Tuesday, 7 March 2017

Fakta tentang ayam kampung Asli Malaysia

A - Z Pasal Ayam (1/17)

WARNA CENGKERANG TELUR PUTIH....SEBAB WARNA TELINGA AYAM PUTIH

Ayam hutan bertelinga putih....jadi cengkerang/kulit telur berwarna putih. Ini fakta

Ayam penelur komersil di Malaysia.... hampir semua telur berwarna coklat....dan telinganya tidak putih.

Ayam kampung (asli) mempunyai pertalian darah yg kuat dengan ayam hutan. Oleh itu tidak hairanlah yg cengkerang telur ayam kampung berwarna putih, cerah atau lebih ke arah warna putih seperti warna krim....atau sandy.

PANDUAN UNTUK PENGGUNA
"Telur kampung" yg dijual di pasar borong serta pasar raya adalah bukan dari ayam kampung. Ia adalah dari ayam penelur komersil yang menghasilkan telur yang cengkerangnya warna cerah/krim. Jika anda beli telur ini sebab ia besar...15 sen lebih mahal dan kuning telurnya kemerahan....memang anda telah diperdaya. Warna kuning telur boleh ditambahkan kemerahannya jika letak bahan pewarna dalam makanan ayam penelur....dan warna itu akan masuk ke dalam telur ayam. Saya telah buat aduan resmi kpd KPDNKK (rujukan 01615559)...tapi sedihnya KPDNKK tutupkan kes....DAN PENGGUNA TERUS DIPERDAYA.

A - Z Pasal Ayam (2/17)
Berat anak ayam yg akan menetas adalah lebihkurang 68 peratus dari berat asal telur.
Jika berat telur yg dieram ialah 50 gram, maka berat anak yg akan menetas ialah 34 gram.

Buat ingatan:
Telur yg luar biasa besarnya mungkin ada dua kuning telur. Jika dieram, tidak akan menetas.

Ayam betina akan bertelur, walau pun tanpa ayam jantan. Tapi telurnya tanpa benih.

A - Z Pasal Ayam (3/17)
Ayam betina matang boleh simpan benih/air mani jantan dalan rahimnya selama lebih kurang dua (2) minggu.
Oleh itu seekor ayam betina berpotensi hasilkan telur yg ada benih (telur boleh menetas) walaupun sudah 10 hari tidak mengawan....sejak ia mengawan (dapat benih jantan/air mani) kali terakhir.
Aplikasi:
Ayam jantan dan betina yg subur tidak perlu selalu berada bersama dalam satu tempat kurungan. Jantan dikahwinkan dgn betina sekali sahaja dalam seminggu sudah mencukupi....lepas tu asingkan. 
Kaedah ini boleh diaplikasi pada ayam hiasan/unik/show-bird seperti serama supaya bulu jantan dan betina sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersedia dibawa untuk bertanding bila-bila sahaja.


A - Z Pasal Ayam (4/17)
Ayam tidak mempunyai gigi.
Lidah pula bergerak setakat sorong dan tarik.
Mulut (paruh) yg tajam dan keras pula setakat mengutip dan mematuk.

Oleh itu takde aksi kunyah dan menghancurkan makanan pada mulut ayam.
Terpaksalah telan sebesar mana pun makanan...selagi anak tekak boleh muat.
Yang penting....bila makan....kena "berulamkan" batu-batu kecil. Kenapa ?
Batu akan berkumpul dalam organ penghadaman yang penting iaitu hempedal.
Batu adalah seumpama gigi....memecah dan menggiling makanan sehingga jadi halus. "Gigi" berfungsi seiring dengan pergerakan (kecut-kendur) otot-otot hempedal.

Oleh itu pada ayam kampung, hempedal lebih besar dan ototnya adalah lebih tebal dan kenyal.....kerana makanan semulajadinya adakalanya keras dan liat.
Persoalannya:
Kenapa orang-orang tua dulu melarang budak-budak yg belum bersunat makan hempedal ayam?

A - Z Pasal Ayam (5/17)
Pernah tak dengar/lihat iklan "Ayam sunat ada dijual di sini" ?
Tak lojik ayam kena sunat....sebab dia binatang...lagi pun dia takde "benda" tu untuk disunatkan.
Sebenarnya..... ayam yang dimaksudkan ialah "caponized chicken".....ayam jantan muda yang telah dibuangkan dua-dua testicles (batu jantannya). Ayam yg hilang alat jantannya dipanggil Capon (sebutan: Ka-pon)
"Batu" tu dibuang supaya ayam jantan tu jadi lebih gebu dan lebih enak rasa dagingnya...akibat tambahan lemak dlm daging.
Capon akan hilang sifat jantan setelah dibuang batunya melalui pembedahan. Malahan jika diletakkan anak ayam....ia akan jaga anak ayam itu seperti ibu ayam jaga anak....sebab hormon betina jadi lebih kuat.
Kaedah ini bermula di negara China....dan masih dipraktikkan oleh kaum cina di Malaysia...tapi tidak secara meluas. Akan nampak bertambah ayam Capon dlm pasaran menjelang Gong Xi Fa Cai.
Pembedahan (biasanya dibuat oleh "backyard doctor") biasanya makan masa tak sampai 3 minit. Berat ayam jantan yg dibedah berat antara 250 gram hingga 1.5kg. Umur pula seawal 2 minggu dan selewatnya 12 minggu (ketika masih budak2 lagi)
Terdapat isu kebajikan dalam prosidur ini sebab ayam ada kalanya tidak diberi ubat penahan sakit dan antibiotik...ketika dua-dua "batu" sebesar gandum (terletak dalam badan ayam....berhampiran buah pinggang) dikeluarkan.
Di USA sudah ada SOP utk prosidur ini. Permintaan masih baik walaupun ayam daging sekarang lebih berisi/gebu.....sebabnya Capon ada rasa tersendiri.
Adakah berpotensi? 
Selagi ada permintaan....dan harga memang menarik. Boleh dilakukan....tapi mesti oleh doktor veterinar ....boleh ikut SOP dari USA.

A - Z Pasal Ayam (6/17)
"Pencen" pada ayam membawa maksud sudah sampai masa utk ditamatkan riwayatnya sebab tidak ekonomik dipelihara. (Janganlah kita jadi macam ayam!)
Tapi ayam pencen tidak tua...baru shj berumur satu tahun setengah. Sebab ada ayam yg boleh hidup melebihi umur 10 tahun.
Istilah pencen biasanya dikaitkan pada ayam dalam usaha komersil melibatkan pengeluaran telur sama ada telur utk dimakan atau ditetas (hasilkan anak)
Ayam jurusan/jenis penelur mula bertelur seawal umur 18 minggu dan pencen antara umur 60 ke 80 minggu. 
Ayam jurusan pembiak (utk hasilkan anak ayam) bertelur seawal 24 minggu dan biasanya umur pencen lebih awal dan tidak capai umur 80 minggu.

Ia terpaksa dipencenkan kerana pengeluaran telur telah merosot dan ketika itu juga cengkerang telur menjadi lebih nipis yang menyebabkan telur mudah retak. Sebab yg kedua (cengkerang nipis) boleh diatasi dengan ubahsuai kandungan nutrien dlm makanan agar saiz telur tidak besar sangat (ayam pencen biasanya saiz telur lebih besar)
Ayam penelur hebat bertelur....sehingga yg terbaik boleh hasilkan 330 biji telur dalam tempoh bertelur selama setahun (365 hari)
Ayam jenis pembiak pula jarang melepasi 220 biji telur jika kira tempoh yg sama.

Sebab lain perlu dipencenkan ialah pengeluaran telur yg turun mendadak selalunya bila sampai umur 60 minggu. Oleh itu keuntungan merosot bagi pengusaha.
Aplikasinya:
Apabila membeli ayam betina untuk pengeluaran telur....belilah ayam dara.
Elak dari terbeli ayam yg dah terlalu berumur atau pun yg dah sampai umur pencen.


A - Z Pasal Ayam (7/17)
TERUSKAN MAKAN DAGING AYAM, TELUR AYAM DAN PRODUK-PRODUK AYAM DI PASARAN.
Semua unggas/ayam dan produk ayam seperti telur turut dimusnahkan dalam kawasan yang diisytiharkan ada berlaku jangkitan selesema burung H5N1.
Oleh itu tidak ada produk dari kawasan berpenyakit H5N1 masuk ke pasaran.
Belilah dan makanlah telur ayam dan produk berasaskan ayam seperti biasa.
Daging ayam adalah sumber protein haiwan yang termurah dan berkhasiat.
A - Z pasal Ayam (8/17)
Malaysia mengamalkan polisi "Stamping Out" dalam menangani penyakit selesema burung H5N1.
Dalam amalan ini....unggas (termasuk ayam) yg berada dalam lingkungan kawasan yg disahkan ada virus H5N1 dimusnahkan. Turut dimusnahkan ialah telur ayam. Yg dimusnahkan tidak kira apa jenis unggas...ketitir/merbuk ...serama....merak...burung unta...kakatua.

Langkah ini adalah yg terbaik bagi mendapatkan semula status bebas selesema burung. Status bebas sejak 2005 luput sejak terjadi kes selesema burung skrg ini. Dgn mendapat semula status bebas ini... eksport kpd negara yg sekat import dari Malaysia (seperti Indonesia...China dan Jepun) mungkin boleh dipulihkan kembali.
Stamping out dapat pastikan penyakit berhenti setakat lokasi penyakit itu sahaja... dan tidak tersebar lagi. Dalam kes di Kelantan...ia berlaku dlm kawasan kampung.. disebabkan oleh ayam laga seludup yg membawa virus H5N1.
Ternakan ayam daging komersil semuanya selamat. Pergerakan unggas dan produk unggas keluar dari negeri Kelantan tidak dibenarkan. Oleh yg demikian pengimport terbesar ayam dan telur iaitu Singapura mempunyai keyakinan yg tinggi dan terus mengimport.
SYABAS KEPADA PASUKAN "TINDAKAN KHAS" JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR YG TIDAK KENAL PENAT DAN TIDAK KENAL SIANG DAN MALAM BAGI MENJALANKAN STAMPING OUT.
Semoga kita disytiharkan bebas semula dari selesema burung.
A - Z Pasal Ayam (9/17)
Cara pencegahan penyakit Selesema Burung H5N1yg terbaik untuk Malaysia ialah pemusnahan unggas/ayam dan produk unggas dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi dikesan penyakit H5N1(Stamping out). Pemantaun pula dibuat dalam lingkungan 10 km dari lokasi penyakit H5N1 dikesan.
Pencegahan secara pemvaksinan adalah tidak wajar kerana Malaysia berpotensi untuk kekal bebas dari H5N1. Lagipun pemvaksinan tidak semestinya akan melindungi unggas serta manusia kerana virus selesema burung mudah berubah/mutasi ...iaitu menyebabkan unggas yang mendapat vaksin masih boleh menjadi korban selesema burung dan nyawa manusia turut terancam.
Oleh yang demikian LANGKAH TEGAS perlu dibuat (oleh JPV dan agensi lain...mungkin secara pendekatan NBOS) agar virus selesema burung tidak lagi masuk ke Malaysia. Semua insiden selesema burung di Malaysia adalah disebabkan oleh ayam laga/sabung yang diseludup....ada membawa virus H5N1.
Pada insiden lebihkurang 10 tahun lepas...ada usul dari persekutuan persatuan penternak agar hapuskan semua ayam laga. Tapi penghapusan tidak dilakukan pada ketika itu. Mungkin usul ini boleh dipertimbangkan semula jika JPV laksanakan pemantauan pada semua ayam laga yang dijual di petshop kerana hampir semua ayam laga (sebelum insiden H5N1 terbaru) dibawa dari negeri Kelantan. Jika ada kes positif melalui "cloacal swab"....maka terdapat justifikasi untuk mengesan dan hapuskan ayam laga yang lain. Ayam laga "cutting" terkini dengan jenama terkenal pada kalangan aktiviti laga (yang diharamkan) patut dijadikan sasaran kerana semuanya berasal dari negara jiran dan dibawa masuk ke Malaysia tanpa permit (iaitu diseludup masuk).
Pemantauan (cloacal swab) juga perlu dilakukan pada ayam jenis hiasan/ornamental yang antaranya diseludup dari negara jiran yang mempunyai selesema burung. Setelah ini dilakukan boleh lah berpuas hati bahawa tidak terdapat pembawa virus H5N1 lagi di bumi Malaysia.

Para peminat ayam laga dan ayam hiasan/ornamental perlu bersifat bertanggungjawab kerana jika mereka terus seludup atau bersubahat dengan penyeludup (dengan cara membeli ayam seludup) maka mereka boleh diibaratkan sebagai pengkhianat kepada industri ayam negara. Industri ayam daging dan penelur komersil boleh lumpuh akibat perbuatan seludup ini.
HENTIKAN AKTIVITI LAGA AYAM KERANA IA DIHARAMKAN DAN IA JUGA TERJURUS KEPADA JUDI.

A - Z Pasal Ayam (10/17)
Rangsangan cahaya membawa kesan ketara pada ayam betina dalam peroses hasilkan telur.
Cahaya yg dimaksudkan adalah cahaya dalam lingkungan gelombang lebar....ditakrif sebagai warna oren merah (orange red) yg terdapat pada cahaya matahari dan kebanyakan lampu.
Kesan cahaya amat ketara.... dan tanpa ayam itu sendiri melihat sendiri cahaya. Apabila seekor ayam yg dah hampir sampai umur matang ditutupkan mata.... dan dipancarkan cahaya selama lebih dari 12 jam secara berterusan....akan berlaku peningkatan mendadak penghasilan hormon (hormon seks) yg berkaitan dengan penghasilan telur. Saintis mendapati cahaya utk rangsang pengeluaran telur boleh dikesan oleh saraf pada anggota badan lain... yg membawa mesej kepada otak utk tingkatkan penghasilan hormon seks.
Kaedah ini turut digunakan agar ayam penelur komersil mula bertelur seawal 18 minggu apabila rangsangan cahaya melebihi 12 jam dimulakan 2 minggu lebih awal (pada umur 16 minggu). Cahaya berterusan ditingkatkan sebanyak 15 minit sehari sehingga sampai paras optima sebanyak 17.jam cahaya secara berterusan.
Bagi ayam pembiak pula.... rangsangan cahaya dilewatkan....ketika umur dalam lingkungan 22 ke 24 minggu....agar telur awalnya besar dan terus boleh dieramkan.
Cara kira jumlah cahaya ialah cahaya semulajadi (dari matahari) yang 12 jam dicampurkan dengan jam pencahayaan dari mentol lampu (biasanya lampu panjang/fluorescent lamp) yang mula dihidupkan ketika matahari hampir tenggelam (sebelum maghrib)
Pada reban jenis tertutup pula.....kawalan pencahayaan adalah 100 % melalui mentol lampu.
Tahap terangnya cahaya (light intensity) adalah penting juga. Reban janganlah terlalu redup/malap... tanda tak cukup penchayaan dari matahari atau mentol lampu. Akibatnya penghasilan telur adalah amat sedikit. Ia tak kira....ayam penelur atau ayam kampung pembiak.
Awal sangat rangsangan cahaya....contohnya pada umur 14 minggu adalah tidak baik...kerana ayam akan bertelur pada umur 16 minggu. Bertelur awal ketika otot rahim belum cukup bersedia boleh menyebabkan uterine prolapse (rahim terkeluar ikut lubang dubur)...dan boleh bawa maut.
Tambahan rangsangan (jumlah jam) cahaya ada impak ekonomi kerana terdapat tambahan bilangan telur antara 4 ke 6%.

A - Z Pasal Ayam (11/17)
AKA telah terbukti pilihan pengguna di negara Asia lain. Walaupun harganya tinggi sedikit tetapi pembeli yang dah tahu kelebihan daging AKA akan tetap beli AKA. AKA semakin banyak dibiakkan sebab harga jualannya memberi keuntungan yang baik.
APA DI AKA?
AKA adalah singkatan bagi ayam kampung asli....iaitu jenis ayam yg diwarisi dari zaman nenek moyang kita. AKA tidak besar sangat kerana ada pertalian darah yg kuat dgn ayam hutan. Komponen ayam hutan yg semulajadi dlm genetik AKA menjadikan AKA (yg asalnya ayam moden...yg dibawa masuk oleh penjajah dan pedagang) jenis ayam yang lincah...cergas...cerdas. Kelebihannya ialah tekstur daging yang baik sebab kandungan collagen yg tinggi. Rasa enak sebab komponen asid glutamik yang tinggi. Kandungan glukos yg tinggi dalam darah ayam hutan (kajian UPM) turut diperturunkan ke AKA....menjadikan daging AKA bertambah sedap lagi.
Kajian UPM menunjukkan kulit AKA sangat nipis...sebab kandungan lemak rendah. Oleh itu jangan khuatir makan kulit AKA. Tapi pastikan ia AKA muda. Daging betina muda (dara) lebih sedap dari jantan muda (jejaka).
Saintis Taiwan sedar kelebihan AKA kerana rakyat Taiwan yg hendak daging ayam bermutu hanya cari AKA. Oleh itu saintis Taiwan membuat pembiakbakaan supaya dapat hasilkan jenis AKA yg cepat besar....saiz sedikit besar...dan tanpa ada perubahan pada keaslian rasa daging. Kajian ini dilakukan kerana ayam daging warna dan kacukannya (di Malaysia dipanggil AKK/ayam kacuk/ayam daging warna) tidak dapat sambutan di Taiwan.
Pemuliharaan AKA perlu dipergiatkan di Malaysia agar ia tidak pupus. UPM mengorak langkah dalam pemuliharaan AKA dengan menyimpan dan biakkan AKA yang diperolehi dari pelbagai pelusuk luar bandar. Kajian terus dijalankan agar dapat hasilkan AKA yg besar sedikit dan cepat membesar....tanpa jejaskan mutu rasa dagingnya....supaya bakanya dapat diperluaskan....dan supaya semakin ramai rakyat Malaysia dapat mudah perolehi dan rasa keenakan sebenar rasa daging ayam kampung.
Berhati-hati semasa membeli ayam kampung (AKA) kerana ada peniaga menjual ayam AKK/ayam kacuk/ayam daging warna dengan nama "ayam kampung".

A - Z pasal Ayam (12/17)
Produk ayam yang menepati ciri produk kesihatan, sudah pastinya daging dan telur ayam organik.
Standard organik dibangunkan di negara barat yg kaya dengan sumber bijirin kerana iklim 4 musim yang sesuai membolehkan sumber protein dan tenaga berasaskan tanaman seperti jagung dan kacang soya serta bijirin lain seperti gandum dan kekacang mudah ditanam secara organik.
APAKAH TAFSIRAN PRODUK AYAM ORGANIK?
Tafsirannya:
1. Produk ayam organik ialah produk dari ayam yang dipelihara secara organik sejak ia menetas...iaitu bebas dari bahan kimia dan antibiotik.
2. Makanan yang diberi makan kepada ayam mesti bebas dari GMO dan sumber makanan adalah bebas dari bahan kimia dan bahan sintetik. (Oleh itu jagung dan mil kacang soya yg sumbang hampir 80% kepada dedak ayam komersil...adalah tidak organik kerana pokok jagung dan soya ditanam menggunakan baja kimia dan pelbagai racun kimia utk cegah serangga dan kulat)
3. Lokasi pelihara ayam adalah bebas kimia..bebas racun dan logam berat. Oleh itu tanah adalah kaya dengan biodiversiti semulajadi yang bantu hidupkan tanah dan aktifkan kitaran karbon dan nitrogen secara semulajadi.
4. Kesejahteraan dan kebajikan ayam yg diternak adalah dijaga. Oleh itu ayam diberi peluang bebas dalam kawasan semulajadi yg terkawal/berpagar (supaya dapat dilindungi dari pemangsa seperti anjing...biawak...ular dll) agar ia dapat menikmati cahaya UV matahari dan boleh menjalankan aktiviti seperti mencakar dan mandi pasir.
5. Ladang organik yg lestari ialah ladang yg dapat hasilkan sendiri sumber makanan untuk ayam...tanpa perolehi sumber dari luar kecuali terpaksa atau dari sumber luar yang dibenarkan seperti mil ikan. Oleh itu pengusaha ladang organik ayam adalah mahir dalam banyak aspek seperti pengurusan ayam, bercucuk tanam, membuat baja kompos, mengawal pemangsa/pest secara biologik, membiak cacing, cengkerik dan/atau BSFL (black soldier fly larva dll lagi kemahiran.
6. Ayam yang dipelihara perlulah tahan lasak seperti ayam kampung (AKA). Bilangan yang dipelihara juga tidak banyak kerana berpegang kepada konsep peladangan pertanian lestari.
7. Tempoh pelihara ayam menepati konsep pelihara ayam jenis slow growing...iaitu mula sembelih mulai umur 81 hari. Dalam tempoh itu..ayam diberi peluang lepas bebas sekurang-kurang 50% dari hayatnya.
8..Peladangan organik yg berjaya ialah yang berciri ekonomik....dapat menjana pendapatan yang baik...dengan harga produk yang premium.

SITUASI DI MALAYSIA:
Memenuhi kehendak semua tafsiran organik diatas adalah satu cabaran yang berat.
Oleh itu JPV dan UPM bersama berusaha mempermudahkan perolehan persijilan organik Malaysia...MyOrganik. Memang setiap negara diberi kelonggaran dalam memudahkan persijilan agar perkara2 asas organik masih dipatuhi. Setakat ini kelonggaran diberi agar anak ayam boleh diberikan makanan dedak komersil pada peringkat perindukan. Selepas tamat tempoh perindukan....makanan mestilah makanan organik.


A - Z Pasal Ayam (13/17)
Ayam kampung telah lama wujud di kalangan masyarakat kita terutamanya di desa...dikatakan.. melebihi 100 tahun. Ada beberapa negara jiran menyatakan yang ayam kampung telah wujud melampaui 500 tahun.
Dengan itu ayam kampung turut menjadi elemen penting dalam budaya dan kehidupan seharian masyarakat di desa. Ia bukan sahaja sebagai sumber protein yang penting tetapi turut juga diabadikan dalam bentuk peribahasa.
Ada beberapa peribahasa yang biasa digunakan dan ada juga yang macam tidak pernah didengar pada kalangan sebahagian dari kita......seperti berikut:
AYAM BERINDUK, SIRIH BERJUNJUNG: 
 Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.

AYAM BERTELUR ATAS PADI MATI KELAPARAN: 
Hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

AYAM DAPAT, MUSANG DAPAT: 
Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tak hilang.

AYAM SEEKOR BERTAMBANG DUA: 
Gadis seorang, dua bujang yang ingin.

ANAK AYAM KEBASAHAN BULU: 
Gelisah resah, menjijikkan.

AYAM DITAMBAT DISAMBAR HELANG, PADI DI TANGAN TUMBUH LALANG: 
Malang sekali nasib yang buruk.

BAGAI AYAM DIASAK MALAM: 
Tiada lagi daya upaya, tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

AYAM TIDUR SENANG DI DALAM REBAN, MUSANG YANG SUSAH BEREDAR SEKEKILING: Tidak senang melihat orang lain senang atau bahagia.

A - Z Pasal Ayam (14/17)
Telur Ayam Jumbo adalah telur ayam yang saiznya luar biasa besarnya dari telur biasa. Dari mata kasar....telur jumbo nampak lebih panjang/lonjong.
Ia bersaiz besar sebab terdapat dua kuning telur dalam nya....ia itu situasi yg tidak normal. Pada keadaan normal, hanya ada satu kuning telur bagi setiap telur.
Sebab berlakunya ini dikaitkan dengan tahap ovari yang begitu aktif sehingga menghasilkan dua ova (kuning telur) dalam tempoh 2 jam. Oleh kerana tempoh untuk pembentukan telur melibatkan peroses pergerakan kuning telur ini yang makan masa lebihkurang 24 jam.....maka dua kuning telur ini akhirnya berada bersebelahan dan terpaksa berkongsi cengkerang telur.
Dikatakan...ia boleh berlaku pada 10 peratus ayam yang baru bertelur....maklumlah organ seks begitu aktif ketika itu....ia itu pada ayam dalam lingkungan 2 bulan pertama bertelur. Ia bertambah mudah berlaku jika ayam kuat makan....iaitu pengambilan nutrien yg tinggi.
Adakah telur yang ada 2 kuning telur ini subur?
Kalau dah ada benih jantan....sememangnya subur. Janin akan terbentuk...tapi hayatnya tak panjang kerana nutrien dalam telur sudah pasti tidak mencukupi untuk tampung keperluan bagi dua ekor anak. Kalau terjadi....sudah pasti anak kembar dua....tapi ada masalah lain....ada komplikasi dalam menetas pula sebab posisi dua anak dalam telur tidak mengizinkan pemecahan telur (oleh anak) secara semulajadi. Oleh itu kena lakukan pembedahan....lebihkurang macam caesarian. Tapi tak pernah dilaporkan....sebab ia dikatakan mustahil.

A - Z Pasal Ayam (15/17)
Pemangsa ini (ular sawa) semasa ia bersaiz kecil memang tidak kelihatan....mungkin sebab makanannya atau mangsanya bersaiz kecil seperti belalang dan katak. Bila bertambah besar sedikit mangsanya bertambah besar....beralih kepada tikus pula.
Sesudah kenyang betul....boleh tidur...2 atau 3 bulan tanpa makan.
Bahaya akan muncul kpd ternakan ayam apabila ia sudah bersaiz besar dan lingkungan pengembaraan untuk cari makan sudah menjadi luas. Sambil mencari tikus....rezeki untuk dia datang melempah....terjumpa pula ayam...."seperti tikus jatuh ke beras".
Biasanya ular sawa datang solo atau bersendirian. Tapi ini kali pertama ular sawa berkunjung ke reban ayam berpasangan.
Alangkah kaya dunia ini dengan pelbagai makhluk ciptaannya.

A - Z Pasal Ayam (16/17)
Semakin ramai rakyat Malaysia terutamanya ahli profesional dan mereka yg ambil berat pasal makanan kesihatan telah beralih kepada sumber alternatif selain dari ayam daging (white plumage broiler)
Perkara ini telah menjadi nyata di depan mata saya apabila semua tetamu yang duduk semeja dengan saya pada satu open house hari raya di ibukota pada beberapa tahun lalu " tidak lagi membeli serta makan daging dari ayam daging (white plumage broiler)".
ADAKAH MITOS PASAL AYAM DAGING SUDAH BERJAYA ALIHKAN PILIHAN PENGGUNA DI MALAYSIA?
Pertama ....perlu diperbetulkan. Mitos itu hanya mitos sahaja . AYAM DAGING TIDAK DISUNTIK DENGAN HORMON. Penggunaan hormon untuk ayam daging telah diharamkan sejak tahun 1959.
Kedua....penggunaan antibiotik pada ayam daging adalah terkawal di Malaysia. Kerajaan sentiasa memantau agar tidak ada residu antibiotik dalam daging ayam....tidak kira apa jenis ayam yang diternak.
Ketiga....propaganda negatif pasal ayam daging perlu dihentikan. Masih ada laman web/blog yang memburukkan ayam daging dengan menyemai elemen takut kepada pengguna...mungkin untuk lariskan produk yang bukan dari ayam daging berbulu putih/white plumage broiler
Terus beli dan makan daging ayam. Ia adalah sumber protein termurah di Malaysia.

A - Z Pasal Ayam (17/17)
Penyakit Sampar Ayam (Ranikhet/Newcastle disease) tetap menjadi penyakit pembunuh nombor satu ayam di luar bandar dan tidak pada sistem komersil bagi keluaran daging, telur dan anak ayam.
Penyakit sampar disebabkan oleh virus jenis paramyxovirus. Catitan terawal berlakunya penyakit ini adalah pada tahun 1926 di Java, Indonesia dan kemudian pada tahun 1927 di Newcaste-upon-Tyne England. Maka dipanggil nama penyakit ini penyakit Newcastle.
Penyakit ini boleh menyebabkan kematian macam secara tiba2 walaupun virus ini ambil masa 2 ke 6 hari utk berjangkit. Pada malam hari yg sunyi....ayam kampung yg terkena sampar boleh tiba2 jatuh dari pohon tinggi lokasi bermalam...bunyi ia jatuh terhempas ke bumi seakan bunyi durian yang gugur.
Tanda2 penyakit antaranya ialah kesusahan bernafas, selsema, murung, jatuh sayap dan berak hijau. Kematian sehingga 100 peratus. Berdasarkan pengalaman saya pelihara ayam kampung sejak tahun 1960an...yg tidak mati (selamat/masih sihat) ketika wabak melanda ialah betina yg sedang duduk mengeram (sebab berasing) dan jantan tua. Oleh itu ayam kampung tidak akan pupus disebabkan wabak sampar. Bagi yg sakit....tapi tidak/lambat mati...leher ia terpulas...kepala dicelah kangkang....dan jalan berundur.
Wabak terjadi biasanya ketika ada perubahan cuaca dari satu ekstrim ke ekstrim yg lain. Penyakit ini endemik di Malaysia...iaitu virus itu ada sepanjang masa dan memuncak dari masa ke semasa. Virus boleh pindah dari ayam ke ayam melalui cecair atau tinja. Pada persekitaran...virus boleh hidup berminggu2 pada keadaan panas dan lembap seperti Malaysia. Dalam keadaan sejuk beku....virus boleh hidup sangat lama. Virus ini mati bila keadaan kering/dehydration atau terkena sinaran UV. Kasut....pakaian....peralatan serta benda lain yg tercemar dengan virus boleh menjadi ejen pembawa penyakit. Oleh itu elakkan atau hadkan pelawat ke reban ayam anda dan jangan sekali jadikan ladang anda sebagai lokasi agropelancungan.
Cara mengatasi penyakit ayam adalah secara penvaksinan. Kawalan melalui veksin adalah hanya opsyen yg ada kerana tidak ada penawar ketika wabak melanda. Petua2 yg digunakan mungkin sia2 aje apabila semakin banyak ayam telah terkorban.
Pencegahan melalui penvaksinan pada tahun 1960an dan 1970an merupakan program untuk komuniti pemilik ayam....tapi tidak lagi berlaku skrg. Semasa saya kecik2 dulu...kami bawa ayam kampung ke pejabat veterinar untuk diveksin atau panggil staf jabatan veterinar ke rumah utk veksin/cucuk ayam bagi lindungi ayam dari sakit sebelum berlaku wabak sampar.
Ayam kampung adalah sumber protein yg paling mudah/percuma bagi penduduk luar bandar. Maka pencegahan adalah penting. Pihak berwajib perlu usahakan program yg sesuai agar wabak sampar tidak dibiar terjadi begitu sahaja.
Tidak ada kes penyakit sampar berjangkit kpd manusia seperti pemilik ayam atau pada penduduk sekitar. Ia tidak berbahaya kpd manusia.
Catatan Dr Azhar UPM

No comments: