Showing posts with label projek serama Smk. Show all posts
Showing posts with label projek serama Smk. Show all posts

Sunday, 16 April 2017

Sorotan Seminggu reban Serama SMk


Tumpuan projek SMk seterusnya adalah kepada ayam serama yang SMk perolehi dari reban Pok Syed dan Reban Meng KB. Maklumat terkini yang diperolehi, sebanyak 4 pembaka tengah rancak breeding dengan menghasilkan telur dan ada dua ekor induk telah mulai masuk mengeram. Pastinya hasil untuk dua line ini antara yang ditunggu-tunggu oleh SMk sendiri. Jika ada yang menetas nanti, SMk akan update perkembangan terkininya dari masa ke semasa.


Ini adalah anak FireSpring12 dan Fire 3.0 yang SMk ada update sebelum ini. Ada bunyi seolah-olah ada yang hendak merisik anak-anak ini tetapi suka SMk ulangi, ayam-ayam ini tidak dijual kerana bakal dimasukkan kedalam senarai breeding bagi reban SMk di kampung. Tidak semua breeder adalah penjual. Oleh itu SMk lebih berminat untuk memeliharanya buat masa ini. 


Sebenarnya dara ini ada 5 adik beradik yang SMk ambil dari sahabat SMk iaitu Rizal Fahamee  dari Cenderawasih, Kuantan. Semasa SMk ambil dari reban beliau, anak-anak ini adalah anak A. Sungguh cepat masa berlalu, dah besar tina ini sekarang. 

Seekor daripada tina ini telah dimabil dan dimasukkan dengan pejantan Muda (anak FireSpring12). Kemungkinan dalam tempoh 2 atau 3 minggu akan datang kita akan mendapat info mengenai hasil projek breeding tersebut.

Tina dari Rizal Fahamee ini adalah ayam hasil reban beliau dimana mempunyai dara Kay Lempeng. Semoga lebih banyak hasilnya nanti yang SMk boleh lihat dan kongsi bersama kawan-kawan apabila hasil breed menjadi nanti.

SMk

Saturday, 2 April 2016

Fire's


 Alhamdulillah.... rezeki Smk mudah sekali ya Allah. Terima kasih Allah semua sekali 6 biji telur line Fire ini telah menetas dengan sihat. Kemungkinan yang last sekali ada ekor kelabu itu kemungkinan ada. Kita tunggu nanti tiba masanya.


Smk telah menyediakan brooder dengan mengunakan bekas palstik (container) dengan atasnya diletak dawai dan dipasang dengan lampu jimat elektrik jenama philip dengan 15 watt. Manakala lantai atau lapiknya Smk mengunakan karpet jenis nipis agar suhu didalam bekas tersebut tidak terlalu panas dan terlalu sejuk. apabila bulu anak-anak ini telah penuh bulu iaitu menjadi anak B siap, maka lampu tidak lagi digunakan.

Smk

Projek Smk


Inilah projek Smk untuk tahun 2017 nanti. Bloodline ini akan digunakan sebagai asas untuk pembiakan serama bagi reban Smk di kuching nanti apabila bersara. Tetapi projek ini telah berjalan awal sejak awal tahun 2016 sekarang masa dikampung pun, FireSpring12 dan induk Misz A400M ini telah mula bertelur, semoga ada hasilnya nanti. Juga telur yang dibawa dari Kuantan nanti, jika ada bertina akan dimasukkan dengan pembaka FireSpring12 supaya menjadi lebih kuat darahnya menyamai reban Smk di Kuantan agar selari.