Wednesday, 29 March 2017

Dilema Penghantaran



SMk sememangnya diketahui telah banyak kali menghantar ayam ke kampung halaman dan sekurang-kurangnya 12. Namun, setiap penghantaran mengunakan kaedah yang berbeza-beza.

SMk juga mendapati ada bunyi-bunyi sumbang akan penghantaran yang SMk lakukan ini. Tetapi SMk tidak kisah kerana orang cuma boleh berkata tapi mereka tidak tahu kesukaran dan kesusahan yang kita alami dari segi tenaga dan wang ringgit. Padahal berhobi pastinya memerlukan belanja yang besar, itu perlu disedari.

SMk pernah menghabiskan sehingga yang tertinggi RM3900 untuk kos penghantaran ayam dan kuarantin. Ada juga yang murah dari itu. Ada macam-macam cara yang telah SMk rasai.

Sehingga pada satu tahap, demi serama SMk sanggup drive dari Kuantan ke Subang dan patah balik semata-mata menghantar ayam agar sampai kepada agen. Pengalaman SMk sendiri juga, ada banyak ayam SMk hantar untuk penghantaran telah mati sebelum sampai kepada agen kerana kemungkinan kurang penjagaan atau masalah kesihatan. Inilah yang menjadi isunya. Ada banyak teman-teman SMk hendak mengikut atau menumpang penghantaran yang SMk lakukan tapi adakah mereka sedar kalau ayam tersebut mati sebelum sampai kepada agen akan jadi tanggungjawab siapa? Sebabnya SMk bukan orang yang menjaga ayam-ayam tersebut di KL. Tetapi SMk mengupah kawan untuk menjaganya. Sedangkan ayam SMk sendiri dari 18 ekor pun sampai di Kuching tinggal 11 ekor. Sanggupkah kawan-kawan untuk menanggung kerugian sebegitu?

Belum lagi ayam yang dihantar telah diambil oleh agen sendiri untuk dijadikan cenderahati?

Tambah lagi, kawan-kawan yang hendak menumpang penghantaran ayam cuma tahu ayam mestilah sampai distesen atau terminal bas terdekat, padahal agen SMk di Subang tidak mahu mengambil ayam ditempat lain selain dari tempat yang dijanjikan. Adakah kawan-kawan SMk faham? Rasanya tiada siapa yang akan faham. Maka dari itu sejak dulu, SMk cuba bantu kawan-kawan sedaya yang SMk mampu manakala kalau tak mampu semestinya SMk tolak awal-awal. Biarpun macam-macam yang akan SMk dengar tetapi bagi SMk kita jujur adalah lebih baik.

Terus terang SMk katakan, selepas ini SMk tidak akan menghantar ayam ke kampung halaman sekurang-kurangnya sehingga setelah betul-betul menetap dikampung halaman. Jika menghantar manti setelah menetap disana SMk akan mengunakan route jauh, biar pun mahal asalkan semua ayam SMk hendak bawa masuk selamat sampai ditangan SMk.

Ianya agak mengecewakan apabila ayam yang ditunggu-tunggu tidak sampai. Biarlah SMk yang tahu dan mengalaminya asalkan jangan kawan-kawan SMk merasainya kerana SMk pasti mereka tidak akan dapat cool seperti SMk.

SMk

Tuesday, 28 March 2017

Dara Fire



Dara ini membawa darah Fire yang kuat dan diserah kepada kawan SMk semasa anak B. Namun sekarang telah masuk kategori dara dan nampak sihat. Tahniah en ibi semoga berjasa kepada beliau.

SMk

Last batch Reban Kuantan



Alhamdulillah.. anak reban SMk dari kuantan telah tiba di kampung halaman SMk. Namun pada mula diterima oleh kawan SMk sebelum berlepas ke sana beliau menaklumkan anak-anak tersebut dalam keadaan yang kurang penjagaan dan nampak kurang air dan makanan.

Namun setelah dijaga dibersihkan dan diberi segala keperluan, ayam tersebut semakin baik. Kawan SMk telah menyerahkan ayam-ayam ini kepada adik SMk.

Ayam-ayam ini dikuarantin dan akan divaksinkan dalam sehari dua ini. Semoga segalanya berjalan lancar.

SMk

Monday, 27 March 2017

Keratan Akhbar



SMk

Pertandingan Ayam Serama anjuran GBBS


Semalam iaitu 27/3/2017 telah berlangsungnya Pertandingan Ayam Serama di pekan Asajaya. Sambutan adalah amat meriah sekali dengan disertai oleh 41 penyertaan walaupun cuma bon bertaraf supermini iaitu dengan 3 kategori dan satu acara Raja Kibas.

Tahniah SMk ucapkan kepada setiap pemenang dan kepada yang gagal boleh cuba lagi dimasa akan datang.

SMk

Kursus Asas Kategori dan Pengadilan Ayam Serama Peringkat Negeri Sarawak


Syukur alhamdulillah, kursus ini telah berjalan dengan lancar di rumah kediaman SMk. Kursus ini dihadiri seramai 10 orang peserta iaitu :

1. Kustadinata bin Mazlan
2. Mohd Amilka Nazeem bin Sapari
3. Sapari bin Halidi
4. Shahrin bin Pawzi
5. Suparman bin Mazlan
6. Ibi bin Li
7. Mohd Zaid bin Mansor
8. Hafizan bin Hasnan
9. Bulkiah binti Suhaili
10. Eppy bin Mazlan

Kursus ini belangsung dengan 2 sesi, iaitu sesi sebelah pagi dengan teori bagi asas kategori dan pengadilan serama, manakala sesi sebelah petang di ikuti dengan praktikal. Setelah tamat kursus, setiap peserta yang hadir adalah layak untuk menjadi pengadil serama.

Keseluruhannya, boleh dikatakan kursus ini telah mencapai objektif dengan melahirkan peminat serama yang berkualiti dan berilmu. Insya Allah dimasa mendatang, kita akan mengadakan lebih banyak kursus berkaitan serama jika ada permintaan yang sewajarnya nanti.

SMk

Reban Serama di Semariang


Ini adalah anak yang sempat SMk lihat semasa berada di kampung halaman.


Pada hari Isnin 20/3/2017 SMk telah memberi mandi semua ayam direban SMk dan mengatur semula breeding disamping membuang telur-telur yang gagal menetas pada tarikh seperti telah dikira sebelumnya.

Antara yang menarim adalah anak Fire 3.0, anak ini sangat positif dengan cuting yang menarik. 

SMk

Thursday, 16 March 2017

Penutupan Reban Kuantan



Ini adalah batch terakhir ayam dari reban SMk di Kuantan. Ayam-ayam ini telah diserahkan kepada sahabat SMk di Keramat bagi proses selanjutnya.

Oleh itu, mulai dari hari ini reban SMk hanya ada satu sahaja iaitu di kampung halaman SMk. Kebanyakkan ayam-ayam di kampung SMk pun telah membiak dengan baik. Maka dengan penutupan reban di Kuantan tidak akan memberi effect kepada hobi SMk.

SMk

Info Unggas



SMk

Wednesday, 15 March 2017

Batch Manja


Alhamdulillah semua anak ini dalam keadaan yang sihat dan amat baik keadaannya. Semoga berterusanlah hendaknya. Amin.

SMk