh secara intensif sekarang, rasanya masih boleh diserlahkan cuma ketahap mana SMk kurang pasti.Ini adalah kerana kebanyakkan ayam darah Fire memang telah sedia ada memiliki perangai cuma perlu dilatih untuk mengawal gaya itu masih perlu.
Manakala, adik pada HeroSeven, SMk dapati merupakan seekor anak ayam yang kukuh dan pastinya mempunyai potensi yang amat besar jika dilatih dari peringkat awal. Bagaimanapun dalam menjaga seekor anak ayam kita perlu banyak bersabar dan banyak meluangkan masa bersama-sama sehingga ayam itu datang perangai dengan sendirinya.
SMk
No comments:
Post a Comment