Pages

Saturday, 7 January 2017

Pembaka VII dan Pembaka VIII


Projek berhasil dengan dimulai oleh Pembaka VIII dengan induk MiszDuyong pada 4/1/2017 dan sekarang telah memiliki 2 biji telur. Kita nantikan masa induk ini mengeram dan melihat hasilnya kemudian nanti.


Bagi Pembaka VII pula ianya telah mula bertelur pada 5/1/2017 dan ada 3 biji telur. Induk muda ini bertelur buat kali kedua pada kali ini. Induk semakin menampakkan kematangan dan pasti akan mengeram apabila tiba waktunya nanti.

Anak-anak dari kedua pembaka ini akan SMk hantar ke kampung halaman bagi menguatkan breeding program yang telah SMk rancangkan sebelum ini. Semoga ada hasil yang akan menjadi dan mengeluarkan anak-anak yang positif.

SMk

7 comments:

  1. Semoga ada hasil yang akan menjadi dan mengeluarkan anak-anak yang positif...insyaallah

    A.man boley share ap pmknan aym2 d rban.nmpk sehatt n segar.blung merah2 tu..

    MieG

    ReplyDelete
  2. sebenarnya tak susah, tetapi yang susah adalah disiplin kita sebagai pemilik samada boleh menepati memberi makanan tambahan kepada ayam2 kita.

    Sebagai contohnya, kita perlu beri

    seminggu 2 kali iaitu :
    Minyak ikan
    tulang sotong
    madu

    Makanan
    1/3 dedak hitam
    1/3 jagung halus
    1/3 temukut/kepala beras

    air minuman
    campuran baja haiwan

    perubatan/perlalian
    vaksin(jika tidak guna baja haiwan)
    ubat cacing (setiap 6 bln kalau brand ubat cacing yg SMk gunakan)
    V-22 setiap 2 biji seminggu

    jika boleh disiplin dengan makanan terbabit inysa Allah ayam akan sihat serta kadar kematian adalah cuma 0.9% kematian setahun.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah bang..trima kasih ilmuu serama y abg kgsi.trima ksih byk2 bang..smoga dgla ursn abg dpmufhkan Allah.

    Mie G

    ReplyDelete
  4. Terbaik Abe Man.. Ilmu penuh di dada tuan otai kita ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kite kongsi apa yang kita amalkan, dan tahu jah abe Malaya.. ilmu tak penuh didada.. tp bulu dada ada lah jugak.. kikih

    ReplyDelete

Segala komen yang dikemukan adalah tanggungjawab individu, Insya Allah jika baik pasti datangnya dengan baik juga. Terima Kasih. Serama Man k