Alhamdulillah, hari ini SMk berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini serba sedikit dengan beberapa maklumat dan perkara terbaru.
Anak Reban
Anak-anak jantan sebelum bulan puasa kebanyakkan telah dijual kepada mereka yang berminat dan anak betina batch tersebut masih disimpan bagi tujuan pelapis reban. Manakala anak pasca bulan puasa dan raya pula telah dijual 3 ekor jantan. Buat masa ini, ada 4 ekor anak jantan yang berpontensi masih berada direban. Seperti biasanya, SMk tidak membuka jualan, tetapi jika ada yang bertanya dan sesuai dengan harganya barulah SMk lepaskan. Jika tidak, SMk lebih suka ayam-ayam ini membesar menjadi serama yang berkualiti dan cantik namun bergelar pembaka reban. Maka hasilnya lebih baik sebagai penyeri reban berbanding dijual, lebih mendatangkan kepuasan kepada diri SMk sendiri. Duit masing-masing, hak masing-masing jadi SMk bebas untuk menjual atau tidak menjual kepada pembeli mengikut citarasa SMk, Pembeli ada duit, SMk pun ada duit juga, cuma yang lebihnya ialah SMk ada barang. So.. terpulanglah.. rezeki Allah luas.
Sejak sebulan dua yang lalu ada pelbagai peristiwa dan perkara yang berlaku, yang pada SMk ianya perkara kecil namun mungkin mengikut perasaan maka perkara itu menjadi besar. Cumanya disini, SMk hendak jelaskan, SMk amat tidak suka kepada peminat yang menyatakan secara terbuka dan mewar warkan berulang-ulangkali tidak suka terhadap hobi berserama kerana masalah breeding, ayam mati, putus harap dan sebagainya. Bagi SMk, jika tak nak berhobi just senyap-senyap jangan aktif mempromotekan nak berhenti tertapi masih juga main serama dan masih tetap didalam group media sosial tertentu. Walaupun itu hak masing-masing, tetapi kelakuan sebegitu turut menyebarkan perkara tidak baik (negetif) dikalangan peminat-peminat baru atau peminat lain khususnya. Oleh itu, pada SMk mudah, awak tinggalkan saya, its ok. Nanti nak balik berkawan, barang saya, saya kira 0 atau zero semula, tiada diskaun tiada istilah teman dan sahabat, semudah itu. ada duit jalan, tiada duit bye bye. Maaf SMk terpaksa melayan orang sebegitu seemikian, sebab tindakan mereka merosakkan usaha penyatuan yang telah kita usahakan dengan sebegitu susah. Oleh itu, biar kita kehilangan seorang dua yang tidak baik demi menjaga tonggak kumpulan yang majoritinya lebih mahu bersama dan sanggup bertolak ansur untuk bersama dari mengekalkan mereka yang negetif ini.
Seterusnya adalah bab pertandingan ayam serama, yang dijangkakan akan ada satu dibulan ini (Julai) dan satu lagi dibulan Ogos. SMk tidak pasti samada SMk diminta jadi pengadil secara official buat setakat ini. Oleh itu, SMk tetap ready dengan beberapa ekor ayam jika SMk perlu hadir sebagai pemain ayam serama. Walaupun ada jemputan secara mulut, namun ianya belum sah lagi.
Vaccine
Pada 2 minggu yang lalu, SMk telah menjalankan satu sesi bagi vaksin anak-anak reban SMk dan bagi tujuan tersebut SMk turut mewar-warkan khidmat vaksinasi secara terbuka diFB. Namun, akhirnya tiada sambutan yang SMk terima bagi program tersebut.Oleh itu pada masa akan datang, iaitu minggu hadapan, satu lagi siri vaksinasi akan dijalankan namun kali ini, SMk tidak akan mewar-warkan lagi program sedemikian. Usaha yang telah SMk cuba terapkan bagi membantu penternak serama adalah iniatif SMk sendiri. Oleh itu, jika tiada sambutan, maka SMk rasa adalah lebih baik SMk cuma tumpukan sesi vaksinasi tersebut bagi reban SMk sahaja. Apa yang penting, SMk telah cuba mendidik para peminat serama untuk menjaga dan merawat ayam serama kesayangan masing-masing mengikut teknologi perubatan yang terkini.
SMk juga kerap ditanya dengan beberapa soalan oleh peminat-peminat baru dan lama dengan beberapa soalan, namun soalan yang selalu ditanya adalah mengenai kedudukan sayap dan urutannya. Perkara pokok yang peminat perlu tahu sebelum menentukan atau mengurut kedudukan sayap, paling utama adalah tubuh ayam mesti tegak atau hampir 90 darjah. Jika tubuh ayam pada kedudukan 45 darjah atau kurang, maka amatlah tidak sesuai urutan itu dilakukan. Hal yang menyumbang kepada kedudukan tubuh yang hampir 90 darjah atau bertubuh seketul adalah dari baka yang baik.
Rasanya cukup untuk kali ini, oleh kerana PC SMk dah kembali beroperasi, maka SMk akan update blog ini dari masa ke semasa seperti sebelum ini.
SMk
No comments:
Post a Comment