Showing posts with label serama semariang. Show all posts
Showing posts with label serama semariang. Show all posts

Monday, 8 January 2018

Persiapan Induk Breeding



Setelah diasing selama 1 bulan, induk reban ini akan SMk masukkan dengan Pembaka Reban SMk pada lewat petang nanti. Penjagaan induk reban adalah sesuatu yang amat SMk jaga dengan teliti sejak dari dahulu.

Setiap breeder mempunyai cara sendiri dalam breeding program, tidak ada yang benar atau salah caranya kerana ayam masing-masing telah sesuai dengan cara penjagaan direban masing-masing.

Induk reban SMk memang dijaga dengan teliti dari segi makanan, vitamin dan makanan tambahan sejak beberapa fasa iaitu sebelum dimasukkan dengan pejantan, semasa dengan pejantan, semasa bertelur, mengeram, menetas dan membawa anak.

Peringkat fasa tertentu, induk ini akan diberi makanan mengikut fasa tersebut agar kesihatan induk reban SMk didalam kondisi yang terbaik. Ini kerana faktor kesihatan induk reban juga membawa kepada anak-anak yang sihat.

Anak-anak potensi selam dari baka-baka tertentu amat memerlukan ramuan makanan yang terbaik untuk mengelakkan masalah struktur tubuh kepada anak-anak tersebut.

SMk

Thursday, 4 January 2018

Stok Lampu


Sejak mengunakan Sistem Dual Style Breeding (Inkubator/Induk), SMk banyak mengunakan lampu untuk kegunaan inkubator SMk. Lampu yang SMk gunakan untuk inkubator yang ada sekarang adalah mengunakan 2 lampu dengan kuasa 40 watt. Pagi semalam, SMk telah membeli sebanyak 20 biji lampu untuk dijadikan available stok direban SMk.

SMk

Sunday, 31 December 2017

Fire Adruja




Anak ayam berumur 4 minggu, berdarah Fire mengikut susur galur breedingnya. Maka dengan itu, hari ini SMk menamakannya dengan nama FireAdruja. Semoga sesuai dengannya, yang pasti adalah jika ayam ini masih bersama SMk pastinya ianya akan menjejakkan kakinya ke bon 😃.

SMk

Saturday, 30 December 2017

Sold Anak B



Seekor anak B milik SMk telah dijual kepada seorang peminat yang telah booking agak lama. Ini merupakan anak King650 dan menetas di reban SMk.

Semoga ayam ini berjasa kepada tuan barunya. Amin.

SMk

Friday, 29 December 2017

Fire Bloodlines



Hari ni SMk pasangan darah Fire iaitu FireCroc vs MiszCroc. Kedua-dua pasangan ini mempunyai gaya yang tersendiri diatas meja dan merupakan ayam bebas jarum hasil rnd SMk sendiri sejak di Kuantan satu ketika dahulu.

Setelah membuka backyard farm serama baru di Semariang Aman ini, SMk mempunyai cukup masa untuk meneruskan inbreeding bagi membina satu legasi kepada jenama Fire itu sendiri. Di semenanjung, line Fire masih dipelihara oleh beberapa orang peminat diutara, lembah klang dan beberapa sahabat SMk di Kuantan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang ada pada SMk dimasa lalu dapat SMk gunakan sebagai satu asas kepada membina satu line yang kukuh dan semulajadi tanpa jarum insya Allah.

SMk

Thursday, 7 September 2017

Bloodline RedWarrior



Reban ini terdiri dari bloodline RedWarrior. Jantan ekor kelabu ini pernah menjuarai Bon Suka Suki Sebandi Matang yang lalu.

Induk-induk yang dipairkan adalah amtara induk balung mancis yang terbaik dari rebam SMk. Nanti ada masa kita akan buat review reban yang mempunyai jantan balung mancis bersama pasangan mereka.

SMk mengharapkan hasil dari reban ini dalam tempoh 3 4 bulan nanti untuk dikhususkan sebagai ayam game bagi reban SMk.

SMk