Semalam SMk telah memohon bantuan adik SMk iaitu Mdh V3.0 untuk merawat ayam-ayam yang sakit di reban SMk di Bandar Baru Semariang. Sebagai langkah awal semua ayam telah diberikan vaksin untuk mencegah sebarang penularan jangkitan yang menyerang unggas. Selepas 24 jam semua ayam-ayam tersebut akan diberikan pil bagi mengekalkan kesihatan bagi yang telah terkena jangkitan.
Setakat pagi tadi, seekor lagi anak ekor kelabu milik Aman Apm telah mati kemungkinan kerana terlalu lemah. Namun ayam-ayam yang lain nampak positif. Setelah dijemur ayam yang sakit telah memberi reaksi positif terhadap vaksin yang diberikan.
Sangkar-sangkar yang ada telah bersihkan dan dilakukan penyahkuman dengan membakar beberapa keping surat khabar didalam setiap sangkar yang ada.
Kita akan nantikan progress seterusnya pada malam dan esok hari nanti.
SMk
No comments:
Post a Comment