Sunday, 13 September 2020

Hari Ahad di Reban SMk

 Pada hujung minggu seperti biasa, SMk lebih banyak menghabiskan masa direban SMk berbanding hari-hari yang lain. Oleh itu, pada hari ini, SMk seperti biasa mengemaskini ayam serama direban dalam bentuk rawatan, pembaikan atau perawatan malahan memenuhi jadual supliment seperti yang telah direncanakan pada setiap bulan.


 Antara anak reban, ayam jantan yang ada direban SMk sekarang adalah seperti yang dirakaman video diatas. Ayam jantan ini semua, SMk asuh khas untuk dijadikan sebagai pelapis pembaka reban SMk. Kedua-dua anak ayam jantan ini belum SMk berikan nama lagi. Mungkin nanti apabila mendapat satu cetusan idea, SMk akan berikan nama yang sesuai untuk kedua-dua ayam ini. 

Ayam Muda ini pula SMk berikan nama FireIstinggar bermula dari hari ini. Tadi SMk cuma sempat mengelap ayam ini dengan span yang basah kerana di Kuching sekarang masih hujan dan berangin sejuk. Malahan untuk mengeringkannya tadi SMk terpaksa mengunakan hair Dryer bagi mamastikan ayam tetap sihat tanpa sebarang kejutan perubahan suhu yang drastik. 

Jika cuaca baik, SMk akan bagi mandi ayam Muda ini dan seterusnya pada hujung minggu akan datang, SMk akan adjust bilah ekor ayam ini supaya lebih sesuai dengan seekor ayam kategori Muda. Walaupun ayam SMk tidak berpeluang hadir ke bon kerana SMk merupakan pengadil ayam serama di Sarawak, namun ianya tidak menghalang SMk dari menyiapkan ayam serama supaya kekal cantik dan bergaya mengikuti spesifikasi pertandingan untuk dirumah SMk. 

Apa yang penting adalah ayam kesayangan SMk dijaga dengan baik, disayang dan memberikan hasil dan keseronokkan kepaada kita sebagai pemiliknya. 

SMk

No comments: