Showing posts with label reban Serama sarawak. Show all posts
Showing posts with label reban Serama sarawak. Show all posts

Monday, 22 January 2018

Update Reban 22/1/2018


Update reban..
Mengeram 22/1/2018
Expected deliver 11/2/2018
Line MengKB vs Nazrul Amir Ganu 
Line Mahizan Mohamad
Line Poksyed
Line Fire
Inkubator status runinng. Delivery date anytime.
P/s
Induk netas line Mahizan Mohamad vs Godic SuperJr no1. Oleh itu, esok pagi SMk akan menyusun semula sistem pembaka yang sedia ada bagi memasukkan induk baru kedalam reban breeding.

SMk

Tuesday, 16 January 2018

Review Pembaka Reban SMk

PanglimaPurut

Pembaka Muda ini berasal dari reban Hilmi Alwi, buat masa sekarang dimasukkan dengan induk berusia bagi memberi pendedahan kepadanya untuk breeding. Setelah beberapa tempoh masa nanti, SMk akan memasukkan induk dari line yang sama dengannya bagi menguatkan aliran darah asal rebannya.


King650

Ayam ini pernah mendapat tempat pertama di Sadong Jaya dan ketiga di Simunjan. Asal ayam ini adalah dari reban otai Terengganu iaitu Mahizan Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Jang Botak. Anak dari pembaka ini ada 2 ekor di Miri dan Bintulu pada peminat baru.


FireSpring12

Ayam berasal dari reban SMk diKuantan, dibawa ke Kuching semasa anak B. Line Fire sedarah dengan FireSharp. Semasa dihantar ke Kuching ayam ini jantan ini mempunyai seekor lagi adik beradik di Tungkah. Namun ayam tersebut telah mati kerana sakit semasa mencapai usia Muda. Anak FireSpring12 banyak direban SMk kerana ianya merupakan darah asal kepada Fire yang memberi satu branding kepada SMk sendiri. Antara anaknya yang terbaik di bon ialah FireCroc yang menjuarai kategori Muda/Remaja di Sadong Jaya.


Perodua

Ayam ini, SMk ambil sendiri direban Pok Syed diutara semasa bercuti di rumah Mertua SMk. Asal Bapa ayam ini adalah asalnya ayam milik Rahim (line Zippo) Melaka yang telah dibeli oleh Pok Syed untuk pertandingan seterusnya dijadikan sebagai pembaka utamanya juga. Ayam ini diambil sepasang dan induk asalnya sekarang tengah mengasuh 2 ekor anak jantan. Buat masa sekarang pembaka ini dimasukkan dengan induk dari reban Pok Syed juga tetapi dari batch yang lain, iaitu yang diambil sekitar hujung tahun 2016.



ShadowRyanJr

Ayam ini, SMk ambil dari Pok Syed sebanyak 4 ekor. Iaitu 2 pasang adik beradik anak A dengan harga RM1800. Line ini banyak menurunkan pelapis induk reban kepada reban SMk sekarang. Anak jantannya juga SMk simpan untuk tujuan breeding dan pertandingan.


KingStar

Ayam ini diambil dari reban Mahizan Mohamad dan pernah menjuari kategori Muda dibeberapa tempat pertandingan di Sadong Jaya dan Simunjan, namun pencapaian terbaiknya adalah tempat ke4 bagi anak B di Kenyir. Ini mengambilkira jumlah penyertaan ayam yang agak banyak di Kenyir berbanding di Sarawak.


69Junior

Ayam ini satu-satunya anak jantan dari induk Man Serama yang ada kini direban SMk. Semasa di Kuantan induk tersebut ada seekor anak jantan namun dijual kepada Radhi TD. Anak dari induk tersebut lebih dominan kepada jantina betina. Diharapkan, dari 69Junior ini nanti SMk akan memiliki lebih banyak anak jantan.


FireBlade

Ayam ini tinggal seekor sebagai pembaka direban SMk, asal induk kepada line ini adalah dari Serama Kota Puteri dan Ijat Gopeng KP iaitu sahabat SMk. Line ini asalnya ada 3 jantan. 2 ekor darinya telah dijual kepada peminat di Sarawak. Pemilik akhirnya setakat diketahui SMk berada disekitar Miri. Oleh itu, anak yang diperolehi oleh SMk dari line ini nanti akan SMk kekalkan direban SMk sebagai pelapis line FireBlade.


Rinting

Asal ayam ini, adalah ayam asal yang mula-mula SMk terbabit ke bon dengan Serama. Line ini SMk simpan untuk tujuan perbezaan warna direban SMk di Semariang Aman ini. Setakat ini SMk ada memiliki bebrapa ekor anak dari pembaka ini untuk tujuan pelapis reban.

Sri6

Ayam ini SMk ambil dari reban Sri Ratu dan pernah dibawa ke pertandingan serama di Pesta Sadong dab berjaya menjuarai BOTB. Ayam ini merupakan antara pembaka utama reban SMk. Beberapa ekor anak telah diturunkan dari line ini, hasilnya juga turut positif.


GodicSuperJr

Pembaka Muda ini merupakan aliran godic abe lan Terengganu dan merupakan salah satu ramuan utama bagi SMk menurunkan anak-anak betina bagi tujuan breeding. Terutama line kaki kuning direban SMk.


MDs

Pembaka jantan ini merupakan ayam dari reban Hilmi Alwi seorang otai Muda dari Terengganu yang ada perkaitan dengan Pok Man Daganggan. Teras line ini SMk gunakan untuk menurunkan anak reban terutama betina yang memiliki ciri-ciri bulu jarum direban SMk. Setakat ini, SMk memiliki beberapa ekor anak yang SMk simpan sebagai penerus kepada line ini.


Godic1stJr

Ayam ini merupakan abang kepada GodicSuperJr dan turut dijadikan sebagai pembaka bagi menguatkan darah line Godic direban SMk. Tujuan utama adalah untuk menurunkan anak betina yang berkaki kuning direban SMk.


MKB

Line ini diambil dari reban Nakamura Meng Kota Bharu bagi mewarnai reban SMk dengan darah-arah serama yang terkini supaya mengurangkan jarak perbedaan kualiti serama diSarawak dan Semenanjung. Line ini turut memiliki banyak anak yang memiliki ekor kelabu dan beberapa ekor anaknya juga ada yang terjual disekitar Kuching.


FireCroc

Seterusnya teras kepada bloodline SMk sendiri iaitu bloodline Fire telah mula dimasukkan anak kepada FireSpring12 sebagai pembaka. Ayam ini pernah menjuari Pertandingan diSimunjan beberapa bulan yang lepas. Namun SMk lebih menumpukan kepada breeding bagi menguatkan line Fire ini berbanding pertandingan.

Bergitulah serba sedikit review reban SMk pagi ini, ini cuma sebahagian pembaka dan ada lagi beberapa pembaka seperti BOTB Terengganu, juga ada dimiliki SMk. Nanti bila ada masa yang lapang, SMK akan lakukan review selanjutnya nanti.

SMk membeli ayam-ayam tersebut direct dari tuan asalnya tanpa melalui orang tengah kerana SMk lebih mementingkan istilah Pure Reban dan authentic. Tujuan SMk membawa masuk baka-baka ini adalah untuk mengimbangi perbezaan kualiti bagi Sarawak dan Semenanjung. Semoga tujuan ini dipermudahkan, Aamin.

SMk.

Thursday, 4 January 2018

Stok Lampu


Sejak mengunakan Sistem Dual Style Breeding (Inkubator/Induk), SMk banyak mengunakan lampu untuk kegunaan inkubator SMk. Lampu yang SMk gunakan untuk inkubator yang ada sekarang adalah mengunakan 2 lampu dengan kuasa 40 watt. Pagi semalam, SMk telah membeli sebanyak 20 biji lampu untuk dijadikan available stok direban SMk.

SMk

Friday, 29 December 2017

Fire Bloodlines



Hari ni SMk pasangan darah Fire iaitu FireCroc vs MiszCroc. Kedua-dua pasangan ini mempunyai gaya yang tersendiri diatas meja dan merupakan ayam bebas jarum hasil rnd SMk sendiri sejak di Kuantan satu ketika dahulu.

Setelah membuka backyard farm serama baru di Semariang Aman ini, SMk mempunyai cukup masa untuk meneruskan inbreeding bagi membina satu legasi kepada jenama Fire itu sendiri. Di semenanjung, line Fire masih dipelihara oleh beberapa orang peminat diutara, lembah klang dan beberapa sahabat SMk di Kuantan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang ada pada SMk dimasa lalu dapat SMk gunakan sebagai satu asas kepada membina satu line yang kukuh dan semulajadi tanpa jarum insya Allah.

SMk

Tuesday, 26 December 2017

Masuk Mengeram


Setakat hari ini, Inilah seekor induk legend bagi reban SMk kerana merupakan satu-satunya induk yang masuk mengeram walaupun bertelur sebiji. Walaupun SMk pernah memiliki induk betina yang tidak mengeram dan bertelur sehingga 354 biji dan mengeram dikala biji telurnya 355. Namun kali ini agak melucukan bagi SMk kerana ayam ini hanya bertelur sebiji dan terus masuk mengeram. 

Setelah dilakukan candling pada pagi ini, SMk mendapati telur tersebut berbenih dan mempunyai saluran darah. Semoga anaknya nanti sihat dan baik.

SMk

Saturday, 29 July 2017

Betina Warna Rare


Salah seekor betina Dara berwarna rare milik SMk di reban SMk. Sejarah susur galur kepada ayam ini ialah, ayam ini merupakan anak reban yang menetas dirumah Rizal Fahamee Cenderawasih Kuantan. Induk kepada ayam ini juara kategori induk di bon ayam serama yang diadakan di Jengka Pahang.

Untuk misi mendatang, ayam ini akan di pairkan dengan Pembaka Ara atau Jalak milik SMk. Ianya akan dijadikan satu line warna rare bagi reban SMk. Oleh itu, line ini akan dijenamakan sebagai Line Cenderawasih. Insya Allah dalam tempoh yang terdekat ini, SMk akan menyusun semula reban dan merangka satu susun atur yang baru bagi breeding, penyusunan pembaka dan juga keadaan reban.

SMk

Friday, 28 July 2017

Anak reban Line Godic


Alhamdulillah, seperti ramalan SMk yang lepas. Jika line ini didekatkan anak-anaknya lebih mempunyai ciri Godic seperti juga ayam direban abe lan Pulau Duyung. Bezanya, ayam milik SMk tidak dijaga, dirawat seperti ayam game kerana SMk sendiri berada di Kuantan selama ini.

Oleh itu, line Godic ini akan SMk kekalkan dan akan terus dimurnikan darahnya agar lebih dekat lagi. 

SMk

Grey Tail



SMk memiliki 2 remaja ekor kelabu dari hasil dari Line Red Warrior. Ayam ini amat sedap dipandang, jika mempunyai masa yang lebih pastinya ayam ini boleh dijadikan mainan sambil berjalan-jalan ke bon yang berdekatan. 

Balung dan aksesori lainnya amat cantik dan memberi kepuasan kepada SMk. Semoga kedua-dua remaja ini akan terus memberi impak positif bagi line ini di reban SMk.

SMk

Pair Serama juara


Kedua-dua serama ini mempunyai darah ayam game yang baik. Betina adalah dari Pok Syed manakala ekor kelabu jantan adalah line Meng KB. Ayam ini diambil sendiri oleh SMk dari tuan asalnya tanpa melalui orang tengah.

Harapan SMk, apabila sampai masanya nanti SMk mampu menyusun semula pembiakkan ayam-ayam ini agar terus menjadi satu line yang terbaik di Sarawak. 

Buat masa ini, semua ayam yang SMk miliki belum pernah ditatapi oleh peminat ayam di Sarawak. Malahan masih menjadi satu simpanan kerana reban sementara turut SMk rahsiakan bagi menjaga keselamatan ayam-ayam ini. Apabila tiba masanya nanti barulah SMk menunjukkan hasil reban secara langsung kepada peminat-peminat serama di Sarawak. Buat masa ini ianya masih lagi sesuatu yang eklusif bagi SMk.

SMk

Tuesday, 28 March 2017

Last batch Reban Kuantan



Alhamdulillah.. anak reban SMk dari kuantan telah tiba di kampung halaman SMk. Namun pada mula diterima oleh kawan SMk sebelum berlepas ke sana beliau menaklumkan anak-anak tersebut dalam keadaan yang kurang penjagaan dan nampak kurang air dan makanan.

Namun setelah dijaga dibersihkan dan diberi segala keperluan, ayam tersebut semakin baik. Kawan SMk telah menyerahkan ayam-ayam ini kepada adik SMk.

Ayam-ayam ini dikuarantin dan akan divaksinkan dalam sehari dua ini. Semoga segalanya berjalan lancar.

SMk