Showing posts with label line sri pinang. Show all posts
Showing posts with label line sri pinang. Show all posts

Friday, 28 July 2017

Sri Pinang


Pembaka dari line Pok Syed alhamdulillah turut sihat dan perangainya juga baik. Ayam ini dimasukkan dengan adik beradiknya sendiri bagi menguatkan lagi line pok syed ini. Hasilnya yang SMk hendaki adalah kekuatan darahnya agar lebih kuat dan seterusnya boleh membina kekuatan bagi kestabilan baka ini nanti.

SMk

Pair Serama juara


Kedua-dua serama ini mempunyai darah ayam game yang baik. Betina adalah dari Pok Syed manakala ekor kelabu jantan adalah line Meng KB. Ayam ini diambil sendiri oleh SMk dari tuan asalnya tanpa melalui orang tengah.

Harapan SMk, apabila sampai masanya nanti SMk mampu menyusun semula pembiakkan ayam-ayam ini agar terus menjadi satu line yang terbaik di Sarawak. 

Buat masa ini, semua ayam yang SMk miliki belum pernah ditatapi oleh peminat ayam di Sarawak. Malahan masih menjadi satu simpanan kerana reban sementara turut SMk rahsiakan bagi menjaga keselamatan ayam-ayam ini. Apabila tiba masanya nanti barulah SMk menunjukkan hasil reban secara langsung kepada peminat-peminat serama di Sarawak. Buat masa ini ianya masih lagi sesuatu yang eklusif bagi SMk.

SMk