Wednesday, 2 May 2018

Rawatan Puru

Kredit kepada Fatah Farm untuk perkongsian ini.



Salam sejahtera buat semua..

DIsebabkan masih ramai lagi yang pm bertanya cara untuk merawat masalah puru dalam tengkak. Kali ini saya bagi cara detail mengikut pengalaman sendiri.

Kita sedia maklum, penyakit PURU seringkali menyerang ayam jantan.. Baik, sebelum saya ulas lebih lanjut, mari kita semak punca penyakit puru..

Dari pengalaman saya yang baru setahun jagung dalam arena ayam hiasan ni.. Saya mengenal pasti dan mendapati punca PURU ialah dari lendir mucus atau hingus ayam pada rongga ayam yg bersambung dari lelangit atas ke hidung dan terus ke mata.. Apabila ayam terkena selsema, hingus ayam akan terkumpul pada lelangit atas.. Ini yg membuat ayam akan bersin berulang kali dan sesak nafas.. Jika tidak dirawat, hingus akan terkumpul dan memejal dan berkumpul di kawasan mata dan tekak.. Seperti dalam gambar ini..

Selain dari selsema, ayam yang tidak dibersihkan tekaknya dengan baik ketika selesai sabung atau sparring biarpun hanya sekejap juga punca paling besar.. Hingus yg terkumpul bersama darah akan menempel pada luka2 di dalam kerongkong ayam dan lawa kelamaan akan membentuk gumpalan putih yg banyak..

Untuk mengelak masalah ini, rawatan segera seperti memberi ubat selsema amat penting.. Jika ayam berada di tahap bersin-bersin dan keledak putih terkumpul pada mata, hal yang perlu kita buat ialah bersihkan kawasan itu.. Selepas cuci tekak buang lendir menggunakan bulu ayam. Gunakan putik kapas, cucuk dan bersihkan hingus pada kawasan lelangit atas, pastikan kawasan itu bersih sebersihnya.. Sesudah itu, gunakan putik kapas baru dan cucuk dari lelangit tekak masuk ke atas melalui salur penghubung tembus ke mata untuk menolak hingus pada saluran mata sekaligus menolak keledak putih puru pada mata ayam.. ini agak ganjil tetapi ia berkesan.. Begitu juga hidung.. Tekan dari ekor mata ke lubang hidung agar hingus keluar..

Bagi masalah PURU tekak pula, jangan risau, ia tak sesukar yang disangkakan.. Dari pengalaman saya selama ini, akhirnya saya temui satu kaedah mudah untuk merawat puru tekak.. Selain ubat selsema, sediakan bahan ini..

1 - Halia (hiris halus atau tumbuk)
2 - Kunyit (hiris halus atau tumbuk)

Kemudian dua bahan tadi kita ambil dan campurkan bersama tanpa membuang airnya, kemudian bulatkan menjadi bebola sebesar jari kelingking, buka mulut ayam dan masukkan ke dalam tekak ayam.. Jangan biar ayam telan dulu.. Urut-urutkan leher ayam tadi agar dua bahan tadi merebak ke kawasan puru tekak.. lakukan dua kali sehari pagi dan petang, dalam masa 2 hari, puru akan beransur sembuh..

SELAMAT MENCUBA. SHARE JIKA BERMANFAAT.

#info #fattahfarm #puru

No comments: