Hari ini SMk menghantar bekalan ubat kepada stokis di Kuantan iaitu sahabat SMk, saudara Zack dari Alor Akar. Ubat ini akan dipasarkan seperti biasa melalui MedSos dan mungkin juga melalui laman jualan seperti shopee dan lazada barangkali. SMk cuma membantu beliau dalam medapatkan bekalan ubat tertentu sahaja. Urusan jual beli boleh berhubung terus dengan beliau sendiri dan SMk tidak terbabit dalam sebarang urusan jual beli tersebut.
Setakat ini, bekalan ubat adalah mencukupi dan selalunya SMk akan menghantar kepada penjual-penjual setiap tiga atau empat kali sebulan. Order ini akan terus SMk panjangkan kepada pihak kedai bagi penyediaan bekalan sebelum SMk mengambil dan menghantarkannya pada hari yang sama.
Line ini telah masuk tiga tahun berada direban SMk, oleh itu SMk akan memberi tumpuan kepada line ini dengan memaksimakan breeding dan memastikan anak bagi bloodline ini disimpan sebagai pelapis. Supaya SMk sentiasa memiliki penganti yang berterusan dan tidak kehilangan darah bagi line ini.
Walaupun sekarang ada seekor ayam muda dari darah ini yang ada disimpan, tetapi SMk berasa perlu ada lagi sekurang-kurangnya dua ekor lagi pelapis pembaka untuk line ini supaya ianya lebih mudah untuk SMk. Insya Allah dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang, SMk akan mendapat hasil dari dua pasangan ini, oleh itu penumpuan perlu diberikan dari masa ke semasa.
Bagi pelapis induk, SMk tidak menghadapi masalah, kerana SMk telah mempunyai pelapis induk yang mencukupi bagi line ini. Bagi line ini, dengan sukacitanya SMk umumkan, SMk menutup jualan bagi anak-anak line ini sementara waktu bagi memberi peluang tapisan pembaka bagi reban SMk.
Alhamdulillah, pagi ini SMk sempat berjumpa seorang sahabat peminat ayam serama iaitu saudara Joe Burgner di Satok Kuching. Sambil menyerahkan sehelai baju T-Shirt Raja Serama Sarawak, SMk sempat berbicara sebentar dan mengambil foto ini untuk dijadikan kenangan dimasa hadapan dengan sedikit jarak mengambil kira gaya baru, norma baru kehidupan semasa Covid-19.
Beliau juga ada bertanya kepada SMk samada ada memiliki stok anak serama, namun sukacitanya SMk memaklumkan kepada beliau, buat masa ini SMk kehabisan stok anak ayam serama kerana telah dibeli rakan-rakan peminat serama pada bulan Ramdhan yang lalu.
Semoga jika ada peluang lagi, boleh berjumpa dan berbicara dengan panjang lebar dilain masa dengan saudara Joe kita. Terima kasih SMk ucapkan.
Selalunya penyakit ayam lumpuh pada ayam serama, adalah kebanyakkannya dikesan berlaku kepada induk yang dalam proses bertelur atau yang tengah mengeram. Malahan ada yang terjadi ketika ibu tengah membawa anak.
Semalam iaitu pada 5 Jun 2020 jam 8.48 pagi, SMk dapati seekor induk yang SMk asing setelah proses breeding tiba-tiba menjadi lumpuh dan tidak boleh bergerak. Oleh kerana ianya baru terjadi, maka SMk terus mengambil langkah rawatan segera dengan memberi induk tersebut dengan ubat tertentu seperti berikut :
a. Pil Champion 1 biji
b. Air vitamin SK Champion
c. Multivitamin
Pada hari ini 6 Jun 2020 jam 8.15 pagi, SMk mendapati ayam tersebut sudah boleh berdiri semula dan nampak aktif menunggu makanan (Lapar sebab semalam mungkin induk tersebut kurang makan). SMk memberi makanan yang agak lebih kepadanya dan memberi ubat berikut sebagai tambahan hari kedua.
a. Pil Champion 1 biji
b. Air Vitamin SK Champion
c. Multivitamin
d. Kalsium
SMk akan update, mengenai ayam ini esok dan ditulis pada sambungan pos ini sebagai rujukan masa akan datang.
Hari ini 7 Jun 2020 jam 7.45 pagi, SMk dapati induk tersebut semakin baik dan tidak lagi nampak lemah, malahan berdiri dan bergerak dengan baik sekali. Oleh itu, untuk kali ini SMk akan memberi ubat seperti berikut untuk hari ini.
a. Multivitamin
b. Kalsium serbuk dicampur dalam makanan
c. Madu
e. Air minuman dicampur Vitamin SK Champion
Jika keadaan semakin baik, SMk akan kembalikan diet induk tersebut kepada diet asal untuk dua atau tiga hari. Jika kekal, SMk akan memberi induk ini ubat cacing (10 jun 2020) bagi menambahkan lagi kesihatannya ditahap yang optimum.
SMk akan update semula selepas dua tiga hari nanti untuk update post ini semula.
13 Jun 2020 SMk telah memberikan ubat cacing kepada induk tersebut, dan hari ini nampak positif dan bertambah selera makannya. Oleh itu, SMk akan memberhentikan ubat klinikal dan akan mengantikan dietnya dengan makanan yang dicampur dengan tulang sotong.
Alhamdulillah, misi rawatan berjaya. Syukur Alhamdulillah. Case Closed.
FireRentaka juga SMk jadikan sebagai pembaka bagi mengimbangi jumlah pembaka aktif direban SMk bagi tahun 2020. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik dengan pasangan yang dimasukkan juga jenis yang tidak melawan pembaka dan memang telah siap untuk breeding.
Semoga dalam tempoh sebulan dua akan datang, SMk akan dapat melihat hasil dari pasangan ini untuk menilai dan membuat tapisan kepada kualiti anak-anaknya. Line ini SMk masih tidak cross dan masih mengekalkan teknik inbreed bagi mengekalkan line Fire yang ada padanya.
Reban ayam merupakan satu tempat yang mudah diserang atau mengalami masalah kehadiran tikus yang banyak jika tidak dikawal. Ini kerana saki baki makanan ayam boleh menarik deria tikus dan menyebabkan tikus mudah datang ke reban terutama musim lembab atau hujan.
Kehadiran tikus direban ayam, terutama reban ayam serama adalah amat berbahaya dan kritikal. Ini kerana tikus yang extrim akan menyerang ayam serama dan akan makan isi dalaman ayam secara berkumpulan sehingga ayam serama mati kesakitan tanpa dapat melawan.
Bagi reban SMk, pengawalan ini dilakukan dengan mengunakan racun tikus yang SMk perolehi dikedai hardware berdekatan dengan kediaman SMk. Ubat ini sangat berkesan bagi menarik tikus supaya memakannya, kerana gabungan isi kandung umpan racun tikus ini terdiri dari jagung iaitu salah satu sumber makanan yang selalu dijumpai direban ayam. Oleh itu, tikus tidak akan melepaskan peluang untuk memakan racun ini kerana dianggap sebagai makanan iaitu jagung direban.
Sepanjang minggu ini SMk telah mengunakan racun ini direban, kebekesanannya amat positif dimana setiap hari SMk akan menjumpai tikus yang mati dipesekitaran reban. Ubat ini juga sangat tahan lama, walaupun terdedah dan diletakkan diruangan yang terbuka. Maka pengunaan racun ini amat memudahkan penguna dan senang untuk maintenance reban.
Ini antara tikus yang SMk jumpa direban pagi tadi, semasa memberi makan ayam serama direban SMk. Ada bermacam-macam jenis racun yang ada diluar sana, tetapi bagi SMk racun jenis ini sangat sesuai bagi SMk kerana tidak merbahaya untuk haiwan lain seperti burung dan sebagainya. Lagipun kita cuma hendak mengawal kehadiran tikus liar oleh itu memang ubat ini paling sesuai.
Hari ini, SMk memberi ubat cacing kepada semua ayam direban SMk di Semariang Aman. Apabila dikira kekuatan reban, didapati ayam dewasa SMk adalah sebanyak 41 ekor dan 5 ekor anak ayam. Memang berkurang sungguh berbanding awal tahun yang lalu. Gara-gara PKPB tak sangka ayam serama menjadi seperti pisang panas. Alhamdulillah, rezeki SMk dari Allah dalam berhobi. Semoga rezeki ini berterusan. Aamin.
Oleh itu, SMk telah memasukkan dua ekor ayam muda masuk kesenarai breeding bagi menambah kekuatan pembaka SMk yang sedia ada. Seekor adalah dari line Fire manakala seekor lagi adalah dari line Godic the Yelow legged.
Semoga dalam sebulan dua ini, pembaka junior ini dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan baik. SMk akan memantau prestasi kedua ekor ayam muda ini dimasa akan datang.
Ini merupakan batch Raya puasa tahun 2020, dimana induk mengeram pada bulan Ramadan yang lepas. Batch anak-anak yang menetas sebelum bulan puasa telah habis dijual kepada peminat disekitar Kuching.
Oleh itu, bagi batch ini, SMk berhasrat untuk menyimpan yang mana yang ada ini sebagai pelapis reban SMk. Untuk tempoh sekarang, SMk memiliki empat ekor pembaka reban yang muda yang telah mula digunakan sebagai pembaka reban bagi mengantikan pembaka-pembaka yang telah berusia, disamping pembaka yang sedia ada.
Setakat ini, nampak berhasil dan tapisan ini telah menghasilkan keputusan breeding yang positif didalam menghasilkan anak-anak reban. Insya Allah SMk akan memaksima apa yang ada bagi mendapat input yang lebih baik dengan izin dari Allah s.w.t.
Hari ini SMk menerima dua soalan dari peminat serama berkenaan dengan masalah kesihatan ayam serama. Soalan tersebut adalah seperti berikut :
1. Bagaimanakan merawat ayam yang mempunyai masalah puru dalam leher ayam?
Bagi masalah ini, pertama sekali bersihkan mulut dan kerongkong ayam dengan bulu ekor ayam dengan air bersih. Cuba keluarkan sebanyak mungkin saki baki makanan atau apa saja yang terlekat didalam kerongkong atau leher ayam tersebut. Seterusnya ambil sedikit halia dan kunyit hidup, ditumbuk keduanya, diambil sekali dengan air hasil dari tumbukan tadi, digumpal kecil dimasukkan kedalam leher ayam. Setelah dimasukkan, apabila telah ditelan ayam, gosok pelahan leher ayam tersebut pelahan-lahan agar sebatian tadi menyerap kepada seluruh kerongkongnya dan mestilah diulangi 2 kali setiap hari sehingga sembuh. Biasanya, selepas dua hari, ayam akan mulai menunjukan keadaan yang positif. Jika dalam tempoh ini, ayam menjadi tidak berselera untuk makan, maka suaplah ayam tersebut dengan pisang sehingga ayam tersebut berselera semula untuk makan seperti biasa.
2. Apakah teknik terbaik bagi merawat ayam teleng?
SMk menyarankan rawatan atau teknik mestilah mengikut tahap umur dan kesesuaian semasa bagi seekor ayam. Ini kerana jika ayam tersebut telah tua dan isinya telah keras, maka agak sukar untuk disembuhkan.
Jika ayam telah dewasa, masukkan ayam tersebut bersama-sama banyak ayam bertina lain atau ayam lain dalam 3 atau 4 ekor agar ayam kembali aktif dan dapat mengurangkan tabiatnya dengan cenderung ke arah melihat satu arah. Boleh juga diletakkan tali berwarna terang di sebelah pangkal sayap berlawanan dengan teleng ayam tersebut.
Manakala bagi ayam yang masih muda, anak C dan remaja SMk lebih suka menyarankan agar ayam diurut dengan span basah bersama-sama air suam. Cara mengurutnya adalah seperti video dibawah.
Ini adalah kali yang keenam, sepanjang mengunakan Facebook akaun SMk telah mencapai tahap 5 ribu friend list. Oleh itu, hari ini, SMk perlu membuat tapisan semula kepada senarai kawan SMk bagi memberi peluang kepada kawan-kawan baru yang hendak menjadi Friend List kepada SMk.
Sejak dari penganjuran online contest yang lepas, banyak permohonan dari sahabat tidak dapat SMk approve, kerana pada timeline mereka mengunakan gambar budak (mungkin anak), gambar isteri dan gambar yang tidak berkaitan dengan ayam serama. Malahan jika dilihat pada timeline mereka, SMk dapati tiada posting tentang ayam serama. Oleh itu, SMk tangguhkan dahulu permohonan tersebut bagi memberi peluang kepada sahabat-sahabat yang benar-benar ingin mengikuti contest online.
Maka, hari ini, sekali lagi akaun SMk mencapai lima ribu Friend List oleh itu SMk telah membuat tapisan semula sebentar tadi. Kini jumlah Friend yang ada di akaun FB SMk ialah 4996 orang setelah sedikit tapisan dilakukan. Mungkin SMk akan mengurangkan lagi sebentar lagi, kerana SMk dapati ada sahabat-sahabat serama SMk memiliki dua atau tiga akaun yang tidak aktif. Ini boleh mengurangkan lagi jumlah friend list tersebut.
Namun, bagi yang hendak mengikuti setiap posting bagi akaun FB SMk sebenarnya sahabat-sahabat boleh menekan butang Follow dan tidak terlepas dari perkembangan Timeline SMk.