SMk telah ditanya, apakah ubat yang sesuai untuk ayam yang sakit bernafas dan batuk?
Pada SMk, ada beberapa perkara perlu diperhalusi antaranya:
a) Adakah ayam tersebut berlendir dan selsema? Lendir perlu dibuang dengan mengunakan bulu ayam dimasukkan kedalam leher ayam, diulang sehingga lendir dibuang semuanya.
b) Adakah suhu badan ayam tersebut agak panas? Pil panadol untuk kanak-kanak juga boleh diberi kepada ayam serama jika suhu badan ayam serama tersebut terlalu panas. Dosage ubatnya perlulah diberi 1/4 pil untuk ayam serama dewasa. Kunyit yang ditumbuk dan digentel gentel sebesar pil kecil pun boleh diberi kepada serama bagi mengurangkan panas badannya.
c) Selera makan dan keaktifannya bagaimana? Untuk mengembalikan seleranya, sebaiknya ayam turut diberi makan ubat cacing apabila ayam telah segar sedikit dari demam.
Ubat untuk penyakit sebegini pada serama boleh dirawat dengan memberi 3ml air merah SK Champion setiap hari atau memberi sebiji pil Tetraclhore setiap hari sehingga sembuh. Namun ubat yang terbaik adalah vaccine kerana ianya membina daya tahan unggas terhadap penyakit.
SMk
No comments:
Post a Comment