Showing posts with label reban semariang aman. Show all posts
Showing posts with label reban semariang aman. Show all posts

Saturday, 18 August 2018

Tips Mengeram


SMk mengunakan botol sebagai tempat mengeram ayam serama direban SMk kerana ianya mudah diselenggara dan juga bagus untuk melatih induk muda belajar mengeram. Teknik ini telah SMk amalkan sejak sekian lama dan amat effektif bagi reban SMk sehingga kini.

Kebiasaannya induk akan mengambil masa 2 atau 3 hari untuk membiasakan dirinya didalam botol, dan akan mengeram dengan sendirinya selepas itu.

SMk

Tuesday, 13 February 2018

Pembaka BlackRose


Pada 1 Februari 2018, BlackRose telah bergelar bapa kepada beberapa ekor anaknya direban SMk di Semariang Aman, Kuching Sarawak. Anak kepada pembaka ini ada telah ditempah oleh kawan-kawan dan follower SMk. Tetapi ada syaratnya, SMk hanya akan melepaskan anak jantan sahaja buat permulaan ini kerana SMk masih kekurangan ayam betina direban SMk.

Apa yang penting adalah anak-anak ini sihat membesar sehingga dewasa dan berbakti direban SMk. Setakat hari ini, semua anak-anaknya masih sihat dan cergas.

SMk

Wednesday, 27 December 2017

Reban baru



Syukur kehadrat ilahi, reban SMk yang ditempat dua bulan lepas telah siap separuh. Reban jenis berlaci ini SMk tempah dari FB Ya'akub Tamin sahabat SMk yang pakar dalam pembuatan kabinet dapur. Almari reban ini sebanyak 4 almari dengan 5 pintu setiap satu.

Almari ini, SMk akan gunakan fokus kepada breeding sahaja. Separuh lagi almari, masih dalam pembuatan dimana almari tersebut pula lebih kepada untuk menempatkan induk-induk yang mengeram dan membawa anak. Semoga almari yang separuh lagi dapat disiapkan cepat untuk digunapakai direban SMk.

Secara sahnya, dengan ketibaan almari-almari reban ini bermakna bermulalah reban SMk di Semariang Aman, Kuching secara sah beroperasi 😉.

SMk