Showing posts with label pembaka jantan reban serama malaysia ku. Show all posts
Showing posts with label pembaka jantan reban serama malaysia ku. Show all posts

Thursday, 4 June 2020

Ubat Cacing Penggal Kedua


Hari ini, SMk memberi ubat cacing kepada semua ayam direban SMk di Semariang Aman. Apabila dikira kekuatan reban, didapati ayam dewasa SMk adalah sebanyak 41 ekor dan 5 ekor anak ayam. Memang berkurang sungguh berbanding awal tahun yang lalu. Gara-gara PKPB tak sangka ayam serama menjadi seperti pisang panas. Alhamdulillah, rezeki SMk dari Allah dalam berhobi. Semoga rezeki ini berterusan. Aamin.

Oleh itu, SMk telah memasukkan dua ekor ayam muda masuk kesenarai breeding bagi menambah kekuatan pembaka SMk yang sedia ada. Seekor adalah dari line Fire manakala seekor lagi adalah dari line Godic the Yelow legged.



Semoga dalam sebulan dua ini, pembaka junior ini dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan baik. SMk akan memantau prestasi kedua ekor ayam muda ini dimasa akan datang.

SMk

Wednesday, 18 October 2017

Pembaka Rinting


Pembaka Rinting SMk sekarang telah dijadikan pembaka bagi menguatkan aliran rinting direban SMk. Ayam ini bertubuh tinggi dan jenis rajin dan agak bergaya. SMk akan menantikan hasil breeding ayam ini dalam tempoh dua bulan yang akan datang. Insya Allah.

SMk

Sunday, 26 February 2017

Reban SMk (Sarawak)


Update reban SMk 26/02/2017



Terima kasih kepada adik SMk, kerana dapat meluangkan masa untuk memberi mandi sebahagian ayam jantan SMk. Ayam jantan ini, terdiri daripada beberapa baka dan reban sohor otai serama yang telah SMk kumpulkan dengan jayanya.

Ada yang telah mula menghasilkan anak reban dan ada yang telah berubah dari anak B ke remaja dan muda. Harapan SMk agar ayam-ayam ini terus sihat agar memudahkan SMk meneruskan perancangan masa hadapan buat semua line yang ada nanti. Semestinya, SMk tidak akan sekali-kali melakukan crossing kepada ayam ini agar ianya dapat mengekalkan originality identitinya dari reban asal mereka.

SMk