Alhamdulillah anak reban semakin positif. Cutting dominan Fire seperti product di Kuantan telah ditambah baik dengan pemilihan induk-induk reban yang lebih fokus kepada aksesori dan perangai.
Untuk batch ini, kebanyakkannya telah ditempah dan dibayar oleh peminat serama disekitar Bintulu, Miri dan Sibu.
SMk turut rasa bersyukur, selain sambutan yang baik dikalangan peminat di Sarawak ianya juga memberikan satu pengiktirafan kepada produk dari reban SMk. Sesungguhnya produk dari reban SMk mempunyai tarikan dan kelebihannya tersendiri iaitu lebih kepada 'gaya' berbanding saiz yang mana saiz kecil telah lama disukai di Sarawak berbanding ayam bergaya di atas meja.
Semoga ayam serama terus mendapat sambutan dikalangan peminat, bukan saja sebagai ayam untuk pertandingan tetapi juga sebagai pets di setiap rumah.
SMk
No comments:
Post a Comment