Beberapa hari ini, SMk dihubungi
rakan-rakan FB untuk bertanya tentang Game Serama Online. SMk telah
memaklumkan bahawa Siri 8/2020 telah tamat dan tiada lagi siri
sambungannya selepas ini.
Namun, SMk telah memaklumkan bahawa ada
beberapa pihak yang berhasrat untuk menganjurkan pertandingan ayam
serama online selepas sambutan hari raya puasa nanti. Setakat ini, yang
diketahui oleh SMk adalah satu persatuan ayam serama dan satu lagi oleh
admin page jualan ayam serama.
Perancangan
penganjuran pertandingan oleh pihak persatuan ayam serama tersebut
lebih kepada mengikut prosedur standard penganjuran pertandingan ayam
serama seperti yang SMk anjurkan, cuma ianya dikenakan bayaran yuran
oleh pihak penganjur. Manakalapenganjuran yang dicadangkan oleh pihak
admin page jualan ayam serama lebih kepada pertandingan open, dimana
pemenang adalah berdasarkan kepada pilihan pengunjung laman page
tersebut dan pemenang ditentukan oleh Like terbanyak yang diperolehi
oleh peserta terbabit.
Makanya,
pada hemat penganjur ianya lebih mengurangkan kontroversi dipihak
pengadilan jika ada. Bagi SMk, apa pun cara yang digunapakai, SMk tetap
memberikan sokongan. Ini kerana penganjuran pertandingan ayam serama
diakui sebagai salah satu aktiviti yang pastinya menghangatkan senario
semasa dunia ayam serama. seterusnya dapat merangsang ekonomi bagi dunia
ayam serama.
Namun
semestinya, ada pihak yang kurang bersetuju dengan langkah penganjuran
ini kerana kepentingan individu. Tetapi ini adalah usaha murni yang
patut diberi ruang dan peluang agar lebih memberi impak yang positif
semasa Covid-19 dan selepas hari raya puasa nanti.
Tempoh
masa untuk mengadakan pertandingan secara fizikal juga agak tidak
menentu dimana aktiviti berkumpul mungkin hanya akan dibenarkan pada
awal tahun hadapan. Oleh itu, bagi mengelakkan kesuraman kepada dunia
serama, aktiviti berserama secara medsos ini amat positif sekali dan
sepatutnya mendapat tempat dihati peminat ayam serama sendiri.
SMk
No comments:
Post a Comment