Assalamualaikum
selamat pagi.. salam sejahtera buat semua rakan. Hari ini SMk ditanya
dengan satu soalan.
Steward
tu apa bang?
Oleh
kerana soalan itu ditanya pada SMk, dan memang FB SMk pun mmg ada
ayam serama saja tiada perkara lain jadi agak perlu Smk menjawab dan
jawapan SMk adalah seperti berikut.
Steward
Dalam
pengurusan pertandingan ayam serama, steward adalah seorang yang
diberi tugas untuk mengangkat ayam dari Sangkar ke atas meja pengadil
pada hari pertandingan. Steward juga biasanya dibantu oleh seorang
pembantu steward.
Tugas
steward adalah:
1. Menyusun susunan sangkar agar selari dengan
senarai nombor penyertaan pada sangkar dan mesti sama dan disahkan
oleh pengadil bagi mengelakkan ayam tersalah turutan naik meja dan
tersilap diberi markah.
2. Mengeluarkan ayam dari sangkar
perserta, memperbetulkan kedudukan sayap, ekor, sedikit kekemasan
yang dirasakan perlu, sebelum menunggu arahan pengadil untuk ayam
tersebut dibenarkan diletak atas meja.
3. Setelah menerima
arahan dari pengadil, steward akan meletakkan ayam serama tersebut
ditengah-tengah meja dan berundur pelahan-lahan ke belakang kearah
tepi pengadil tapi masih dalam jarak berjaga-jaga agar boleh
bertindak pantas jika ada ayam yg terjun/jatuh meja atau diarahkan
pengadil untuk memegang ayam.
4. Jika terdapat kemuskilan,
biasanya pengadil akan meminta steward memegang ayam bg pengadil
melihat dengan lebih dekat ayam yg hendak dilihat tanpa memegang ayam
tersebut. (tiada orang lain dibenarkan menghampiri meja
pengadilan, hanya steward, pembantunya dan pengadil sahaja.
5.
Setelah clock alarm berbunyi, pengadil akan mengarahkan steward
mengngkat ayam untuk disimpan semula ke dalam sangkar. Pada ketika
ini boleh menjadi kebiasaan (bg mempercepatkan ayam naik meja) ayam
akan diangkat utk disimpan oleh pembantu steward, dimana steward tadi
bersiap sedia dengan ayam yg seterusnya.
Timbul kisah
siapa yg lap meja jika ada najis ayam diatas meja. Steward atau
pembantu boleh saja membuang najis ayam diatas meja mengikut
kessesuaian. Asalkan seboleh-bolehnya, janganlah pengadil yg
membersihkan meja.
Perkataan
steward dlm dunia serama tidaklah baru kerana telah digunapakai sejak
hampir 20 - 25 tahun yg lalu malahan mungkin lebih lama lagi. Setiap
pengurusan dlm penganjuran pertandingan serama ada bidang tugas
masing-masing. Profesionalisme dalam dunia serama sudah meningkat
dengan baik standardnya.
Itulah yg boleh SMk coretkan utk
menjawab soalan tersebut. Sekian terima kasih.
Mohon
izin pengunaan gambar terima kasih
SMk
No comments:
Post a Comment