SMk sememangnya diketahui telah banyak kali menghantar ayam ke kampung halaman dan sekurang-kurangnya 12. Namun, setiap penghantaran mengunakan kaedah yang berbeza-beza.
SMk juga mendapati ada bunyi-bunyi sumbang akan penghantaran yang SMk lakukan ini. Tetapi SMk tidak kisah kerana orang cuma boleh berkata tapi mereka tidak tahu kesukaran dan kesusahan yang kita alami dari segi tenaga dan wang ringgit. Padahal berhobi pastinya memerlukan belanja yang besar, itu perlu disedari.
SMk pernah menghabiskan sehingga yang tertinggi RM3900 untuk kos penghantaran ayam dan kuarantin. Ada juga yang murah dari itu. Ada macam-macam cara yang telah SMk rasai.
Sehingga pada satu tahap, demi serama SMk sanggup drive dari Kuantan ke Subang dan patah balik semata-mata menghantar ayam agar sampai kepada agen. Pengalaman SMk sendiri juga, ada banyak ayam SMk hantar untuk penghantaran telah mati sebelum sampai kepada agen kerana kemungkinan kurang penjagaan atau masalah kesihatan. Inilah yang menjadi isunya. Ada banyak teman-teman SMk hendak mengikut atau menumpang penghantaran yang SMk lakukan tapi adakah mereka sedar kalau ayam tersebut mati sebelum sampai kepada agen akan jadi tanggungjawab siapa? Sebabnya SMk bukan orang yang menjaga ayam-ayam tersebut di KL. Tetapi SMk mengupah kawan untuk menjaganya. Sedangkan ayam SMk sendiri dari 18 ekor pun sampai di Kuching tinggal 11 ekor. Sanggupkah kawan-kawan untuk menanggung kerugian sebegitu?
Belum lagi ayam yang dihantar telah diambil oleh agen sendiri untuk dijadikan cenderahati?
Tambah lagi, kawan-kawan yang hendak menumpang penghantaran ayam cuma tahu ayam mestilah sampai distesen atau terminal bas terdekat, padahal agen SMk di Subang tidak mahu mengambil ayam ditempat lain selain dari tempat yang dijanjikan. Adakah kawan-kawan SMk faham? Rasanya tiada siapa yang akan faham. Maka dari itu sejak dulu, SMk cuba bantu kawan-kawan sedaya yang SMk mampu manakala kalau tak mampu semestinya SMk tolak awal-awal. Biarpun macam-macam yang akan SMk dengar tetapi bagi SMk kita jujur adalah lebih baik.
Terus terang SMk katakan, selepas ini SMk tidak akan menghantar ayam ke kampung halaman sekurang-kurangnya sehingga setelah betul-betul menetap dikampung halaman. Jika menghantar manti setelah menetap disana SMk akan mengunakan route jauh, biar pun mahal asalkan semua ayam SMk hendak bawa masuk selamat sampai ditangan SMk.
Ianya agak mengecewakan apabila ayam yang ditunggu-tunggu tidak sampai. Biarlah SMk yang tahu dan mengalaminya asalkan jangan kawan-kawan SMk merasainya kerana SMk pasti mereka tidak akan dapat cool seperti SMk.
4 comments:
Trima kasihhh ats pgkgsian a.man..besarrr pgorbnan demi hobi lgi2 bla lbatkb nyawa ni..tahniah tahniah tahniah..a.man tetap cool laaaaah :) smoga smua usaha n pgorbanan dlm bserama jd kjyaan n tenangkan hti..puashati ble y diinginkn tcpai walau ad hlgan..barulaaaa manesssss dlm hobi.hehehe.thniahhh.jgn ptus asa sbb a.man jd inspirasi pd y bru nk knl hobi ni mcm sye.hahaha
Semogaaa trus suksess!!
Insya Allah.. SMk tetap positif..
Risiko besar tu.. kos pun besar... Kalau ada hak nak kirim ayam takyah ambil la abe man.. boleh jadi gaduh besar..
kalau ke Sabah takde masalah SM, cuma kalau ke Sarawak agak sedikit rumit. Selain beberapa halangan tertentu yang telah kita peminat unggas sedia maklum ada juga beberapa perkara lain seperti penjagaan sementara yang amat menyukarkan keadaan kerana tempoh flight yang tidak menentu seterusnya meletakkan resiko kepada unggas2 untuk dihantar didalam keadaan sihat.
Post a Comment