Alhamdulillah, untuk musim pertama bagi tahun 2021, SMk telah berjaya menganjurkan satu pertandingan online bagi episod satu. Insya Allah episod kedua iaitu kategori anak A anak diadakan dalam masa 2 minggu lagi.
Salam sahabat, agak lama juga SMk tidak mengemaskini blog kesayangan SMk ini kerana kekangan masa dan masalah laptop SMk yang agak menghantui SMk akhir-akhir ini.
Namun, dengan kesempatan yang ada, SMk cuba untuk menulis semula secara aktif dalam penulisan atau sebagai blogger ayam serama semula.
Malaysia dan seluruh dunia sekarang telah dilanda penyakit berjangkit bertaraf pendemic iaitu Corona Virus atau sekarang telah dipanggil dengan nama khusus iaitu Convid 19. Penularan penyakit ini telah menyebabkan kerajaan Malaysia menguatkuasakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyatnya. Oleh itu pertandingan ayam serama, atau apa-apa aktiviti berkumpulan adalah dilarang sama sekali.
Oleh itu, SMk telah mengadakan satu iniatif untuk mengadakan pertandingan ayam serama secara online bagi semua warga FB dimana jua mereka berada dengan tiada yuran dikenakan. Syaratnya juga mudah iaitu, peserta cuma perlu upload satu video pendek sepanjang 30 saat ke whatapps SMk mengikut kategori yang disertai pada khamis setiap minggu PKP.
Pemenang akan diumumkan pada hari yang sama dan video juara akan diupload di FB dan Youtube milik SMk sebagai satu ganjaran kepada pemenang. Setakat ini sambutan adalah mengalakkan dengan jumlah penyertaan hampir kepada seratus penyertaan iaitu dari beberapa negara luar seperti Myanmar, Thailand, Filipina, Indonesia, Negara Arab, Negara Eropah dan USA disamping Malaysia.
Setakat hari ini, pertandingan ini telah memasuki siri yang ketiga. Semoga usaha yang SMk lakukan ini dapat membantu untuk peminat ayam serama berasa tidak kosong apabila terlalu lama dirumah. Ini kerana pengisian ini dapat menyibukkan para peserta dengan aktiviti yang positif.
Video diatas adalah video pertandingan Ayam Serama Online siri 3/2020 yang lalu. Insya Allah khamis akan datang SMk akan mengadakan siri ke-4 insya Allah.